assalamualaikum đ.
selamat pagi Sabtu.
yes, weekend bermula lagi đ. happy!
time bersama anak-anak. lepak rumah. releks kan minda...
pagi nan indah. pagi ni sarapan nasi lemak.
emak abah ada ni hah kat rumah saya. sementara Faiz, adik bongsu cuti semester, dpt la emak abah berjalan balik Melaka.
ada pemandu, kan...
bila adik dah masuk campus, kembali bersarang la emak abah di KL nun.
sedang tonton tv tadi, terus snap gambo ruang tvđđđ. terasa nak share plak pasal NJOI.
just nak share agar ia beri manfaat kpd sesiapa.
kat rumah saya, ada 2 ruang tv - atas & bawah.
tv ruang atas, adalah smart tv. kami gunakan juga android box.
ruang atas khas utk menonton movies dan tempat Izzat melayan YouTube.
maka di ruang bawah, ruang tamu utama, sememangnya memang memerlukan siaran tv.
dari awal kami tak nak langgan Astro byr bulanan. tak nak dah terikat lagi!
dok fikir samada nak masukkan NJOI atau MYTV. sekali byr jer, utk selamanya.
channel memang tak byk. sesuai sgt dgn kami yg tak brape layan tv.
more to movies and YouTube je.
dibandingkan NJOI dan MYTV, better NJOI. lebih byk channel.
saya memang boleh la nak bandingkan, sebab rumah emak abah di kampung - satu NJOI dan satu lagi MYTV. sgt tahu la kan.

begitu begini begitu begini... akhirnya kami putuskan utk amik NJOI - RM405.
NJOI adalah tv satelit percuma daripada Astro. abis tu, RM405 tu apende nyer? đł apa yg percuma???!
đ RM405 tu adalah untuk set lengkap :
- dekoder NJOI (warranty nyer 1 tahun)
- piring NJOI
- kabel hdmi
- ada smartcard NJOI juga
- kabel nak pasang piring 15m
- remote control
- all in la dgn kos pasang & pengaktifan NJOI
đ NJOI ni adalah :
- percuma - tiada bayaran bulanan
- tiada kontrak (tidak terikat) - seumur hidup la gamaknya selagi tak rosak đ
ni siaran tv yg ada.
ok la tu. lumayan dah semua channel tu. ada siaran radio jugak tau. lagi la ok đ.
saya kerap klik channel TV3, Astro Prima, Astro Oasis, NJOI dan Hello.
ada kalanya klik juga TV Al-Hijrah dan Astro Awani.
terasa sgt ok. and berharap moga bertahan selamanya lah dekoder NJOI ku tersayang itu đ.
kebetulan saya memang lebih suka kan Astro Prima dari Astro Ria.
di Ria, byk program berpaksikan hiburan & artis. Astro Prima ni, ada la jugak pasal artis.
tapi more to rancangan masak-memasak. program bual bicara. drama pun ada juga yg menarik.
then, korang cuba layan channel Hello. menarik tau.
ada citer korea (Oh!K), ada few kartun from Astro Ceria & Cartoon Network, ada movie, ada juga program dari channel TLC, National Geography, ...
alihkan kotak, tinggal la dekoder NJOI yg cute ni je.
tak la semak!
saya sejenis yg takkan tanggalkan plastik cover tu đ .NJOI ni beri juga peluang if kita nak melanggan channels yg lain.
biarkan selagi ia melekat di situ.
kena klik channel 200 dan beli channel.
beli prabayar NJOI - RM5, RM10 atau RM20. ada senarai harganya đđ.
saya tak pasti samada ni adalah updated price or not ye.
kena call Astro for further clarifications.
setakat ni, saya dpt free view Pek Aneka. rasanya for 15 days.
Pek Aneka - Warna, Naura, Citra, Animal Geography Wild & Animal Planet.
disebabkan sementara, saya tak klik pun channel ni đ . elak masalah 'ketagih' nanti hu hu hu hu...
dipendekkan cerita, saya memang sesuai sgt lah dgn NJOI ni.
daripada nak ikat diri dgn Astro bayar bulan-bulan. channel nyer pun lebih kurang.
tetap jer ada program berulang-ulang sampai boleh dihafal jalan cerita đ.
kalau nak tgk drama, now, kat YouTube pun da boleh tgk, kan... kalau teringin lah.
tidak semestinya la nak langgan channels yg berkenaan.
đđ
dlm sudut hati yg kecil ni, terasa rindu yg amat dgn channel AXN, DIVA, Lifetime, AFC, TLC.
namun, tu la...
tepuk dada, tanya selera đ.

29 Comments
Kat rumah sendiri Syaza guna MYTV. Kat rumah mertua, Astro FULLPACK! haha. Kalau rasa nak tengok DIVA ke AXN ke, hujung minggu kat rumah mertua haha. Kalau rumah sendiri, betul la cam akak cakap, membazir. sebab jarang2 je tengok TV. baik beli yang free :)
ReplyDeleteRumah ni nk terminate gak astro tapi suami xjadi kesian mok nk tgk rancangan lawak2 xleh.
ReplyDeleteTLC tu rancangan febret ekin gak..
Bab plastik cover tak buang boleh geng.
menarik jugak ye sebab ada Arena Awani semua tu. Kami baru potong Astro last year sebab nak masuk wifi. hehe tak larat nak bayo kiri kanan. Plus jarang tgk tv . bazir je ambil banyak banyak channel .
ReplyDeletehttps://mumblingcici.blogspot.com/2019/07/lulu-hypermarket-kini-dibuka-di-1.html
Sebelum ni di kampung babah mama pun guna NJOI..dan kebanyakkan keluarga PC pilih NJOI..betul tak ada bayaran bulanan..tak sakit kepala nak bayar bil..cuma bayar bil elektri macam biasa je..tapi rezeki dengan NJOI tak panjang..cukup ngam-ngam setahun NJOI rosak..bila rosak kena daftar baru ulang step sedari awal...jawapannya TIDAK..akhirnya guna arial biasa..alhamdulillah ok.
ReplyDeleteKat umah sy psg astro d ruang tamu, njoi d dapur. Android box pun ada utk layan youtube bila perlu.
ReplyDeleteSaya pun guna NJOI sahaja. Itu pun sudah seronok sebab ada channel tambahan. Harap tak cepat rosak ler :)
ReplyDeleteNjoi pun dah cukup. Sekali sekala nak tambah chenel...beli prepaid aje
ReplyDeleteMemang dah lama guna njoi ni sebab nak gambar cantik. Dapatla jugak extra rancangan 105.hihi
ReplyDeleteSelamat Berpuasa.
Deletewow now got this choice of entertainment. Good to parents too, they like to watch entertainment at home
ReplyDeletedah lama sangat dah tak tengok tv ni...kat rumah di ruang tamu tu tv jadi perhiasan je..kat bilik pula dah jadi monitor laptop dah..haha puas hati layan blog tv besar...nak tgk tv memang tak da da...
ReplyDeleteBaru tahu ada add-onn kalau nak tambah kalau pakej biasa kan. Dekat rumah Naim sudah langgan Astro yang biasa tu. harga pun boleh tahan juga lah hehe
ReplyDeleteAik. Dh naik harga ye sekarang? 2 tahun lepas kami amik bayar 300 je gitu seumur hidup. Tapi berbaloi korang try njoy. Tak perlu fikir nak bayar bulan2 dh lepas ni. Siaran pon jelas sbb guna satelit astro
ReplyDeleteHey my mum also using Astro njoi. not bad la with affordable price too. I hope they include more channels in future
ReplyDeleteI have something similar but mine is from China price also cheaper that's why but cons is tak de local channels
ReplyDeleteSebabnya kebanyakan homestay2 di malaysia prefer subscribe njoi kan aida. Bayar sekali tu je. Tp org yg kaki tv mcm ana, kena amik full channel baru puas hati. Hehe
ReplyDeletesaya kat rumah ni tv jadi perhiasan je. haha. sbb apa2 semua kat phone je.
ReplyDeletemek ada terfikir jugak nak ambik njoi je since kami laki bini pun tgk tv kejap aje dah ketiduran. hjung minggu pun cerita apalah sangat nak ditonton. tapi since laki yang bayor and dia pun tak bersungut nak tamatkan kontrak astro, so kita ikutkan aje lah.
ReplyDeleteFamily kinah kat kampung pun guna njoi jugak. Yes memang tak terikat apa2. Macam ayah kinah suka movie dia topup ke movie dia setiap bulan huhu. Pernah sekali dekoder kena sambar kilat, kena beli baru huhu
ReplyDeleteowhhh kiranya NJOI nie untuk channel basic yang kita biasa tengok. memang terfikir jugak untuk berhentikan astro sebab mahal dan asyik ulang2 sampai ke sudah. membazir.
ReplyDeleteAyah kita juga ada penggun Njoy kat kampung sebab nak dapat saluran yang terang dan HD tapi sayang bila dah langgan NJOY ni nanti akan selalu dapat call dari customer service suruh upgrade dan beli siaran lain hurmmm sian ayah kita hehehehe...
ReplyDeleteHai? Saya Syahmi Syafiq kata-katanya tngok tv Disney Channel 101 Dalmatian Street hehehehe.... đđđđđ
DeleteKakak kte pun pakai njoi ni dia kata senang sbb siatem dia cam reload top up je kan..
ReplyDeleteAM sejenis yg jarang tgk tv.. Selalu Apa2 info mmg tgk dlm hp je n laptop je.. Sbb tue xtahu pasal drama yg selalu org dok layan tgk kat tv.. Jadi kera sumbang bila ada yg dok cerita pasal drama tv.. Hehehe
ReplyDeleteSama la kita, mak guna NJOI jugak tapi jarang tengok jugak sebab mostly channel tak best sangat pun. Nak pulak sekarang NTV7 dengan TV9 asyik keluar Wowshop. Kalau Astro dulu boleh layan AXN, Diva dengan TLC ataupun AFC
ReplyDeleteAstro NJOI TLC Saluran 707 / 728 (HD).
Deletekalau nk tahu sis tak pernah lg langgan astro.. dr awal dulu NJOI keluar terus pasang yg ni je.. mmg jimat sgt2 masa tu.. tp dengar kata skrg dh mahal juga dah kan? but its okay.. still berbaloi baloi sbb pasang sekali tak payah bayar bulan2 lg dah
ReplyDeleteKalau nak Astro NJOI kata servis hd di saluran Astro Ria HD, Astro Prima HD, Astro Oasis HD dan AXN HD lagi?
DeleteNak tukar kartun baru nak Astro Njoi ini Disney Channel.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.