assalamualaikum 😊
pe khabar ari ni?
moga semuanya ok ye.
dlm grup wasap kelas Syuhada, seorang kawan Syuhada accident mlm kelmarin.
aduhai... dia dan kakaknya ok. namun mak nya masih belum sedarkan diri setakat update ptg semlm.
accident kereta. kakaknya yg memandu. ada gambar dikongsikan oleh ayah kawan Syuhada tu.
teruk! remuk habis bahagian depan kereta 😔.
moga semuanya ok la utk kawan Syuhada dan keluarganya.
few days lagi nak UPSR ni.
bila memandu di jalan raya ni, apapun boleh terjadi.
kita yg cuai, gopoh dan tak hati-hati, kita yg teruk kalau pe pe jadi.
tapi, org lain cuai, gopoh dan gelojoh, kita juga yg teruk! aduhai...
just take care jer lah ye.
sabar... releks... on radio tu, nyanyi lah sorang-sorang kalau boring. tenangkan hati.
ok, settle bab tu.
niat di hati nak kongsi deko dapur kecil saya pagi ni.
dah seminggu entri ni setia dok kat folder draft 😌, seharusnya saya publish pagi ni.
pada saya, dapur adalah jantung 💝rumah. tak kisah la kecil ke besar ke.
yg penting - ada sinki, ada dapur memasak, settle. yg lain-lain tu, optional.
bila dapur selesa, si ibu / si isteri akan happy. rasa excited nak masak (ye la tu, Aida 😄 😆😆)...
and ia berlaku kpd saya lah sekarang ni. sgt selesa dgn dapur kecil saya.
kedudukan sinki, dapur masak, mesin basuh and electrical items yg lain sgt strategik utk saya.
yes, mesin basuh saya sekaligus kat sebelah sinki 😅.
tak cukup ruang nak buat ruang mendobi.
tiles dinding, tiles table top, rak letak barang-barang, mana nak letak apa, semuanya saya yg decide.
happy!
now ni, da hampir 3 bulan pindah, still lagi menyusun. masih belum lagi confirm tempat letak brg 😄 😆😆.
yg paling confirm adalah ruang sinki ni.
tak boleh nak ubah-ubah dah. fixed! 😃
slowly, lepas pindah hari tu, melengkapkan ruang sinki ni ikut keperluan.
tak beli sekaligus. sebab nak tgk kegunaan jugak kan dari sehari ke sehari.
pokok daun monstera ni saya beli di Romantika MITC - RM10.
ringan je. memang niat nak letakkan di sini. naikkan seri...
then, one of the penyangkut tu, saya buh wood plaque tu.
Romantika - RM5.50.
"COOKIES make the world a better place"...
betul lah tu kan. if not, takkan la bila time raya, kuih raya le yg utama dihidangkan...
then, di sebelah kiri sinki, bebetul sebelah cuckoo, satu lagi wood plaque.
Romantika - RM3.90.
"TEA is always a GOOD IDEA" 😋
al-maklumlah, now anak-anak dara saya buat air sendiri kan, terutama air teh seteko.
memang saya keluar arahan jer lah utk diorang buat. minum ptg dgn kuih (jika ada kuih la 😄).
so, bila diorang tgh amik air panas tu, nampak wood plaque tu, ada la rasa positif dlm hati diorang 😆 ha ha ha ha ha...
ni bukanlah ke arah deko sgt, more to sink organizer.
saya beli di Mr.D.I.Y - RM2.++. tak mahal.
shopee & lazada pun ada rasanya, pernah la ternampak 😅.
sgt suka sebab ia tak amik space atas table top. dan ia berlubang, air tos ke bawah tu.
tu jer lah semua deko kecil di sinki.
nak letak lelebih, mcm tak sesuai plak kan.
ok, meh saya tunjuk skit ruang sinki saya dulu kala, sebelum penuh mcm sekarang ni 😄 👇👇👇.
ni gambar saya snap sebaik saje table top kecil saya ni siap kontraktor buat.
belum berkemas lagi masa ni... berhabuk!!!
sinki besar pilihan. saya suka.
beli di HomePro - RM400+.
kiri kanan atas bawah penuh dah hu hu hu hu... segan plak nak snap gambar keseluruhan.
tak payah la ye ha ha ha ha...
snap sipi-sipi jer lah. karang tong sampah cute enterframe dlm blog, tak lawa plak 😄😄😄.
lastly, saya share ye mana saya beli rak melekat kat dinding, letak pokok daun monstera 👆👆.
refer gambar pertama dlm entry ni ye...
mana ler tau ada yg berkenan & mencari.
Aluminium Kitchen Rack 60cm - image from Shopee.
memang saya beli di Shopee - RM17 (lom masuk kos pos).
ok la... ringan. senang pasang. ada tempat sidai kain lap, tu yg best...
moga beri manfaat kpd sesape yg memerlukan.
sebarang komen pembina sgt2 dialu-alukan.
👌👌
46 Comments
kreatif!
ReplyDeleteBetul tu aida...dapur memang jantung untuk sebuah rumah...la ni SA weekend je ada kat umah kan...so dapur SA abah SA yang conquer
ReplyDeleteSinki kalau cantik gitu, nak cuci pinggan pun hati berbunga-bunga kannn..ehehehe
ReplyDeleteNice, lawa dah tu deco dapur...
ReplyDeleteNice design. I want to get Aluminium Kitchen Rack too from Shopee. Can put all my kitchen equipments there and can save lots of space.
ReplyDeletepokok mensferammg lawa... tp aida kena kurangkan brg sikit kot bg nampk lg kemas...ataupun seragamkan 1 warna cth gunting, pisau warnamerah je ke.... just cadangan
ReplyDeletetq iela. cadangan ohsem ni. baru nampak seragam, kan.
Deletelebih kemas.
memang nak gitu. tapi tu la, brg lama byk, iela.
sayang pula nak tukar baru...
brg byk bergantung tu sebab lom kemas masuk laci :) hi hi hi hi...
nanti aida baiki. tq.
Dapur memang penting untuk orang perempuan.. hehehe..
ReplyDeleteNice 👍🏻 👍🏻👍🏻 Tq for sharing your tips.
ReplyDeleteseronok ada sink besar, senang nak basuh periuk/kuali besar.
ReplyDeletepastu tak mudah kecah2 keliling.
sememangnya aida memang nak yg besar gini.
Deleteyes, senang nak basuh periuk dan kuali besar.
terbaik.
Suka tengok sinki dapur sis..luas memang senang la nk cuci pinggan mgkuk time ade knduri..
ReplyDeleteMenarik entri kali ini, Kita memang mahu dapur kita kemas dan teratur selepas menggunakan selepas memasak. Kalau deko pun menarik, tidak jemu nak memasak untuk famili tercinta kan
ReplyDeletetime malas tu, malas jugak naim :) ha ha ha ha...
Deletetapi tu la, bila dapur tu ada apa yg kita suka, malas-malas pun, rela masak.
tak rasa terbeban.
mood ada je.
Moga kawan dan family kawan yg kemalangan tu dipeliharakan dan dipermudahkan urusan. :)
ReplyDeleteKebetulan kita mmg tengah renovate rumah. Rasa macam nak tiru part steel penggantung bawah sinki. Hihi nak letak kain2 semua tu. Good idea! Xpernah terfikir nak letak gantung2 just terfikir nak letak rak je. Kalau gini byk benda boleh letak kat bawah~
saya memang konsep semua tempek kat dinding.
Deletemalas nak serabut atas table top or lantai.
dapur pun kenit, kan :)
Marina pon suka deko2 dapur ni. Suka tengok dapur kemas. Tapi nak buat dapur kering tak terbuat lagi. Hihi
ReplyDeleteaida all in.
Deletetakde istilah dapur kering or basah :) hi hi hi hi...
Kenapa bila kita tengok dapur orang tak macam dapur kita hehehe bila hias dan buat deko tetap nampak kusam benci lah nak juga hehehee simple jer sentuhan tapi nampak sangat menarik...
ReplyDeleteha ha ha ha...
Deleteni dapur baru 3 bulan, Maha.
nanti tgk dah 3 thn camne.
moga masih sama la kejelitaan dapur aida :) ha ha...
Ruang dapur memang penting untuk memberi keselesan buat kita, bila dapur cantik dan tersusun barulah semangat nak memasak tu datang. Tetamu datang pun tak le geli tgok dapur kita
ReplyDeletebab 'geli' tu memang aida titikberat kan.
Deletesentiasa merajinkan diri utk mengemas dapur.
penting kan. sebab situ lah makanan dihasilkan :)
Sangat comel dan menarik hiasan sebegini. Rawlins pun suka memacam produk yang memaksimakan ruangan agar tidak nampak sesak - lagipun ruang rumah Rawlins kecil kalau nak hias macam2 kan.
ReplyDeleteFirst of all, takziah ntk kawan dan mak dia. Kesian sgt.
ReplyDeleteAnyway! Dapur memang benda paling first semua wanita idamkan. Mana taknya, 24/7 dkt rumah dan kehulu kehilir ke dapur kan? Cx pon kalau ada rumah sendiri, nak dpr yg cantik dan kemas. Ehhe
waa kak aida, hr tu deko ruang makan. ni dapur pulak. bagus lah ambik nafas / mood baru. alhamdulillah. semoga akak lebih tenang dan gembira dengan keluarga.
ReplyDeleterumah baru, gini lah mek.
Deletesemua nyer nak deko.
amik mood kan :)
Dapur kalau cantik, kemas, bersih dan selesa lagi lah rasa semangat nak masak kan. Lagi kerap nak masuk dapur. lagi satu kalau nak deko dapur tak payah beli mahal janji cantik walaupun murah.
ReplyDeletethanks sharing, sangat berguna untuk huda. nak terjah shoppe dan juga Romantica. hehe, nak follow lah deco simple2 ni utk sinki. bagi naik seri dapur
ReplyDeleteelok lagi dapur kecil..barang tak banyak...kalau dapur besar..hermmm bertambah banyak barang kita nak letak! hahaha
ReplyDeleteSinggah sini sambil minum kopi ais ikat tepi.ngeh3
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/
yes cuya.
Deleteyg kecik ni pun ditakuti sarat barat dgn barang juga nanti hu hu hu hu...
apatah lagi yg besar, kan :)
Seronok kan bila deko2 ruang favorite kita. Mcm2 idea datang. Tp mcm ana prefer yg simple sebab rumah ana kecik je. Janji kemas.tp kalau dpt rumah besar mcm aida, mau mcm2 ana nak buat. Heehe
ReplyDelete1st time tgk cabinet yg bercorak...biasa tgk yg plain je....part dapur ni mmg penting juga sbb ari2 nk kena masuk dapur kan...pelan2 deco..kalo tgk cth2 deco kt dapur mcm2 nk buat kan
ReplyDeleteaida yg pilih pattern tile kotak2 tu, amy.
Deletewarna nyer mr.asben yg pilih plak.
memang suka dgn design backsplash kotak2 gini.
lama dah ngidam :)
cantikk sangat. comel. best kalau deco ikut kesukaan kita, baru puas hati kan. simple pon takpe. tq sharing kat mana beli rak atas sinki tu
ReplyDeletecantik dapur sis.. pandai deco
ReplyDeleteCantiknya dapur akak . Kabinet pun cantik.
ReplyDeleteCantiknya dapur diaaa. Bila dapur cantik ni, memang memainkan peranan tau. yela, jadi lagi bersemangat untuk masak.
ReplyDeleteSuka la tgk sinki baru aida
ReplyDeleteMemang berbunga-bunga bila dapur mpk cantik, bersih n kemas, hati pun setonok bila nak memasak, deco dapur n sink pun bila dah kemas makin rajin DC uk dapur
ReplyDeleteSinki pun kena deko. Baru laki rajin nak basuh pinggan. hehehe.actually it a good tips yelah sebab bosan2. basuh pinggan kalau ad view cantik x d la rasa malas je kan. hehehe
ReplyDeletekat mn tempah pintu table top tu? kt rumah kg sy tgh buat table top tp masih mencari lg kontraktor yg boleh buatkan pintu...
ReplyDeletebial baca bab2 accident nie memang takut. mak dia dah sedarkan diri ke tu Kak ? semoga keluarga beliau tabah dan kuat jalani ujian nie.
ReplyDeleteanyway, sy pon jenis suka masuk dapur. tp bab kebersihan dapur tu sy biasa2 je. sy suka masak tp x suka mengemas selepas masak. hahahahaa
Bila accident ni memang risau sangat. Semoga semuanya ok, dan emosi kawan syuhada pun ok dan tenang untuk jawab peperiksaan nanti.
ReplyDeleteWahh.. Bestnya ada dapur baru. Memang semangat nak ke dapur dan masak setiap masa tu. Hihihi.
wah..nice. sedap mata memandang
ReplyDeleteYupe these few additions have really breathed life into your kitchen. Thanks for sharing :D
ReplyDeleteInterest! Boleh di coba nih..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.