assalamualaikum 😀
bila sebut perkataan 'raya', da jadi satu kemestian utk adik-beradik saya berkumpul.
kemestian.
kewajipan.
seharusnya berkumpul la sementara abah emak masih ada ni.
and, kebiasaannya kami dah plan dah 1 occasion utk diraikan.
utk tambah bermakna la gathering kami-kami ni.
kali ni, sekali lagi, sabtu (mlm) tu complete kami 6 beradik ada kat umah abah emak.
specially made by Mak Long. carrot cheese cake 😋.
adik ipar saya, seorang Ustaz, meluangkan masa menulis khat di atas kek dan semua cheese tart.
kami meraikan July babies.
birthday Mak Long, Mak Ngah dan Paklang. semuanya masing-masing kelahiran Julai 1967, 1969 dan 1970.
dan paling junior, Izzat, 23.7.2012.
setiap cheese tart dituliskan nama setiap ahli keluarga, tulisan jawi.
terasa bermakna. lain dari yg lain...
memang happening lah mlm tu.
dari ptg kami nak heboh dgn masak-memasak.
anak-anak dah reunion, masing-masing dah excited berjumpa ramai. team kecil dgn team kecil, kakak-kakak dgn team kakak-kakak.
sekejapan semua cheese tart abis. bila buat sendiri, cheese nyer sgt cheesy dan lemak berkrim!
puas makan...
kenapa plak kek bertulisan khat?
👉 lately kan hot isu berkaitan pengajaran tulisan khat / jawi di sekolah.
ada ramai guru, pengajar dan pensyarah dlm keluarga kami. kami ada juga la diskus hal ni.
secara profesionalnya, kami tiada masalah dgn hal ini. malah menggalakkan seni tulisan bangsa lain turut diajar kepada anak bangsa.
belajar bahasa lain atau seni tulisan bangsa lain tidak akan mengurangkan semangat or jati diri kita sendiri.
mendalami agama lain takkan menjadikan kita kurang beragama. malah mungkin kita dpt menilai semua aspek dgn lebih baik dan teliti.
👉 Malaysia mengamalkan kebebasan dlm pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat.
maka, kenapa isu pengajaran tulisan khat / jawi ini hendak dibesar-besarkan?
ia telah dirancang sejak 2-4 thn yg lalu. kenapa bila diumumkan kini, ia dibantah?
👉 pada saya, bukan setakat seni tulisan bangsa lain yg digalakkan diajar.
kalau-kalau la dpt ditambah silibus Bahasa Hindustan, Bahasa Jepun, Bahasa Peranchis atau Bahasa Korea di sekolah, yg bersifat optional, lebih baik pada saya.
bahasa komunikasi negara lain, seronok jugak, kan?
setuju tak?
😄 😄 😄
terkenang dulu kala, sewaktu saya masih di sekolah rendah sehingga sekolah menengah.
bff saya ramai berbangsa Cina dan India.
saya selamba jer belajar Mandarin dgn dia. saya ingat lagi, saya kerap ke rumah mereka, lepas sekolah dan juga di hujung minggu.
saya pernah pegang bible dan membaca isi kandungannya. pernah juga belajar menulis. menirulah tulisan diorang. susah 😆😆😆.
bff saya tu juga tahu tentang agama Islam. pernah belajar menyebut Bismillah, Alhamdulillah...
tapi, pada tahun-tahun tersebut, tak pernah ada pun isu sebegini.
belajar, mengetahui, mendalami, mengkaji... apa salahnya. menambah ilmu, positif kan?
kesimpulannya, pada saya, usahlah dipolitikkan perkara kecil sebegini.
fikirlah di luar kotak.
hargailah keharmonian dan kebebasan yg kita ada di Malaysia ni. consideration. tingkatkan nilai persefahaman di antara semua bangsa, budaya dan agama.
maka, jom lakarkan tulisan khat di atas kek hari jadi anda.
martabatkan tulisan jawi setinggi-tingginya seperti zaman dulu kala 😀😀😀.
Nurin
Ain Syuhada
Muhammad Izzat
(dia dah makan keliling cheese tart. bila tgk kakak-kakak snap gambar, dia pun heboh lah nak snap gambar cheese tart dia yg dah ada kesan gigi ni 😆😆😆)
👌👌👌
9 Comments
Dah jadi isu negara pulak tulisan khat ini.
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir
ReplyDeletehappy birthday to all July babies..
ReplyDeletesayang pula nak makan kek dan cheese tart tu..comel-comel semua dengan tulisan jawi tu..
memang wajib ambil gambar kan sebelum makan, buat kenang-kenangan..
Rare!
ReplyDeleteSy sokong kalau setiap murid diberi ruang utk belajar bahasa ke-3 atau ke-4 spt di MRSM.
Allah.. Cantiknya tulisan khat tu.. Sangat bermakna..
ReplyDeleteRare nya kek n cheese tart ada tulisan jawi, harus bakers kena buat macam nie mesti dapat tempahan tinggi.. hehehe.. Pendapat Kak Sue pun sama dengan Aida, paling tak gemar semua benda nak di politikkan.. amenda lah depa nie..
ReplyDelete1st time tgk kek yg ditulis dlm bahasa jawi mcm ni...selamat ulangthn yg meraikannya
ReplyDeletetulisan jawi di kek and tart tu. lain dari yang lain :-)
ReplyDeleteComel hasil tulisan khat tu. Lain dari lain ni baru jumpa
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.