assalamualaikum 😊

pe khabar ari ni?
moga semuanya ok ye.
dlm grup wasap kelas Syuhada, seorang kawan Syuhada accident mlm kelmarin.
aduhai... dia dan kakaknya ok. namun mak nya masih belum sedarkan diri setakat update ptg semlm.
accident kereta. kakaknya yg memandu. ada gambar dikongsikan oleh ayah kawan Syuhada tu.
teruk! remuk habis bahagian depan kereta 😔.
moga semuanya ok la utk kawan Syuhada dan keluarganya.
few days lagi nak UPSR ni. 
bila memandu di jalan raya ni, apapun boleh terjadi.
kita yg cuai, gopoh dan tak hati-hati, kita yg teruk kalau pe pe jadi.
tapi, org lain cuai, gopoh dan gelojoh, kita juga yg teruk! aduhai...
just take care jer lah ye.
sabar... releks... on radio tu, nyanyi lah sorang-sorang kalau boring. tenangkan hati.

ok, settle bab tu. 
niat di hati nak kongsi deko dapur kecil saya pagi ni.
dah seminggu entri ni setia dok kat folder draft 😌, seharusnya saya publish pagi ni.
pada saya, dapur adalah jantung 💝rumah. tak kisah la kecil ke besar ke.
yg penting - ada sinki, ada dapur memasak, settle. yg lain-lain tu, optional.
bila dapur selesa, si ibu / si isteri akan happy. rasa excited nak masak (ye la tu, Aida 😄  😆😆)...
and ia berlaku kpd saya lah sekarang ni. sgt selesa dgn dapur kecil saya.
kedudukan sinki, dapur masak, mesin basuh and electrical items yg lain sgt strategik utk saya.
yes, mesin basuh saya sekaligus kat sebelah sinki 😅.
tak cukup ruang nak buat ruang mendobi.
tiles dinding, tiles table top, rak letak barang-barang, mana nak letak apa, semuanya saya yg decide. 
happy!
now ni, da hampir 3 bulan pindah, still lagi menyusun. masih belum lagi confirm tempat letak brg 😄  😆😆.

yg paling confirm adalah ruang sinki ni.
tak boleh nak ubah-ubah dah. fixed! 😃
slowly, lepas pindah hari tu, melengkapkan ruang sinki ni ikut keperluan.
tak beli sekaligus. sebab nak tgk kegunaan jugak kan dari sehari ke sehari.

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
pokok daun monstera ni saya beli di Romantika MITC - RM10.
ringan je. memang niat nak letakkan di sini. naikkan seri...

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
then, one of the penyangkut tu, saya buh wood plaque tu.
Romantika - RM5.50.
"COOKIES make the world a better place"...
betul lah tu kan. if not, takkan la bila time raya, kuih raya le yg utama dihidangkan...

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
then, di sebelah kiri sinki, bebetul sebelah cuckoo, satu lagi wood plaque.
Romantika - RM3.90.
"TEA is always a GOOD IDEA" 😋
al-maklumlah, now anak-anak dara saya buat air sendiri kan, terutama air teh seteko.
memang saya keluar arahan jer lah utk diorang buat. minum ptg dgn kuih (jika ada kuih la 😄).
so, bila diorang tgh amik air panas tu, nampak wood plaque tu, ada la rasa positif dlm hati diorang 😆 ha ha ha ha ha...

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
ni bukanlah ke arah deko sgt, more to sink organizer.
saya beli di Mr.D.I.Y - RM2.++. tak mahal.
shopee & lazada pun ada rasanya, pernah la ternampak 😅.
sgt suka sebab ia tak amik space atas table top. dan ia berlubang, air tos ke bawah tu.

tu jer lah semua deko kecil di sinki.
nak letak lelebih, mcm tak sesuai plak kan.
ok, meh saya tunjuk skit ruang sinki saya dulu kala, sebelum penuh mcm sekarang ni 😄   👇👇👇.

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
ni gambar saya snap sebaik saje table top kecil saya ni siap kontraktor buat.
belum berkemas lagi masa ni... berhabuk!!!

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
sinki besar pilihan. saya suka.
beli di HomePro - RM400+.

sekarang ni, jgn harap la kosong ruang sinki tu 😃😃😃.
kiri kanan atas bawah penuh dah hu hu hu hu... segan plak nak snap gambar keseluruhan.
tak payah la ye ha ha ha ha...
snap sipi-sipi jer lah. karang tong sampah cute enterframe dlm blog, tak lawa plak 😄😄😄.

lastly, saya share ye mana saya beli rak melekat kat dinding, letak pokok daun monstera 👆👆.
refer gambar pertama dlm entry ni ye...
mana ler tau ada yg berkenan & mencari.

Deko Dapur | Beri Nafas Segar Untuk Ruang Sinki
Aluminium Kitchen Rack 60cm - image from Shopee.
memang saya beli di Shopee - RM17 (lom masuk kos pos).
ok la... ringan. senang pasang. ada tempat sidai kain lap, tu yg best...

itu aje la sharing saya pagi ni.
moga beri manfaat kpd sesape yg memerlukan.
sebarang komen pembina sgt2 dialu-alukan.
👌👌