assalamualaikum 😊

Jumaat menjelma. penghulu segala hari.
jgn lupa baca surah Yassin & al-Kahfi.
di masa terluang ye. jgn pula korbankan kerja hakiki 😅, karang bos berbunyi plak.
terutama surah al-Kahfi, 110 ayat. boleh la dibaca sedikit-sedikit.
menjelang asar nanti, boleh selesai membacanya. in shaa Allah...
Jumaat pertama di ofis baru. selesa. tenang.
hari ni masih dlm proses belajar tentang kerja. starts with membaca prosedur kerja di MS ISO.
what first. what next. how?
mudah bila kita ada MS ISO di mana semua gerak kerja didokumenkan.
ada la gambaran hala tuju. ikut. sebab bila silap langkah, kelak di odit = NCR.
bakal melompatlah para bos. mereka melompat, kita? 😄😄😄 situasi yg saya tak nak berada di situ.

pagi ni, senaman jari-jemari jap di ruangan blog. sharing...
lama sudah gambar-gambar ni dlm draft folder.
hendah bercerita, tapi tiada masa.
maka, setelah habis raya... biskut rangup ni pun dah habis licin... ni hah baru sempat buat karangan khas.
ni la dia biskut raya yg berjaya saya buat utk raya lepas.
plan nyer byk biskut nak buat, tapi yg menjadik hanya dua - biskut ni dan cornflakes madu.

saya memilih resepi cikgu Azlina Ina. wajib mention nama cikgu lah kan, kredit pada dia 😄.
resepi yg paling mudah. bahan2 semua ada kat rumah.
saya tukang timbang, adun... kak Nurin & Syuhada yg tolong bentuk utk dibakar.

Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
kejadian sebelum dibakar.

Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
tadaaaaaaaa... siap!

Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
ni hah asal-usul resepi.

Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
👉  bahan A :
  • 1 cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sdk esen vanilla
  • skit garam halus
adunkan semua, guna whisk.
takde whisk, guna je senduk. sebatikan bahan A.

👉  bahan B yang mesti di ayak ye :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung susu
  • 1 sdk tepung beras
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bicarbonat
👉  1 cawan cornflakes, dikisar.

cara-cara :
  1. campurkan cornflakes ke dalam bahan A.
  2. then perlahan-lahan masukkan pula bahan B. kacau dgn senduk hingga sebati.
  3. masukkan adunan biskut ke dalam peti ais selama 20 minit.
  4. then, boleh la bentukkan adunan dan gaulkan dengan adunan yg telah dibentuk dgn cornflakes da diramas kasar.
  5. bakar dlm oven selama 20 minit pada suhu lebih kurang 170'c.
jarakkan ye adunan biskut yg telah dibentuk tu.
ia akan mengembang. tgk jer lah gambar saya 👆👆👆.
kembang setaman 😃.

Resepi Biskut Raya Simple | Cornflakes Crunchy Cookies Azlina Ina
lebih dari 50 keping juga la seadunan cikgu Azlina Ina ni.
alhamdulillah... rangup!
rupa tak brape cantik, tapi rasa nyer ok ok la... sedap!

rasa best bila first time buat biskut raya dgn anak-anak.
dgn bangganya diorang berkata, "ni kitorang buat tau".
kos pun sgt la jimat. memang tak sampai pun rm20 utk kesemua biskut ni. alhamdulillah.

tahun depan, in shaa Allah, nak buat lebih dari 2 biskut.
mesti lebih dari thn ni kan 😆. biskut coklat chip ke, biskut famous amos ke, almond london ke...
wah! besar nyer cita-cita saya.
angan-angan tak salah, kan... in shaa Allah.

nowadays, tetamu dtg, takkan cukup dgn kuih raya je. mesti nak jamu dgn makanan berat.
baru la complete, bagi saya la.
terkecuali la di saat-saat kehadiran tetamu tak dijangka. kuih raya penyelamat keadaan.
buatkan seteko air panas 😋.

tapi, bila difikir-fikirkan balik, biskut ni tak semestinya buat time raya, kan?
bila dah tau buat ni, boleh la buat biskut ni utk kudapan seharian.
jimat.
sedap.
ok la tu 👍.

😌😌
moga kita dipanjangkan umur bertemu Ramadhan thn depan, kan.
in shaa Allah.