assalamualaikum 😀

bercerita tentang Izzat.
Izzat dah pun masuk setengah tahun yg ke-2 darjah 1.
dia ok gi skola. pagi-pagi tak pernah la ada drama sedih pilu tak nak ke skola 😄.
alhamdulillah, tu pun satu rezeki, kan. aman damai di pagi hari hi hi hi hi hi...

subjek paling Izzat suka, saya boleh peratikan yg Izzat suka Matematik.
mudah bagi dia faham.
mudah nak suruh dia buat homework Matematik 😊.
setakat ni lah. moga berterusan la dia sukakan Matematik ni.
al-maklumlah, makin lama, makin tinggi aras belajar bagi anak-anak zaman sekarang.
bila dia suka, dia minat... mudah kita nak ajar, kan.
so far, takde la dgr ayat "Izzat tak suka subjek ...".
dia ok ok je bila buat homework. menyerah jer bila ada homework byk.
akan dibuatnya walaupun sampai ke tgh mlm. takut kena denda / marah dgn Muallim / Muallimah 😅.

semua sedia maklum bhw Izzat bersekolah di skola rendah agama swasta, kan.
so waktu skola Izzat is from 7.30 pagi hingga 4 ptg.
pagi-pagi jadual Izzat akan bermula dgn hafazan surah-surah lazim.
selesai solat Dhuha, barulah bermula sessi pembelajaran subjek-subjek selari dgn silibus KSSR.
diselangi dengan subjek-subjek Kaffah (Fiqh Solat, Fiqh Taharah, Fiqh Syahadah dan beberapa lagi).
selesai sessi persekolahan jam 4 ptg, Izzat dan kawan-kawan berehat minum ptg, solat Asar, bacaan al-Mathurat.
jam 5 ptg barulah boleh balik rumah 😊.

😀 seharian di skola. bila balik rumah, nampak keletihan yg memuncak di wajahnya.
alahai, kesian...
buat homework, jika ada. then terus Izzat 😴. takde la time nak ulangkaji hi hi hi... 
homework tu jer la ulangkaji nyer.

Membaca | Izzat & Buku
gambar lama...

skrol timeline fb, ternampak status saya bertarikh 18 Ramadhan lepas.
tergelak sendiri.
terusik memori 😍.

gambar di atas, Izzat, sofa dan buku Lawak Kampus.
Lawak Kampus tu kepunyaan kakak-kakak. Izzat baca.
biasa la anak-anak, lihat kakak-kakak dgn buku tebal tu, dia pun kepochi nak baca jugak kan.
so, saya biarkan je la.
Izzat pun dah lancar membaca. so, memang saya galakkan dia membaca apapun bahan bacaan yg bersesuaian 😊.

kelakar tgk gambar tu, konon-konon kepenatan baca buku.
tido dihempap buku 😄.
"buku Law ibu ada jugak setebal tu, tapi 😄 lom pernah la ibu ni tido dgn memeluk buku gitew, Ijat oii..."
gelagat anak-anak memang bikin kita senyum sorang-sorang kan...

keputusan exam pertghan thn Izzat ari tu, sederhana.
di tahap yg mesti ditambahbaik. di tahap yg belum begitu menguasai.
namun, saya berasa aman di hati.
👉  melihatkan Izzat yg happy-go-lucky jer time exam, tak ulangkaji. 
👉  melihat keputusan exam. 
👉  mengenangkan saya tak brape guide dia sebelum exam. 
so, overall, performance Izzat during exam adalah outstanding 😍 👍.
saya tak guide Izzat hanya utk lihat how far dia boleh grab kesemua yg dia belajar di skola.
lebih mahu lihat dia berdikari dlm belajar 👌.

Membaca | Izzat & Buku
ni satu lagi screenshot dari fb timeline saya.
akan dikenang sehingga bila-bila.

tiada apa yg kita nak utk anak-anak selain dari diorang boleh hidup sendiri di masa depan tanpa menyusahkan org lain.
seimbang dunia & akhirat.
dpt keje yg elok, sempurna dan baik hala tujunya.

😌😌😌