assalamualaikum...
selamat pagi.
bertemu Jumaat. alhamdulillah...
jgn lupa - berdikit-dikit membaca al-Kahfi 😊.
menjelang maghrib, selesai lah keseluruhan surah. in shaa Allah...
nak share 2 hadis sahih :
"Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Kaabah)." (Riwayat ad-Darimi)
"Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat yang berikutnya." (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
in shaa Allah 😌😌😌.
pagi ni, nak share satu ruang kecil kat rumah saya ni. satu lagi projek d.i.y inspired by my mr.asben.
terasa nak share moga ia jadi manfaat pd sesape yg perlu.
skit-skit tatarias rumah yg baru diduduki ni. belum pun sebulan 😀.
sehari demi sehari, idea tu muncul lah kan. nak fikirkan sekaligus, memang tak lah.
rumah saya ni sederhana besarnya. pada saya, tak boleh over dgn deko di lantai or di dinding.
bakal nampak serabut. bila serabut, surely tak cantiklah kan.
terpaksa memilih tempat, sudut dan dinding yg strategi bagi menjemput keceriaan rumahtangga.
bunga yg dibeli di Nilai 3 weekend lepas. kecil. 3 tangkai. cucuk saje ke dlm pasu.
mudah nanti nak keluarkan dan cuci. pasti habuk suka nak singgah kan 😅.
mahu melangkah masuk ke rumah kecil saya, jambangan bunga ros ni lah bakal menyambut tetamu.
agar tetamu senyum bila melihatnya dan aura positif terus berlegar di rumah saya sepanjang masa. in shaa Allah...
esok-esok bosan, ganti la dgn jambangan bunga yg lain pula, kan...
pasu tu adalah salah satu hadiah perkahwinan saya 15 thn yg lepas 😍.
di simpan rapi. sebab suka kan corak daun-daunnya tu.
bebetul di atas jambangan ros tu, melekaplah 3 kotak hiasan.
beli di Aeon, Ayer Keroh. namun, terlupa brape harganya 😅. tak melebihi RM30.
kotak hiasan simple ni, pilihan my mr.asben juga.
dia kalau berjalan di mana-mana, fikirannya akan berfikir tentang deko & susun atur rumah.
apa yg praktikal?
apa yg mudah?
apa yg murah 😆 tapi cantik lah kan...
kebetulan, ada perhiasan Allah dan Muhammad ni.
sedang elok je menghiasi 3 kotak hiasan ni. alhamdulillah...
ni adalah hadiah daripada jiran sewaktu family day kami dulu kala.
menjadi kewajipan utk ada tempat gantung kunci.
kunci kereta, kunci motor dan kunci rumah. yg harian saje di sini. lain-lain kunci utama di simpan di tempat yg lebih selamat.
mcm biasa, mencari dari satu kedai ke satu kedai.
pelbagai gaya. pelbagai corak. pelbagai idea utk tempat gantung kunci.
english style. kampung style. moden style... sediakan aje duitnya.
kami mencari yg tak begitu besar yg bakal overshadow 3 kotak hiasan di atas.
3 kotak perhiasan tu telah diletakkan di dinding terlebih dahulu.
kerana tidak ingin menjadikan main switch box itu terkontang-kanting keseorangan di situ.
maka, bila ada kotak-kotak perhiasan tu, terasa cantik dan matching sgt semuanya...
muncul la idea bernas dari mr.asben.
beli cangkuk skru kecil-kecil di Mr.DIY dan hanya skru kan di salah satu kotak itu.
then, gantunglah kunci.
tadaaaaaaaaaa...
satu cangkuk mampu menggantung 2 kunci.
sebab cangkuk tu kecil comel jer kan, more than 2 kunci, tak cantik lah segugus kat situ.moreover, cangkuk tu pun berwarna gold.
sgt la matching dgn perhiasan Allah dan Muhammad tu. alhamdulillah. i was very happy the moment mr.asben siap skrukan cangkuk-cangkuk tu 😀.
korang rasa, ok tak?
😊😊😊

28 Comments
Macam2 cara untuk mengindahkan ruang dalam rumah kita kan?. Kalau kreatif macam2 cara boleh kita aplikasikan. Ok juga skru kat bawah kotak hiasan tu. letak kunci situ. Tak payah dah skru kat dinding lagi. Good idea!
ReplyDeletebunga tu walaupun simple tp trs nampak lain n cantik gitu...
ReplyDeletekt rumah ni pun dinding tu kosong je... nk kene ada apa2 jgk bt hiasan tuh...
Wah kemasnya dan cantiknya. hehe. Di dalam masa yang lapang boleh kemas. Kerana bersih sebahagian dalam Islam. :)
ReplyDeleteHiasan kecil, comel serta murah tapi nampak cantik dan kemas... :)
ReplyDeletewahhh kreatifff :)
ReplyDeleteSalam Jumaat AIda, allahu cantiknya rumah baru dia. Siap deko dah? Laju nau Aida ni buat kerja.. Kami ni rumah dah mcm tongkang pecah dah huhuhu
ReplyDeleteTahniah! Rekaan tempat gantung kunci ni harus di patentkan...hehe. Harap tak hilang atau terlupa letak kunci lagi lepas ni
ReplyDeleterajinnya deko rumah. sekarang ni bila anak dah besar barulah dapat masa nak susun atur rumah.
ReplyDeletewahhhh lamanya kak aida simpan pasu tu, elok pulak tu macam baru beli je. Ngam sangat kak aida, hook kecil dekat bawah tu. Nampak kemas je terletak!
ReplyDeletesimple n nice.. barulah senang kunci tu x ilang kan
ReplyDeletewah rajinya akak deko rumah, walaupun simple tapi memang berfungsi sangat nak sangkut kunci. tak lah kalut kalu nak cari kunci rumah, kereta & segala kunci, lagi elok buat tertutup kan anak-anak ambil hilang kunci tu
ReplyDeleteUiii comey juga idea deco rumah yang macam ni, nice sharing 😎
ReplyDeleteBab bab deko rumah ni memnag kuta suka kan. Macam Mimie deko ruang dapur dulu sebab tu ruang favourite Mimi. Abis sume kaler pink. Buat sikit aikit dulu. Nanti settle dapur nak settle area ruang tamu pulak. Biar deko ringkas tapi nampak cantik dan kemas kan
ReplyDeleteSimple dan nice idea to keep the house keys. Thanks for sharing practical ideas and hacks! :)
ReplyDeletehttps://mousemommytreats.blogspot.com/
Kreatif dan cantik! Boleh guna ni idea ni. Kitorang pun tengah pikir kat mana nk letak segala mak nenek kunci ni ha. Sambil-sambil tu boleh hias rumahs sekali.
ReplyDeleteNak deko ni tak perlu kluarkan modal yang tinggi kan kalau kreatif. Cantik deko sis
ReplyDeletecantikkknya tempat letak kunci tu
ReplyDeleteKreatifnya Aida, cam nak try lah jugak, tapi bab2 skru ni akak kurang arif. clumsy gitu mesti tercucuk jari.. menci tau haha
ReplyDeleteTapi nak try jugak sebab kat umah ni memang tak ada lagi penyangkut kunci, letak aja kat mana2 pastu bila nak kuar rumah mencari satu dunia
Cara Nak Install Dan Guna Google Analytics DiBlog Wordpress
nak deko takleh letak benda serabut, simple je dah cantik kan..wah nice tempat gantung kunci tu..senang macam tu..
ReplyDeleteKalau dah kreatif tu, buat apa pun menjadi je. Cantik pulak tengok tempat pengantung kunci tu. Macam kat rumah sis ni..main letak je kat tempat kayu dah dikhaskan untuk kunci
ReplyDeleteRajin mendeko dan DIY akan buat rumah makin cantik..
ReplyDeleteKreatif, simple dan menarik. Murah modalnya kan. Mesti rasa puas dpt deko rumah sendiri
ReplyDeleteCantik dan kreatif je tengok. Qiss selalu letak merata kunci, lepas tu cari tak jumpa. Boleh guna idea ni. Cantik juga bila ada tempat gantung kunci. Takdelah hilang atau salah letak pula nanti.
ReplyDeletecantiknya.. seronok kan boleh release stress buat deco2 mcm ni
ReplyDeleteCheery teringin jgk nak deco rumah tapi xberkesempatan lagi hmmm...🧐
ReplyDeleteCantik bunga tu, hiasan kotak kat dinding pun cantik juga. Nanti boleh lah Kak Sue singgah lagi nak intai idea deko-deko kat sini.. 😊
ReplyDeletecomel je bila buat macam nie.. kemas pun kemas..
ReplyDeletecantik sangat.dengan bunga-bunga ni semua..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.