assalamualaikum 😃
hari Khamis.
dah nak sampai ke penghujung hari ni.
alhamdulillah, hari ni berjalan dgn baik-baik je.
esok Jumaat. hari yg saya tunggu setiap minggu.
bukan sebab esok nyer tu weekend. sebab, Jumaat tghari gi amik kak Nurin dari asrama.
pe yg boleh buat saya gembira selain dari anak bertiga ada depan mata.
setiap org ada saat-saat sukar yg amat sukar dlm kehidupan dia.
mesti ada.
cuma tahap kesukaran tu berbeza antara satu sama lain lah kan.
sesungguhnya Allah tu Maha Adil.
dia uji seseorang tu semampunya. tidak lebih. tidak kurang.
saya ada satu.
hanya satu. itulah satu the most difficult time in my life 😔.
namun tak dpt nak diceritakan. dikongsikan.
sebab tak brape nak cantik kalau dikongsi.
ia melekat dlm hati dan minda.
ia ibarat luka. da lama. tetap ada parutnya...
kalau nak diberikan skala, tahap difficult saya tu adalah 10/10.
hanya Allah je tempat saya mengadu waktu tu agar semua dipermudahkan.
namun, ia sekadar diingat, tidak dikenang.
ia sekadar dilupakan, tidak terlupa.
life goes on.
jgn toleh belakang dah. ia hanya satu kisah perit yg Allah beri utk menguji.
sudah berlaku.
takkan boleh diubah. ia tetap di situ. sejarah.
yg kita ada ialah saat ni. sekarang. maka, beri perhatian.
esok ntah ye ntah tak milik kita. bahagia ke susah ke esok, usah difikirkan.
apa yg kita ada sekarang, hargai lah.
"People change, stuff happens, things go wrong.... After all, life goes on."
😉😉😉
10 Comments
betullah..ada benda yang kita boleh cuba untuk lupakan, tapi memang tak terlupa. from time to time benda tu akan datang.
ReplyDeletebetul.
Deleteberi kesan mendlm.
manakan boleh lupa...
takkan terlupa bila sekali terusik kan Aida.. Walau apap pun, dugaan itu mematangkan kita..
ReplyDeleteyes. pahit camne pun, akan manis akhirnya.
Deletecara kita menanganinya :)
Allah kan ada.
semoga akak sentiasa kuat menghadapi apa sahaja ujian dan dugaan dlm hidup..
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa mudahkan urusan akak dunia akhirat.. InsyaAllah.. aminn~ :)
tq...
Deletebetul tu, kadang kadang difficult time kita tak boleh cerita huhu
ReplyDeletetu la...
Deletedifficult yg lain-lain tu, biasa la, asam garam kehidupan.
difficult tahap biasa-biasa :)
kalau kita tak diuji, barangkali kita kurang menghargai apa yg terjadi pada hari ini... itulah hikmat di sebalik dugaan dan ujian hidup
ReplyDeleteSemoga yg pahit tu akan menjadikn Kita lebih baik
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.