assalamualaikum 😃
selamat pagi...
happy.
pagi ni, selepas subuh, terus cek result final semester ari tu.
alhamdulillah 😀😀😀. another A dlm genggaman. final A. legaaaaa...
alhamdulillah...
maka, sekarang menunggu hari nak konvo jer lah November nanti, in shaa Allah 😌😌😌.
mr.asben keluar menghantar kak Nurin tuisyen.
mr.asben terus hiking di bkt beruang, mcm biasa, hobi dia setiap pagi weekend.
saya plak?
pepagi dah membelek taman @ kebun mini di tepi rumah.
cabut-cabut rumput skit.
siram-siram skit...
hmmmmm teruslah menuai hasil yg patut-patut, kan.
- daun kesum : kali kedua dah ni dpt hasil. byk plak tu. besar-besar dan segar-segar daunnya. and again, maaf, terlupa nak snap gambar sebelum amik daun-daun tu 😄. harum lah baunya. feveret!
- daun pandan : hmmmmm segar hijau daunnya. namun, kekecik 😞. tak memberansangkan saya sgt. agak-agaknya perlukah dialihkan dan ditanam atas tanah? now, saya tanam dlm pasu besar. ruang tanah tak brape besar, kan. tau jer lah, daun pandan ni kan merimbun. dlm pasu, kurang skit lah rimbunan nyer kelak. hu hu hu hu... dlm dilema nyer!
- cili padi : byk tapi kekecik lagi. tu yg saya amik mcm dah ok ok kan. pernah biarkan je, konon pada saya nak la cili padi nyer besar skit, muai nak makan. tapi, bila dia besar skit dari tu, kecut! hu hu hu rugi. so, byk tu lah rezeki saya pagi ni 👍.
- limau kasturi : ha ha ha ha sebiji jer yg boleh diambil. yg ada di pokok, masih kecik 4-5 biji. lambat la plak pokok limau kasturi saya ni! stress menunggu. selasa lepas baru je spray dgn racun organik utk ulat bulu. pokok ni diserang ulat bulu!!! membuatkan buahnya lambat nak ada... ni dah 3-4 hari, takde nampak sekor pun ulat bulu yg melekat!
suka hati saya pagi ni.
rasa segar.
rasa ceria.
rasa complete...
ptg ni nanti, nak menanam 3 pokok --- ulam raja, bendi dan terung panjang.
in shaa Allah...
😌😌😌 alhamdulillah!
6 Comments
Alhamdulillah..untuk kegunaan..senang nak petik-petik..lagi bila tiba-tiba tergerak nak masak apa-apa..kadang bila keperluan bahan ada depan mata ni idea nak masak tinggggggg datang..
ReplyDeletewah seronoknya berkebun. by the way, congrats
ReplyDeletealhamdulillah..jimat duit belanja..:)
ReplyDeleteSeronoknya tengok hasil tanaman kita kan. Kak Sue nak sangat tanam daun kesum tu sebab memang selalu sangat masak laksa.. nanti nak pi cari benih lah..
ReplyDeleteSeronoknya dapat makna hasil tanam sendiri
ReplyDeleteAssalamualaikum... salam perkenalan.
ReplyDeleteAkak orang Melaka juga. Bukit beruang :)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.