assalamualaikum 😊

pe tu OCD?
korang ingat tak Mama Zila?
meh i refresh memori uolls 👇👇👇

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...
ni la isteri papa zola.
mama kpd pipi zola...
cantik!!!

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...
tapi....

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...
kerana sumpahan OCD nyer...

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...
.... bertukar!!!

memang kelakar tgk episod mama zila ni.
tak boleh la nampak benda bersepah, tak berkemas!
sehinggakan habis bangunan semuanya mama zila bagi sama rata 😄😄😄. 
kereta disusunnya ikut warna, parking lurus-lurus. aduhai.
nasib baik la at the end boboiboy dpt settle kan masalah raksasa mama zila tu.

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...
sharing dari laman fb Public Health Malaysia 👍.

bila nampak image tu shared by kawan2, terfikir plak utk baca more about OCD.
sebab, most of the time, ramai yg refer OCD kat org lain yg cerewet atau perfectionist.
ni kena bersih.
situ kena tersusun.
kena susun ikut warna, tinggi, tebal...
semua brg kena ada tempatnya.
semua kena seragam.
"dia ni OCD lah ni!"
😄

contoh pertama
emak saya. 
memang tak boleh tolerate dgn kencing/berak cucu.
cucu dlm kes ni referring to cucu yg bawah umur 7-8 thn la.
now, mak saya ada cucu kecik gini seramai 4 org.
mak takkan senang hati if cucu-cucu dia masuk tandas, kecik / berak sendiri, tanpa seliaan.
mak saya sanggup tinggal keje dia masa tu utk attend cucu dia kencing/berak.
then, mak akan cek seluar cucunya.
tak basah! tapi ada bau. terus mak akan tukar seluar baru 😄.
OCD kah?

contoh kedua
bos pertama saya di JB.
utk masukkan dokumen ke dlm fail.
melubangkan dokumen tu wajib di hujung sebelah kiri, atas.
lubang mesti 1" dari atas dan 1" dari kiri. barulah semua dokumen tersusun elok dlm fail.
tak lah terburai-burai.
tu satu lah contoh. ada byk yg lain.
memang bos ni digeruni oleh anak-anak buah 😃.
OCD kah?


setelah saya dpt info dari fb 👆, jelas sekali diorang ni bukan OCD.
so apakah sifat mereka tu?
adakah mereka ni obsessive-compulsive personality disoder (OCPD)?
bila baca and baca and baca... OCPD ni plak saya jumpa.


Obsessive-compulsive personality disoder (OCPD)sejenis kecelaruan personaliti yang amat mementingkan ketelitian, kesempurnaan serta keinginan untuk mengawal persekitaran serta hubungan.

seseorang tu mesti ada 4 ciri di bawah ni utk dikatakan diorang adalah OCPD :
  • sgt fokus tentang perincian, peraturan, senarai dan susunan sehinggakan terlepas pandang kepada objektif utama dalam sesuatu aktiviti.
  • terlalu berusaha untuk mencapai kesempurnaan sehingga lambat menyiapkan sesuatu tugasa.
  • terlalu mementingkan pekerjaan dan produktiviti sehinggakan mengabaikan masa untuk diri sendiri, keluarga atau teman-teman.
  • sukar utk membahagiakan tugas kepada orang lain kerana bimbang orang lain tidak mampu mencapai tahap yang kita inginkan.
  • terlampau berpegang kepada moral dan etika serta patuh kepada peraturan tanpa pengecualian.
  • sukar utk membuang barangan yang tidak lagi digunakan kerana memikirkan bahawa ia mungking berguna di suatu hari nanti.
  • sukar utk membelanjakan wang utk diri sendiri atau org lain kerana bimbang wang tersebut diperlukan di masa hadapan.
  • tidak fleksibel.

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...

jika mempunyai 1-2 ciri 👆👆👆, bukan OCPD ye.
kalau ada pun OCPD, pada saya ia bukanlah kronik selagi ia tidak menyusahkan diri sendiri dan org sekeliling.
mungkin ia dpt membantu meningkatkan taraf kehidupan kita dan org sekeliling. sebab ciri-ciri tu semua ada sudut positifnya, kan.


so, OCD tu apa??!!
Obsessive-compulsive disorder (OCD)masalah mental di mana seseorang individu memiliki perasaan, idea, sensasi, tingkahlaku dan pemikiran yang berulang-ulang tanpa diingini dan tidak terkawal. ia mempunya 2 komponen iaitu obsesif (pemikiran) dan kompulsif (tindakan).

dalam bahasa biasa, saya rasa ia seperti penyakit was-was!
mereka yg OCD ni biasanya mempunyai perasaan garu-ragu terhadap sesuatu sehingga mereka melakukan tindakan yang sama berulang-ulang kali.

obsessive (pemikiran) : pemikiran yg tidak rasional, imej / idea yang berulang, tidak diingini serta mendatangkan rasa resah pada diri.
compulsive (tindakan) : desakan untuk melakukan sesuatu yang akan meringankan rasa tidak selesa akibat pemikiran obsessive.

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...

contoh :
  1. mencuci tangan lebih dari 100 kali sehingga tangan menjadi merah dan bengkak.
  2. memeriksa kunci rumah, membuka dan mengunci selama setengah jam setiap hari.
  3. memperbetulkan kedudukan kereta di parkir berulang kali selama 1 jam.
  4. mengambil wudhu' berulang kali kerana menganggap ia masih belum sempurna.

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...

Kesempurnaan Bukanlah OCD ! Anda sihat...

few images yg saya rasa nice to share and explain everything.
secara dasar je lah.
utk kita kenal OCD atau OCPD.

maka, apa yg saya faham dari semua ni adalah, menjadi kesempurnaan (perfectionist) bukanlah berpenyakit OCPD.
nak kan kekemasan, keseragaman dan kesempurnyaa bukan satu penyakit yg harus dirawat ye.
normal 😃.
if ia serius, sebagaimana memenuhi ciri-ciri OCPD dan OCD, maka, perlu la ke hospital berjumpa doktor psikiatrik.
ia boleh dirawat.
cegah sebelum parah...


😉