assalamualaikum 😃
just nak berkongsi rasa....
22 bulan tidak bekerja, masuk minggu ke-2 bekerja semula, aduhai, rindu kat rumah hi hi hi hi...
kehidupan sebagai tidak bekerja adalah best kot kan.
al-maklumlah, pertama kali tidak bekerja (tapi bergaji) sejak tamat belajar peringkat Ijazah dulu.
Allah murahkan rezeki, tamat je belajar terus dah bekerja, meskipun gaji pertama dulu hanya RM500 (chambering 😅).
tamat je chambering, bekerja sebagai peguam, gaji pertama adalah RM1,400+, belum tolak epf & socso 😅. ko ghase? tinggi la sgt gaji peguam ekk? ha ha ha ha...
pe pun, rezeki jgn ditolak.
pengalaman kita kena cari.
sikit-sikit, itu la dia ringgit-ringgit yg menyara hidup, masa tu baru nak kawin. alhamdulillah...
back to my home sweet home 💗.
da sebulan setengah dah kot pindah rumah baru ni.
byk da citer.
still new.
still ada lokasi yg lom berkemas.
still dok fikir where to put. what to put. how to put.
aduhai...
if can setiap angle nak di touch up bagi perfect.
view dari atas, bilik saya.
hujung nun adalah taman permainan anak-anak.
kerana ini adalah perumahan baru, tak ramai lagi anak-anak yg riadah di atas padang ni.
masih sepi...
di hujung sebelah sini, adalah tapak surau dan balai raya. ini kalau diikutkan dlm pelan pemaju lah.
sgt suka bila dpt tahu, lokasi surau adalah sgt hampir dgn rumah 😊.
diketahui bahawa dgn adanya surau, rumah tidak akan sunyi tiap kali azan berkumandang.
menjadi pusat berkumpulnya jiran-jiran bagi menunaikan solat.
maka, otomatik menjadi pusat memantapkan lagi semangat kejiranan dan bersosial. in shaa Allah.
yes. faktor depan rumah penuh dgn kenderaan yg parkir.
sementara, kan. bukan selamanya 😉. begitu begini, kawasan luar rumah bukan milik kita.
lokasi rumah sebegini la dlm impian saya.
dan, alhamdulillah, Allah makbulkan.
apa lagi nikmat yg nak saya dustakan? cukuplah, rumah kecil di pinggir bandar Melaka.
ada org bertanya, "kenapa tak suka dok bandar?". kerana mereka tahu kami ada rumah di bandar Melaka.
jawapan kami, "bukan bandar, tapi tak jauh nak ke bandar...". simple. sebab kami takde sebab sebenarnya nape pilih lokasi pinggir bandar ni.
dlm pencarian rumah pada 6 thn lepas, kami concentrate on kedudukan penempatan rumah kami :
- bukan kawasan tragedi banjir (kemungkinan banjir tu sgt tipis sebab atas bukit)
- kawasan rumah yg tidak sesak (kawasan rumah kami yg lama sesak, penuh dgn rumah & pembangunan - telah mula banjir di beberapa kawasan berdekatan)
- mencari rumah yg ada laman tepi dgn harga yg munasabah pada waktu tu (dlm bandar, takkan dpt end lot house dgn harga less than RM250k).
dah rezeki semua kriteria tu kami jumpa di pinggir bandar Melaka 😊.
dan korang tahu lah kan, bandar Melaka setiap hujung minggu akan sesak padat ya Allah!!!
nak ke kiri, trafik jem.
nak ke kanan, trafik jem!
oh tidak 😕!
di sini. nak ke tol Ayer Keroh mudah.
nak ke tol Simpang Ampat pun, ok.
ke mitc, boleh guna 2 laluan. amik masa lebih kurang 10-20 minit, bergantung kpd warna traffic lights 😄😄😄 hahahahaha...
nak ke pekan Alor Gajah dah dekat.
kalau nak lajak balik kampung, rumah mak, pun dah dekat. boleh singgah pekan Masjid Tanah.
ok ok la...
alhamdulillah...
Melaka pun tak le besar mana. sepelaung aje semuanya.
tu saje la nak citer-citer pagi ni.
kisah rumah kecil ku di pinggir bandar Melaka.
lain org, lain citarasa, lain pilihan dan kehendak hati.
bergantung kpd bilangan ahli keluarga, lokasi bekerja dan kemampuan dari segi wang ringgit.
sememangnya, ada impian nakkan yg lebih best. namun, sila la ukur kemampuan sendiri, kan.
dok kejar yg tu, yg lain keciciran nanti.
😉😉😉
13 Comments
Alhamdulillah.. wahh dapat apa yang diidamkan. Betul, setiap orang berbeza. Ada yang suka di tengah bandar, ada yang tidak. Apa-apapun ikut hati kita :)
ReplyDeletedi bandar, rumah sebegini mahal, x mampu :)
Deletedemi impian, beralih arah la kan...
bestnya kak, rumah akak tu... dekat ngn taman permainan dkt ngn surau... anak2 nk main kt padang tu pun kita mudah nk pantau...
ReplyDeletedana yg pindah awal tahun pun banyak lg yg belum abis kemas... huhuhu
tu la dana, amik masa ekk nak kemas & susunatur rumah baru, kan.
Deletekesesuaian tu perlu.
terutama brg2 yg penting.
karang nak guna, mencari lah serata alam :) ha ha ha ha...
Tahniah Aida :) Sesungguhnya lokasi rumah macamni juga la yang akan Nad cari in future kalau nk beli rumah. Sedia tahu proses dan kelayakannya bukan mudah. Anywat, mkalau dapat duduk landed house ni memang cukup bersyukur sangat dah.
ReplyDeletealhamdulillah. melaka ni masih mudah cari landed house.
Deletecuma lokasi lah. akan tentukan harga :)
bandar? luar bandar?
cuma melaka ni kecik, luar bandar tu tak jauh sgt.
less than 30 minit dah jejak Melaka Tengah :)
Iyalah bandar Melaka terkenal dengan traffic jem hehehee...
ReplyDeleteKalau Mrs. A pun lebih suka duduk di kawasan yang tak sesak sangat.
Alhamdulillah tahniah dapat dah rumah impian
Alhamdulillah.. Suka sangat kalau rumah dekat dengan Masjid atau pun surau..
ReplyDeletekebetulan, sha.
Deleterezeki :)
di usia emas ni, ia penting utk bagi kita kesedaran.
mendekati diri dgnNya.
Seronok dapat duduk di kawasan perumahan macam ni. Alhamdulillah rezeki akak dan keluarga.
ReplyDeleteWah Bestnya Aida. Alia dulu belajar dekat melaka 6 thun. Memang duduk kt area alor gajag simpang Ampat tu.. Sebab belajaq dekat UNIKL tu.. Dekat tol alor gajah tu kalau weekn ja mesti jammed.. Fuhhh.. Tpi rindu life dekat melaka dulu
ReplyDeleteoh, unikl di simpang ampat tu, alia.
Deleteaida lalu situ sebab kekadang husband keje di adtec sebelah tu.
kenal sgt la alia dgn melaka kan :) ha ha ha ha...
yes la, tanpa trafik lights tu, akan kucar kacir trafik nanti.
melaka kampung, byk simpang.
nak buat flyover, mcm tak sesuai sebab kawasan tak besar mcm KL.
flyover yg ada dah skang ni pun da byk korbankan tanah org, alia.
rumah yang selesa membawa kebahagian sesuatu rumah tangga dan keselamatan juga amat la penting
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.