assalamualaikum 😊 salam sejahtera.
Syawal ke-15.
alhamdulillah.
persekitaran masih aman dan damai.
sekarang, jam 11.30 pagi, cuaca di luar pintu rumah sgt nyaman dan skit-skit matahari dah melimpahkan sinarannya.
berharap panas hingga ke lewat ptg la, masih lagi ada baju bersidai 😆 hi hi hi...
semlm seharian mendung aje kan.
wajib mengabadikan cerita raya di blog.
indahnya raya ni is apabila kita ziarah-menziarahi.
ke sana dan ke mari. keutamaan diberikan kpd rumah adik-beradik la.
meskipun awal-awal Syawal tu dah bersama, wajib bagi kami gathering semula di rumah masing-masing.
kali ni, saya naik ke Cheras dan Kajang.
kebetulan 3 adik-beradik perempuan saya semua rumah di sana, dekat-dekat di antara satu sama lain.
saya sorang tercampak di kampung halaman, Melaka.
seperti biasa, saya sekeluarga jejak langkah ke Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dulu.
rumah kakak kedua, Mak Ngah kpd anak-anak.
naik KL, memang rumah Mak Ngah la kami tumpang bermlm. sebab Abah & Emak dok sini, dgn kakak kedua.
bermlm. breakfast dan lunch di rumah Mak Ngah 😊. tu la cara beraya rumah Mak Ngah.
tghari nyer, kakak saya buat rendang itik. aduhai 😍😍😍. terbaik 👍.
setiap tahun, kakak saya ni pasti buat open house utk adik-beradiknya dan adik-beradik abg ipar.
and, setiap tahun la kakak akan tanya weekend mana yg saya free. so that saya sekeluarga dpt join diorang di Cheras.
tapi thn ni, saya yg cadangkan kat dia, tak perlu open house.
biasanya adik-beradik berkumpul di rumah dia dan makan, thn ni saya nak ajak kakak saya ni ke rumah adik-beradik yg lain 😌😌😌.
kita beraya dari rumah ke rumah jer. tukar style.
nasib saya baik, kakak dan adik-beradik yg lain setuju.
settle je solat Asar, saya dan Mak Ngah terus menuju ke rumah adik perempuan saya, Mak Usu di Saujana Impian.
kakak sulung saya pun dah ada situ. best la... sampai-sampai je kami da riuh dah.
dihidangkan dgn mee kari yg ohsem. 2 mangkuk jugak la saya makan 😅.
then, ngap ngap kuih raya dan kerepek. and aktiviti berborak diteruskan tanpa henti, sehingga la berkumandangnya azan Maghrib.
cantik sudut rumah adik saya ni.
kerusi antik. meja antik. wallpaper berbunga kecil...
dari kiri - anak sulung kakak kedua saya, Emak (dipangku mak ialah Izzat & Ain) dan kakak kedua saya.
biarkan dulu para bapa dan Atok makan dulu. kami bergambar.
ni la adik pompuan saya.
ada plak meja kayu antik. ni kepunyaan abah, adik manfaatkan di rumahnya.
ramai-ramai !!! 😃😃😃
cucu-cucu Atok...
selepas solat Maghrib, kami ramai-ramai gerak ke Saujana Damai, Kajang.
rumah kakak sulung, Mak Long kpd anak-anak.
dihidangkan pula dgn aneka kek yg Mak Long buat sendiri, as always sedap!!!
nasi ayam, ayam panggang marveles dan buah tembikai.
yg belakang Abah tu, bertudung hitam, kakak sulung saya 💚.
yg takde dlm gambar ialah abang saya la. jauh nun di UUM, Sintok.
dia memang sukar la nak join program weekend dgn kami.
dgn Emak pula 💙💙💙...
da plan dah, ada rezeki dan dipanjangkan umur, 29 jun nanti diorang berkampung plak di rumah saya.
beraya ramai-ramai di Melaka pula la kan. wajib!
this weekend, saya nak beraya ke rumah abg-abg ipar plak.
selagi ada ruang dan peluang, time Aidilfitri la kami nak ziarah-menziarahi. waktu lain, most of the time semua busy.
😉😉 👋👋
7 Comments
meriah nya... saling berkunjung rumah adik beradik...
ReplyDeletemuka akak n adik beradik perempuan nampak seiras je...
saujana impian tu dah dkat dah
ReplyDeleteMeriahnya raya, rayakan sebulan di Malaysia ,, enjoy puas2 hii
ReplyDeleteMeriah! Best kan bila dapat berjumpa family beraya ramai-ramai macam ni...Selamat Hari Rayaaa 😎🤝🏻
ReplyDeleteMemang meriah.. beraya kalau tak bergambar mmg tak sah kan..
ReplyDeletemelaka sempadan muar je tu.. mama balik muo raya ke 3
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Raya ini bagus merapatkan ukhawah.. saling berkunjung-kunjugan dna menerima tetamu..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.