assalamualaikum 😃.
salam sejahtera.
izzat dah pun tidur.
kak Syuhada pun da tidur. esok start ujian UPSR kali ke-4 utk thn ni. paper BM.
dah kepenatan dah menghafal contoh-contoh karangan.
terasa nak update blog sebelum masuk tidur mlm ni 😀. sebab hari ni termasuk dlm lipatan sejarah hidup saya.
hari terakhir selaku seorang pelajar 😎.
seawal 6 pagi hari ni, selesai solat subuh, saya da gerak ke UKM, Bangi.
exam jam 9 pagi.
amik kira perjalanan dari Melaka - Bangi melalui highway PLUS, yg tak disangka-sangka trafiknya, wajiblah bergegas keluar rumah.
jam 7.30 pagi dah tiba di UNIKEB, sarapan sepinggan nasi lemak dan segelas nescafe o suam.
nescafe o tak abis pun, manissssss 😖 hu hu hu hu...
jam 8.15 pagi, lepak di salah satu meja dlm library. on laptop, santai-santai ulangkaji.
aman damai dlm library pagi ni.
sebab exam kami ni sebenarnya antara paper-paper yg terakhir.
mostly da settle dah exam, undergrad and postgrad. dah start cuti semester.
if not, walaupun masih awal pagi, da mcm semut mengerumuni gula, library akan busy dan bunyi tapak kasut ketak ketuk ketak ketuk akan berterusan bersambung-sambungan 😃, student masuk ke dlm library.
selesai sudah proses pengajian saya di UKM, Bangi.
selesai sudah melalui pahit getir bagi memastikan LL.M (Master of Laws) dpt ku genggam.
tak mudah.
tak begitu sukar.
belajar di usia hampir-hampir 'emas' kan 😄😄😄, so not so easy lah.
contohnya, exam pagi ni - International Economy Law.
baca. baca. baca. faham. hafal.
buka jer kertas soalan. ada 4 soalan, wajib jawab 2 membawa kpd 40 markah.
20 minit yg pertama - berfikir. sedaya upaya memuntahkan semula apa yg ada di otak.
diconteng-conteng di atas kertas soalan beberapa points yg penting bagi setiap soalan.
nak menjurus kpd hanya 2 soalan yg wajib dijawab.
😖😖😖
peritnya ketika itu.
sedia maklum bahawa gaya cerita LL.M ni tak semudah perjalanan LL.B (Bachelor of Laws) dulu kala.
bukan sekadar menjawab - definition, principle, concept.... number 1, number 2,...
a big no lah...
soalannya general. sendiri fikir topic apa yg berkaitan. selit dgn isu semasa sedunia.
World Trade Organization (WTO).
Trump.
IMF.
China - US war.
Brexit.
Trade liberalization.
MFN. National treatment.
Tariff.
a bundle of notes. tapi WTO je ni. satu topik jer...
topik lain simpan dulu 😄😄😄.
punya la besar dan byk nak dijawab di atas kertas.
menggigil jari jemari ni nak menulis.
diberikan pula hanya 2 jam 15 minit 😖😖 tak sempat!!!
demi nak mencapai standard LL.M dan tahap pemikiran lecturer, byk nak citer dlm masa 2 jam 15 minit tu.
apakan daya, masa amat mencemburui kita kan time exam.
sempat la jugak menghabiskan ayat terakhir di saat-saat terakhir 😄😄😄.
bukan hari ni jer gitu sebenarnya.
setiap kali exam 😃😃😃 ada 8 paper jumlah kesemuanya subjek yg saya amik selamat 4 semester ni.
nampak sikit kan?
8 subjek jer???
hmmmmm sib baik 8 subjek jer tau. kalau lebih, kena extend lagi 1 - 2 semester lah jawapannya hi hi hi hi hi...
tapi, apa yg membuatkan kesukaran, keperitan, kesusahan semua tu berbaloi???
kotak ilmu pengetahuan saya membesar berkali-kali ganda dari dulu.
byk sudut ilmu yg telah membina kotak ilmu pengetahuan menjadi semakin besar dan luas.
yes lah.
abis je LL.B dulu kala (2002), terus bekerja.
selepas 13 thn baru sambung LL.M.
bila bekerja, kita akan hanya tertumpu kpd apa tugasan kita secara spesifik.
perundangan yg hanya dikelilingi kita, berkaitan dgn kerja.
attending classes di usia 40-an ni. pengalaman kerja lebih dari 16 thn.
gitu gini gitu gini... sgt la beri pendedahan yg luas bagi meneruskan perkhidmatan yg berbaki lagi 19 thn.
😌😌😌
amat bersyukur dgn kurniaan ni.
kesempatan yg Allah beri.
peluang keemasan.
kpd adik-adik (yg lebih muda dari saya lah) hi hi hi hi...
ada kesempatan, ada ruang, ada peluang... sambung belajar lah.
tak mudah.
atas kita.
kita yg buat ia jadi mudah, in shaa Allah.
😉 👋👋
saya nak tempek gambar kenangan 👇👇👇 sebagai penutup entri mlm ni.
tempat jatuh lagi kan dikenang, kan...
nak masuk bangi, ada tol pulak lah hu hu hu hu...
pagi ni, kebetulan pertama di barisan, di kala lampu trafik sedang merah.
sedang elok lah amik gambar ni 😀. gonna miss u, Bangi...
lampu trafik nak masuk UKM.
hmmmmmm baru nak snap gambar ada masjid, lampu trafik tukar ijau la plak.
tu aje lah gambar yg nak sgt saya simpan dlm blog ni.
laluan wajib tiap kali nak gi kelas.
mengejar masa. kekadang trafik jem, da lambat gi kelas.
tapi most of the time, mengejar masa nak ke tandas!!!
driving dari Melaka, perjalanan more than 1 jam, kekadang nak terkucil 😅.
👌👌👌
9 Comments
All the best sis.
ReplyDeletetahniah kak, setel sudah... mesti lega betul dh ni
ReplyDeleteAlhamdulillah moga beroleh kejayaan Aida.
ReplyDeleteBila dgr orang sambung belajar ni memang seronok dan terbuka. Tapi itulah rezeki sy belum ada :(
master of law? wow cayalah semoga dipermudahkan semuanya ye
ReplyDeleteTahniah sis, alhamdulilah selesai juga akhirnya tapi bukan segalanya kan.
ReplyDeleteMasih banyak lagi yang perlu dilalui dlm hidup. Doa semua sentiasa baik2 saja
Tahniah. Kagum sgt bila baca. Saya pon Master tapi research, banyak sangat dugaan in research ni sampai rasa nak stop. Tapi saya sayang nak quit so saya ambik cuti je dulu utk rehat kejap. Ni dah sambung balik sem. Doakan perjalan saya utk habiskan Master saya sekarang tengah writing thesis,lama sangat dah writing tak siap2 ni. Doakan saya berjaya tamatkan juga ya ����
ReplyDeletetahniah....tunggu konvo plak nnti....salam perkenalan...
ReplyDeleteTahniah Aida.. semoga terus succes ya..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. dah selesai ye Aida..
ReplyDeleteTahniah buat Aida yang bersemangat sambung belajar..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.