assalamualaikum 😃

di pagi yg cantik ni, awal-awal update blog.
selepas ni nak berkemas. nanti mlm ada kawan-kawan nak dtg, bermlm di sini 😃.
1 mlm pelepasan from husbands memasing, reunion pasca-Aidilfitri.
so, sehingga esok ptg, tak dpt lah nak log in blogger.com kot hi hi hi hi...

my partner seumur hidup, hingga ke jannah in shaa Allah.
semestinya, my mr.asben lah kan.
hmmmm sgt jarang bercerita pasal dia secara spesifik dlm blog ni.
mcm nak berahsia lah konon 😄😄😄 ha ha ha ha...
tak lah... dia sama je mcm para suami yg dicintai seluruh alam yg lain.
special nyer hati dlm hati kita, kan... cia cia cia...

share skit skit jer lah, in general, bagi korang-korang yg baru jumpa dia. camne kah dia?
bagi kami keluarga, kawan-kawan sepejabat, childhood friends... ada pendapat dari sisi yg berbeza lah kan...
  1. raut wajahnya serius. tapi tak sombong langsung. bila senyum, sgt manisss 😄.
  2. tak suka ckp byk. tapi boleh je join borak-borak kosong coffee table. provided, jgn la bergossip pasal artis (penyanyi / pelakon), borak politik, berckp pasal org yg takde di situ... yg tu dia akan tidak berminat nak dgr, apatah lagi berckp.
  3. sgt suka bersukan. sejak dulu-kala. antara sukan yg dia sgt suka --- pingpong, tennis. ajak la dia, sure dia akan segan silu nak tolak! hi hi hi hi... now, dah masuk 40-an ni, gemar hiking. so, ni topik yg buat dia take part kalau berborak.
  4. anime. english movie. dia sgt update lah. tapi, jgn tanya dia tentang movie melayu or drama melayu yg trending 😅. sure dia akan blurrrr. dia tak berminat.
  5. simple bab makan. tak byk makanan yg dia tak makan 😃. pendek kata, kalau gi jemputan open house, kenduri-kendara, makan-makan kat hotel, tiada masalah kelaparan bila balik rumah. sebab tak byk pantang larang dlm makan. dan memudahkan tuan rumah, tak payah la prepare makanan byk jenis 😅.

so, tak la tempek gambar my mr.asben kat sini.
saya tempek gambar anak lelaki dia yg sorang ni 👇👇👇.
sama jugak mcm ayah dia, tak cerewet makan. selagi ianya adalah nasi dan lauk-pauk, dia ngap.
paling digemarinya ialah ayam goreng & pedas (sambal la😃). yg penting, warnanya merah hi hi hi hi...

Blogger Challenge No. 4 | Describe your partner or someone you have feelings for
terbaru. gemar makan lempeng.
pasti nyer cicah dgn sambal 😋😍.