assalamualaikum 😊
pe tu OCD?
korang ingat tak Mama Zila?
meh i refresh memori uolls 👇👇👇
ni la isteri papa zola.
mama kpd pipi zola...
cantik!!!
tapi....
kerana sumpahan OCD nyer...
.... bertukar!!!
memang kelakar tgk episod mama zila ni.
tak boleh la nampak benda bersepah, tak berkemas!
sehinggakan habis bangunan semuanya mama zila bagi sama rata 😄😄😄.
kereta disusunnya ikut warna, parking lurus-lurus. aduhai.
nasib baik la at the end boboiboy dpt settle kan masalah raksasa mama zila tu.
sharing dari laman fb Public Health Malaysia 👍.
bila nampak image tu shared by kawan2, terfikir plak utk baca more about OCD.
sebab, most of the time, ramai yg refer OCD kat org lain yg cerewet atau perfectionist.
ni kena bersih.
situ kena tersusun.
kena susun ikut warna, tinggi, tebal...
semua brg kena ada tempatnya.
semua kena seragam.
"dia ni OCD lah ni!"
😄
contoh pertama
emak saya.
memang tak boleh tolerate dgn kencing/berak cucu.
cucu dlm kes ni referring to cucu yg bawah umur 7-8 thn la.
now, mak saya ada cucu kecik gini seramai 4 org.
mak takkan senang hati if cucu-cucu dia masuk tandas, kecik / berak sendiri, tanpa seliaan.
mak saya sanggup tinggal keje dia masa tu utk attend cucu dia kencing/berak.
then, mak akan cek seluar cucunya.
tak basah! tapi ada bau. terus mak akan tukar seluar baru 😄.
OCD kah?
contoh kedua
bos pertama saya di JB.
utk masukkan dokumen ke dlm fail.
melubangkan dokumen tu wajib di hujung sebelah kiri, atas.
lubang mesti 1" dari atas dan 1" dari kiri. barulah semua dokumen tersusun elok dlm fail.
tak lah terburai-burai.
tu satu lah contoh. ada byk yg lain.
memang bos ni digeruni oleh anak-anak buah 😃.
OCD kah?
setelah saya dpt info dari fb 👆, jelas sekali diorang ni bukan OCD.
so apakah sifat mereka tu?
adakah mereka ni obsessive-compulsive personality disoder (OCPD)?
bila baca and baca and baca... OCPD ni plak saya jumpa.
Obsessive-compulsive personality disoder (OCPD)sejenis kecelaruan personaliti yang amat mementingkan ketelitian, kesempurnaan serta keinginan untuk mengawal persekitaran serta hubungan.
seseorang tu mesti ada 4 ciri di bawah ni utk dikatakan diorang adalah OCPD :
- sgt fokus tentang perincian, peraturan, senarai dan susunan sehinggakan terlepas pandang kepada objektif utama dalam sesuatu aktiviti.
- terlalu berusaha untuk mencapai kesempurnaan sehingga lambat menyiapkan sesuatu tugasa.
- terlalu mementingkan pekerjaan dan produktiviti sehinggakan mengabaikan masa untuk diri sendiri, keluarga atau teman-teman.
- sukar utk membahagiakan tugas kepada orang lain kerana bimbang orang lain tidak mampu mencapai tahap yang kita inginkan.
- terlampau berpegang kepada moral dan etika serta patuh kepada peraturan tanpa pengecualian.
- sukar utk membuang barangan yang tidak lagi digunakan kerana memikirkan bahawa ia mungking berguna di suatu hari nanti.
- sukar utk membelanjakan wang utk diri sendiri atau org lain kerana bimbang wang tersebut diperlukan di masa hadapan.
- tidak fleksibel.
jika mempunyai 1-2 ciri 👆👆👆, bukan OCPD ye.
kalau ada pun OCPD, pada saya ia bukanlah kronik selagi ia tidak menyusahkan diri sendiri dan org sekeliling.
mungkin ia dpt membantu meningkatkan taraf kehidupan kita dan org sekeliling. sebab ciri-ciri tu semua ada sudut positifnya, kan.
so, OCD tu apa??!!
Obsessive-compulsive disorder (OCD)masalah mental di mana seseorang individu memiliki perasaan, idea, sensasi, tingkahlaku dan pemikiran yang berulang-ulang tanpa diingini dan tidak terkawal. ia mempunya 2 komponen iaitu obsesif (pemikiran) dan kompulsif (tindakan).
dalam bahasa biasa, saya rasa ia seperti penyakit was-was!
mereka yg OCD ni biasanya mempunyai perasaan garu-ragu terhadap sesuatu sehingga mereka melakukan tindakan yang sama berulang-ulang kali.
obsessive (pemikiran) : pemikiran yg tidak rasional, imej / idea yang berulang, tidak diingini serta mendatangkan rasa resah pada diri.
compulsive (tindakan) : desakan untuk melakukan sesuatu yang akan meringankan rasa tidak selesa akibat pemikiran obsessive.
contoh :
- mencuci tangan lebih dari 100 kali sehingga tangan menjadi merah dan bengkak.
- memeriksa kunci rumah, membuka dan mengunci selama setengah jam setiap hari.
- memperbetulkan kedudukan kereta di parkir berulang kali selama 1 jam.
- mengambil wudhu' berulang kali kerana menganggap ia masih belum sempurna.
few images yg saya rasa nice to share and explain everything.
secara dasar je lah.
utk kita kenal OCD atau OCPD.
maka, apa yg saya faham dari semua ni adalah, menjadi kesempurnaan (perfectionist) bukanlah berpenyakit OCPD.
nak kan kekemasan, keseragaman dan kesempurnyaa bukan satu penyakit yg harus dirawat ye.
normal 😃.
normal 😃.
if ia serius, sebagaimana memenuhi ciri-ciri OCPD dan OCD, maka, perlu la ke hospital berjumpa doktor psikiatrik.
ia boleh dirawat.
cegah sebelum parah...
😉
27 Comments
ada juga terbaca psl ni...aritu rmi yg ckp mereka ada OCD sbb nk kan perfection tp bila dh bc byk2 lain plak kan...ada ocd ni ok juga cuma jgn terlampau hehe
ReplyDeleteBagus perkongsian Aida ini.. Barulah jelas OCD tu apa.. Ini bila tengok kita duk susun elok je, cakap kita OCD..
ReplyDeleteada juga terbaca psl masalah OCD nih, n ramai org yg pikir mereka atau ahli keluarga mereka ada OCD bila dia sgt teliti, suka kekemasan... walhal itu bukanla OCD, sbb OCD tu sesuatu yg lebih serius lg... kita tengok pun penat
ReplyDeleteso far sy belum temui / berkawan dgn mereka yg ada OCD ni. kalau setakat cerewet tentang ms tu, mmg ada...tp sy anggap itu sikap yg baik sebab jenis yg tepati ms..
ReplyDelete1st time tgok wife papazola haha
ReplyDeleteRamai orang yang ai kenalmengaku OCD tapi.. hurmmmm.. diri sendiri pun tak bersih sangat.
ReplyDeletehahahaha.. nice info aida :) tak pernah tau pasal ni sgt. igtkan cerewet saja. mcm mak kat rumah memang bebel kalau nmpk barang bersepah2
ReplyDeletealhamdulillah....bukan ocd...tapi suka pada kesempurnaan...tak suka orang bila pakai barang, ubah ke tempat lain, tak letak pada tempat sepatutnya..dah menyusahkan hidup orang lain...
ReplyDeleteOCD boleh tapi kalau yang melampau OCD ni rasa macam apa ye?. Kena jumpa Dr la kot untuk menangani OCD yang melampau. Kita kena la moderate dalam segala hal. Kesempurnaan itu bagus tapi manusia ni pun tak sempurna.
ReplyDeleteSA pun suka kepada kesempurnaan tapi bukan terlalu taksub..OCD ni sebab terlalu taksub..sampai dah jadi penyakit..ada je beberapa kawan- kawan SA OCD..kadang kita yang takde OCD ni jadi rimas..just jangan ikutkan sangat la..
ReplyDeleteBetul, kadang ramai juga yang mengaku ocd sebab dia sukakan kesempurnaan padahal boleh kot di panggil perfectionist je ehehe penyakit ocd ni kesian, kena brgantung dengan ubat
ReplyDeleteTeringatlah dulu saya ni pantang lantai ada rambut, atau dinding berhabuk, mmg asyik nak membersih saja sampaikan mak saya rimas dgn perangai saya, tapi saya rasa saya ok jak, takda lah rasa ocd pun...
ReplyDeleteSebelum ni saya pun selalu anggap ocd tu untuk rasa kesempurnaan tu. Rupa-rupanya itu normal, OCD ni lagi bahaya sebenarnya, sebab buat terlalu berulang kali. Tapi kadang-kadang rasa macam ada OCPD pun ya juga ni. Huhuhu.
ReplyDeleteTulah, orang tak faham perfectionist dgn ocd nie. Mereka menyangka kalau pembersih itu ocd tp sebenarnya ocd merupakan salah satu penyakit mental. Cuma org nampak ocd nie penyakit mental yg hebat gituhhh. Hahaha. Walhal tidak. Apa2 pon, semoga teruslah jaga kebersihan tp jgn claim sbg ocd. Kalau kat negara luar nie, mesti dorg rasa kesian tgok org ocd. Tp negara kita, org2 merasa bangga pulak. Hahahahha
ReplyDeleteOk. Rawlins sukakan kekemasan hehe
ReplyDeleteThanks share info sebegini - mesti ramai yang akan mendapat manfaat dan pemahaman berkenaan OCD, insyaAllah
owh ingat kan orang yang nakkan semuanya in order dan perfect tu OCD, barulah tau bila dah baca ni. saya pernah ada kawan yang kakaknya suka sangat menyapu rumah. bila ada tetamu balik je, terus capai penyapu dulu ;). pembersih sungguh
ReplyDeleteSekarang ramai juga yg membuat tanggapan sendiri bahawa mereka ada ocd padahal ianya bukan. Itu bukan ocs tapi cerewet dan sebagainya. Terima kasih atas perkongsian ya.
ReplyDeleteOcd Dan perfectionist Tak sama rasanya
ReplyDeleteSebenarnya saya pernah baca artikel orang yang mementingkan kesempurnaan ni tak sama dnegan ocd. OCD ni lagi kesian tau. Dia punya insecure tu sampai buat benda yang sama berulang kali sebab tak yakin selamat dan bersih.bila baca kesina jugak dengan orang yang ada ocd ni kan
ReplyDeleteye kak aida, bukan OCD setakat perfect dan teliti tu. Pernah dulu tengok movie pesakit OCD, memang tak boleh control langsung. Dia akan meroyan tahap cederakan diri bila tak bersih sampai pakai glove dengan mask. Tak boleh pergi tempat baru sebab dia takut dengan germs
ReplyDeletePerfect dan OCD ni lain rasanya.. OCD ni dia mcm obses sgt2 dgn kebersihan.. semua benda dia akan sembur.. pastu sikit2 basuh tangan.. sikit2 kemas.. walau dh baru lepas kemas tu! Haa sampai tahap tu... so far x prnh jumpa depan mata. baru dok tgk dlm TV dan baca gitu je.. sis bukan seorang yg perfectionist so mujurlah suami bukan OCD kalau x, matiiii
ReplyDeletesusah juga siapa ade ocd kan..semua tak kena di mata dia..salah susun..habisala..tak bersih dilap semula..pergh..parah
ReplyDeleteOops... I think I have OCPD pulak... it's really a nice article that you share here, full of information, I really enjoy reading it
ReplyDeletehahaha thanks for sharing this. Now I know I am OK. Sometimes ppl tell me I am OCD too I was a bit sad haha. Now I am OK and can tell them it's fine
ReplyDeleteMarsha ada je kawan yang OCD...rumah memang kemas betul. Rasanya if dorang boleh manage it is not big deal asal tak susahkan orang lain. Betul x?
ReplyDeleteElok sangat ada informasi mental illness ni. Memang ramai pesakit mental. Ada macam-macam nama untuk itu. Pesakit mental takkan mengaku mereka OCD ok. Orang normal je mengaku. Sebab kita hampir ke tahap OCD. bila mereka reach out mengaku, ia adalah tanda mereka nak minta pertolongan. Bila dah OCD mereka takkan bercakap. Banyak silent. Tapi buat ke keje mengemas, susun itu ini. Kejap-kejap pergi mandi. Pastu masuk contest kena teliti jawab soalan sebab nak menang. Orang cakap itu perangai kompetitif. Sebenarnya dia OCD. Ruby suka memerhati dan mendengar. Sebab belajar psychology dulu. So utk kalian semua, walau apa pun org tu mengaku gila. Cuba lihat perwatakan dia. Permulaan mental illness tu ada macam-macam. Jangan stress dan think positif. Surround diri anda dengan persekitaran yang real.
ReplyDeleteRasa macam ada simptom tu
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.