assalamualaikum 😊

hari ni sungguh indah dan tenang.
cuaca cerah dari pagi membawa ke ptg...
saya dlm tempoh menyihatkan badan.
telan ubat, terus mata ni mengantuk yg amat mengantuk. aduhai...
separuh hari diri ni tak dpt nak berfungsi.
tapi sempat la gorengkan 2 bungkus mee - mee goreng, utk seisi rumah lunch.
sib baik la mr.asben dan anak-anak jenis tak memilih makan. pe pun yg terhidang, makan.
alhamdulillah...

dlm jam 5 ptg td baru la dpt bangun, mula la buat keje rumah yg tertangguh sejak pagi.
usik sana sikit. usik sini sikit.
dlm jam 6 ptg tadi hingga lebih kurang menghampiri jam 7 ptg, saya, kak Nurin dan Syuhada mencabut rumput di laman.
kemas-kemas pokok. siram. buh baja...
belai-belai mana-mana yg patut kan.
dari Isnin hingga Jumaat tak berbela pokok-pokok. tuan nyer ke Langkawi 😅.

😍😍😍 nak imbau skit kenangan perjalanan naik bas gi balik Langkawi.
penat nyer menang lah tak terkata.
Isnin tu ke Langkawi, jam 5.15 pagi tayar bas da bergolek dari Melaka.
kami tiba di jeti Kuala Perlis, naik feri jam 5.30 ptg.
menghampiri jam 7.00 ptg baru la selamat tiba di bumi Langkawi. aduhai...
mlm tu berehat jer. tak ke mana-mana.

saya share di sini skit pemandangan negeri Kedah yg sempat saya snap sepanjang perjalanan pergi ke Langkawi 😊  😍.
Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi
ni saya percaya adalah track laluan ets.

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi

last melalui jalan ni ialah time nak ke Hatyai ari tu.
tak pernah jemu lihat pemandangan sawah padi yg terbentang luas ni.
kalau di selatan tanahair, tak brape byk pemandangan sebegini di laluan biasa saya.
maka bila di sini, tak lupa la nak merakamkan gambar sekeping dua.

di Langkawi, kami dah disiapkan asrama. tak bermlm di hotel lah kan...
kalau nak berjalan, ada bas yg sememangnya pihak pengurusan sediakan setiap kali peserta kursus hadir ke sini.

Selasa.
pagi nyer kami berkursus. tepat jam 5 ptg, tayar bas dah pun bergolek keluar dari asrama, kami berjalan di bandar Kuah.
mana lagi, kami terus mejunu ke kompleks HIG yg terkenal seluruh Langkawi.
shopping skit skit jer lah saya 😃. yg pasti, coklat.
ada jugak ofismet yg mengirim belikan coklat. boleh la... yg lain-lain (mangkuk periuk pinggan) saya tak amik order lah.
malas nak angkut bwk balik nanti.
sebelah mlm nyer, lepas dinner di asrama, kami sambung berjalan ke Pantai Chenang.
nasib baiklah ada yg sudi melayan kami-kami ni nak berjalan, kan 😅.

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi

sgt membangunlah Pantai Chenang sekarang.
semakin byk hotel didirikan. semakin byk mall yg dah ada utk shopping.
tak kurang jugak kedai-kedai menjual souvenir.
kedai makan? hmmmmm... kedai makanan thailand, arab, western food,... pilih aje ikut selera tekak lah.
mlm tu kami tak makan-makan pun. just jalan-jalan beli souvenir utk anak-anak.

Rabu.
sekali lagi, jam 5 ptg selepas selesai berkursus seharian, kami gerak ke bandar Kuah lagi.
hari ni kami singgah sekejap di Idaman Suri.
then terus jalan-jalan di pasar mlm bandar Kuah. makan-makan lagi 😆.

Khamis.
jam 8 pagi tayar bas dah bergolek, menghantar kami ke jeti Kuala Perlis.
kami naik feri jam 9 pagi. kali ni ok skit, tak ramai org dlm feri. santai sikit lah... sempat la saya 😴 ha ha ha ha...

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi
selfie di lobby jeti Kuala Perlis nan indah...

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi
sebelum gerak ke Melaka, kami tak lupa merasa laksa Kuala Perlis di tepi bendang nan indah.

Diari Seorang Pekerja | 2 Hari Di Pulau Langkawi
😋

gitu gini... jam 11 mlm baru tiba Melaka.
hu hu hu letih badan. 
saya dah pun demam. tekak perit. hidung da tak boleh bernafas dgn betul 😓😓😓.
penangan perjalanan dlm bas yg sgt lama!!!

singkat sgt kali ni kami di Langkawi.
biasalah, urusan kerja. bukan nyer holiday, kan...
balik nanti, kerja berkaitan kursus ni dah menunggu... tak boleh ler memain.
namun, nice jugak bila berkursus sambil shopping 😆😆😆. di tgh bulan plak tu ha ha ha ha ha...
sape pun, yg dtg berkursus di Langkawi, pasti diari bekerja nyer diselangi dgn shopping.
wajib!
tak sah kalau tak jejak bandar Kuah tu, kompleks HIG, Ram's, Idaman Suri, beli minyak gamat,...
kan? 😅😅😅

tapi tu lah, tak nak la kursus jejauh lagi. kalau boleh laaa...
sian kan anak bujang saya tu, video call dia Rabu, mlm nyer tu, meleleh-leleh air mata.
hu hu hu hu hu ibu tak kuat Ijat oii!
rela bekerja mereput di Melaka berbanding nak bekerja sambil holiday di mana-mana...

😉😉 😊