assalamualaikum.
salam sejahtera...
selamatlah utk kita semua menjalani hari ini 😍.
berjaya dgn apa jua yg diusahakan.

dah pun separuh hari di hari Sabtu yg ceria.
pagi-pagi ni kak Nurin bertuisyen dan Syuhada ada skola tambahan UPSR.
ibu & Izzat di rumah saje.
done masak tumis berempah ayam. masukkan kubis dlm tu sekali.
ada juga masak sayur campur.
cukuplah utk kami berlima hingga ke dinner 😃.

satu lagi kegembiraan saya di rumah baru ni, cita-cita tercapai, adalah dpt mewujudkan satu taman @ kebun mini di tepi rumah.
ruang tanah di tepi rumah kami tak begitu luas, tak dpt lah nak menanam pokok mangga ke, pokok jambu air ke, apatah lagi pokok manggis atau rambutan.
tidak sesuai. hanya ada lebar 14' x panjang 70'. tu pun termasuk beranda rumah di tepi tu kan.

laman tepi di sebelah belakang sudah saya simenkan sepenuhnya.
sekarang jadi ruang menyidai baju.
sudah ada perancangan utk ruang tu. bajet sedang dijana utk merealisasikannya 😎.
in shaa Allah.

da apply dgn mr.asben agar berikan ruang sejemput di tepi beranda rumah utk saya bercucuk tanam (gitewwww!). application diluluskan!
perancangannya, bila buka je sliding door, nampaklah pokok-pokok hijau dan bunga-bunga penyeri mata.
thinking of nak beli pokok kenanga. biar harum semerbak 😍.

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman

pantanglah tgk saya memegang bekas penyiram pokok tu.
dia nak jugak. so, saya akan beri peluang kat Izzat. boleh la menjadi pembantu 😄.
siap-siap Izzat akan bagi report, "ibu, pokok ni da tambah bunga""ibu, pokok ni da beranak", "ibu, pokok ni da tinggi"...
😆😆😆

setakat hari ni, semua pokok hidup segar.
disiram setiap hari.
dibubuh baja sebaiknya ikut sukatan dan waktu yg disarankan.
ada pokok berbunga dan juga pokok sayur / makanan.
baru nak mencuba menanam-nanam. tiada pengalaman. ntah kan tangan panas ke tangan sejuk 😄.
now, hunting for pokok bendi dan ulam raja.
masih belum jumpa di few nursery berdekatan. nanti nak kena spend masa ke pasar besar Melaka tu.
pasti ada.
tanam yg biasa guna di dapur.
tanam yg memang utk makan fresh.
as for serai, daun bawang dan daun sup, akan try tunaskan dulu di dapur.
3 ni pun penting, kan. pewangi makanan dan penyedap rasa 😍.

Hobi Baru Izzat | Menyiram Pokok Di Laman
sedikit ruang tanah di bahagian hadapan. bersebelahan garaj kereta.
kosong. dibersihkan dari semasa ke semasa.
sudah ada perancangan masa depan 👌.

menjadi pekerjaan sampingan la saya mencabut rumput-rumput liar.
sikit-sikit melayan rumput. bersihkan. agar tak semak!!!
menjadi senaman juga tau. boleh la keluarkan peluh... 😄
doakan misi taman @ kebun mini saya sukses ye, kawan-kawan.
jgn lah hangat-hangat tahi ayam kan 😆 ha ha ha ha ha...

👋