assalamualaikum 😊
bersiaran di mlm Isnin. esok da start keje.
anak-anak skola.
Syuhada akan bermula peperiksaan percubaan UPSR esok.
tu hah dia sedang membaca santai buku kompilasi karangan BM.
siang tadi, alhamdulillah, dimurahkan rezeki, dpt lah kami sekeluarga makan durian.
sebelum ni saya da makan, mr.asben da makan, tapi tanpa anak-anak.
hmmmm sgt tak best bila mana kami makan sedap, diorang tak dpt merasa.
sgt tak best!
diorang bukan la pemakan durian sgt pun sebenarnya. tapi, hati saya tak keruan jugak.
saya cadangkan, before hantar kak Nurin balik asrama, singgah la jap makan durian 😀.
tq mr.asben yg meluluskan cadangan saya.
gerai kampung je.
di jalan dari Bkt Katil nak ke Tehel.
kami pun tak mencari durian yg berjenama 😅. durian kampung pun kami on jer.
hmmmm bergambar bukan main happy.
tapi seulas pun Izzat tak makan. dia tak nak merasa pun.
ni durian cincin nama diberi.
kami beli 2 biji. rupa tak brape nak anggun, comot aje kan rupa paras isinya.
tapi sgt sedap 👍. rasa sgt la tak mengecewakan. byk plak tu, kecil-kecil. puas makan.
hah ni la dia durian musang queen.
beli 2 biji juga. kecil-kecil jer buah nyer tapi isi 👍👍👍😋😋😋.
isi nyer tebal. biji nyer kesep-kesep. puas makan. kenyang!!!
sehinggakan kak Nurin & Syuhada surrender - tak nak lagi dah 😅😅😅.
ni musang queen tapi kekuningan isinya light skit.
tapi ketebalan isi dan kekesepan biji masih sama. terbaik 😋.
pelbagai dah nama durian. hari ni kami makan durian cincin & musang queen.
durian pun ada king nyer, queen nyer 😂😂😂.
tak tanya plak kenapa nama gitu. kami ngap jer lah. yg pasti durian is rasa durian.
jgn durian rasa epal dah ler kan...
😍 puas hati.
4 biji durian yg sedap dan 3 gelas air kelapa yg sungguh menyamankan = RM63.
nikmat pe lagi yg nak kami dustakan 😌😌😌.
kalau ada rezeki, next Sunday pun kami nak lepak makan durian sini lagi. berbaloi!
keluar dari gerai tu dgn senyuman yg amat lebar.
😉
34 Comments
uish, terliur nya tengok doyannn.. 🤤 sedap tuhhh
ReplyDeletefuhh.dah musim durian ni.sana sini nmpk durian
ReplyDeleteSelamat kendurian
ReplyDeleteMusang king..musang queen..ada ya baru pertama kali PC dengar yang queen..tapi betul juga barulah sepadan dan seimbang...ada king ada queen..kalau dapat biji kesep tu..Ya Allah..nikmat sangat..rezeki.kucing tidur biji kesep..fuhhhhhhh..
ReplyDeletesedapnyaaaaa
ReplyDeletesedapnya tengok durian
ReplyDeleteKalau kat Melaka ai suka durian dekat ngan simpang ampat. Fresh baru gugur dari kebun. Tapi kalau letak durian depan ai, satu pun ai tak tau namanya. Tau makan je.
ReplyDeleteMusang queen tu kuningnya isi dia nampak yummylicious ..hihi
ReplyDeleteSungguh sungguh nikmat ni aida. Lagi lagi masa tengah panas kan.
ReplyDeleteBestnyaaa..kalau macam ni boleh la makan...yang SA beli tu langsung x bleh makan..rasa kena tipu betul...
ReplyDeleteNampak sedap. Naim lebih suka makan durian dengan pulut + santan. peh sedap teringat kata pa2 . hehe
ReplyDeleteNasib syira tak makan durian hehehe kalau tak jenuh menggila. Tapi kalau tunjuk dekat husband mmg dia cari nanti
ReplyDeleteFuh. sekarang musim durian kan.. memang puas hati makan
ReplyDeleteIsi musang queen tu menggoda nafsu sungguh :)
ReplyDeletekenapa minggu ni ramai update entri pasal durian. aduh BBL dah la tak makan lagi durian musim ni, terus craving anak tekak nak cari durian. first time dengan permaisuri durian, selalu musang king je..
ReplyDeleteBest nye durian.... Lagi best kalau ada yang bayarkan...
ReplyDeleteBaru 1st time dengar nama durian Musang Queen dan Durian Cincin.
uishhh.. terliur pulak tengok durian. Dah lama teringin nak makan tapi risau pulak takut terkena yang mahal. lagipun dah terbiasa makan durian pokok sendiri kat kpg. Tapi tu la, taun ni tak tau la durian ada ke tak.. hehe
ReplyDeleteAduh tergugat iman bila tengok durian. Nak kena pi cari ni. Aritu try udang merah fuh memang sedaplah. Selagi musim kena p cari ni
ReplyDeletesedap yer durian. nasib lah baru jer makan semalam. beli selonggok RM 30 jer, dapat 4 biji. puas kami anak- beranak makan
ReplyDeleteFirst time yer kita dengan nama Durian Musang Queen selalu King jer wakakakak tapi bila tengok warna isi Durian tu memang mencabar nafsu yer nak juga cari ni .....
ReplyDeleteYa Allah.. durian tuuu. Serius bila datang musim durian datang satu perasaan tak cukup nak makan lagi. Last week Luez dah makan durian tapi bila tengok orang share port makan durian best terus rasa nakng makan lagi.. pergghhhh penangan durian
ReplyDeleteKak Aida, memang nama dia musang queen ke hahaha. Mula-mula Nad ingat kak Aida saja main-main bagi anma musang queen. Bila baca sampai habis rasa macam serious pulak nama dia hahah. Btw, Nad baru tau ada nama durian cincin tu. Tak pernah merasa lagi..
ReplyDeleteBaru juga makan durian. Tapi tgk sis payung gambar durian lagi2 musang queen tu, nur punya perut jadi tak keruan dah. Terliur weh :D
ReplyDeleteMemang sedap dan murah.. kita dahla hantu durian. Kalau dapat makan mmg nikmat betul hehehhee.
ReplyDeleteSedapnya duriannn tapi kalau dekat KL memang mahal. Itu hari pergi ambil adik ipar dekat UiTM segamat, sempat singgah pergi cari durian sebab dekat sana kan pengeluar. Puas makan, RM6 je dia charge sekepala. Makan sampai puas
ReplyDeletepernah dengar, tapi blm pernah jumpa musang Queen.
ReplyDeletenak kena mkn gak ni...baru musang King boleh jumpa Queen dia (dlm perut..haha)
Huhuu tetiba lapo Durian
ReplyDeleteAduhhh terlioq sis tengok. Dah lama teringin tapi sampai le hari ni tak merasa lagi nak makan durian..huhuhu
ReplyDeleteingat salah tulis rupanya betul2 ada yer musang queen ....tapi musang king saya tak boleh makan sebab rasa pelik ...tak cuba lagi musang queen nih harap tekak boleh terimalah yer....hehehehe
ReplyDeleteDengan harga tu, memang berbaloi sangat-sangat tu..
ReplyDeleteLast week i try musang king, as not a favor to durian. i have to say i like the taste and the texture. terbeliak mata husband isteri dia boleh makan sampai 3 ulas. haha, 3 ulas tu pun rasa tak cukup. 1 biji je dah RM75. since dia happy sangat i can eat durian with happy, siap cerita kat tokei tu isteri dia tak makan durian boleh suka pula musang king. aduhai.. malu kita
ReplyDeleteDurian memang sedap. My favourite. Tadi pun husbnd kita belikan 3biji. Mau kita yang perabih tu. Sebab suami kita biasa biasa je bila dengan durian. Anak anak pun sama. Buat tak heran.
ReplyDeletekat area mana tu? rasa macam nak terjah je nanti...
ReplyDeleteRabia dah 2 kali makan durian
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.