assalamualaikum 😊😊😊

bersiaran dari rumah dah.
kelmarin da selamat sampai Melaka, lebih kurang jam 11 mlm.
hu hu hu seharian perjalanan dari langkawi. 8 pagi da mulakan perjalanan. hampir 15 jam perjalanan!!!!
akibatnya, semlm demam urat!!! dpt la MC sehari. seharian la semlm berehat, makan ubat ikut time.

belek-belek blog jap. terfikir apa la nak dibebelkan dlm blog kecik molek ni.
hmmmmmm jom la share jap pasal makanan korea yg pedas teramat nih!
lama dah kot viral pasal ramen pedas teramat ni!
hinggakan sana sini ada challenge makan ramen hu hu hu hu...
hmmmmm saya ni sgt la tak berminat nak mencuba.
masih kolot dgn maggi kari tu hah...

sehinggalah baru-baru ni, kak Nurin dan Syuhada yg membawa masuk samyang ramen ni ke rumah 😅.
sungguh kuat la penangan kpop ni. diorang beli di 7eleven.
bukan setakat drama nyer, lagu nyer... mee segera nyer pun anak-anak saya berjaya pengaruhi si ibu kolot ni membeli.
diorang bercerita, kawan-kawan ada yg bawa ramen ni ke sekolah.
ramai-ramai share makan. hmmmmm...

mahal!!! tak patut betul harga gitu. adakah sebab ia diimport jauh dari korea? mungkin...
ikutkan hati, tak payah la beli anak-anak oiiii...
harga nyer lebih mahal dari harga sepinggan nasi ayam! tak berbaloi!!!
tapi beli la jugak kerana kehendak anak-anak dara berdua tu lah...


Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !
first try, diorang beli packaging hitam (hot chicken) dan kuning (ada flavour cheese).

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

ia adalah seumpama mee segera yg lain-lain. 
lembutkan mee segera, toskan dan campurkan dgn serbuk perisa. gaul sebati.
just yg saya nampak perbezaan, mee segera nyer tu kenyal! tebal! tak lembik...

tapi ya Allah, pedasnya. memang berpeluhlah dahi. pedas semcm lah 😖.
cannot go! bila terlalu pedas, saya tak dpt nak menikmati sgt kesedapannya.
boleh dikatakan sedap lah. perisa yg unik.
terutama yg ada rasa cheese tu kan. perisa yg unik. tapi pedas!!!

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !
last week, mr.asben beli yg packaging merah ni.
hot chicken 2x pedas 😳😳😳. saya tgk perkataan tu pun da terasa panas lidah ni.

Samyang Ramen | Tak Boleh Makan, Pedas Sangat !

memang la pedas ooiii 😩😩...
saya sanggup 2 kali suap jer. hu hu hu hu hu not my taste lah pedas teramat gini.
lebih rela makan maggi kari potong cili padi, dari makan samyang ramen ni.
takde nikmat nyer kalau dah pedas sgt 😭😭😭.

tapi tu la. my 💙 mr.asben selamba jer makan packaging merah ni.
dia makan relax. tak minum air walaupun seteguk. muka dia aman jer dari start makan hingga la ke suapan terakhir.
😒😒😒 power betul lah anak nismilan ni ekk.

dipendekkan cerita, pendapat saya :

  1. mesti cuba. 
  2. berbaloi mencuba (tapi tak nak repeat dah la 😩)
  3. mahal sgt!!!
😏😏😏 sekian laporan dari korea lah sangaaaattt 😄.
selamat berhujung minggu ye.