lewat mlm baru dpt nak blogging.
siang td dpt publish entri simple jer.
jumaat kan. waktu bekerja singkat!
tak sempat nak sentuh perkara lain selain dari keje hakiki.
tghari, heboh deal dgn perihal anak-anak. hmmm sempat plak menjengah nursery tau! 😄😄😄
berjaya membeli anak pokok bendi, terung dan ulam raya. alhamdulillah...
bakal complete lah my kebun mini. in shaa Allah...
nak kongsi cerita. wajib kongsi di blog.
last weekend, rumah saya jadi tempat berkumpul geng MakcikKepoh.
geng MakcikKepoh ni pantang berjumpa, mesti nak makan-makan.
kebetulan Sabtu tu, kami ada jemputan kenduri kawin oleh ex-ofismet.
terus-menerus lah kami plan utk gathering.
saya jemput la semua org dtg rumah saya. tidur rumah saya.
rumah baru kan... wajiblah bff dtg jengah dan rasmikan. kami bff dan seumpama adik-beradik.
kebetulan Aidilfitri thn ni, kami tak sempat gathering.
hidangan utama gathering kali ni...
nasib baik stok plastik pembalut buku masih ada. menjadik lah membalut meja makan.
nak "shell out" lah kata kan.
"shell out" or dlm bahasa melayu, saya terjemahkan sendiri as seafood lambak. lebih sesuai kot.
sotong mana ada shell??! 😂
yg jelas dan nyata ber shell adalah kupang kot.
moreover, perkataan "shell out" tu kan dah di'trademark'kan ejaan & sebutannya.
maka, secara tulisan di sini, saya tekankan ia more to seafood lambak atas meja makan.
kita jgn biasakan la guna perkataan yg di'trademark'kan tu...
memang puas hati bila buat sendiri 😋.
so, apa-apa program kami, memang sepenuhnya menggunakan duit tabung lah.
so, bila duit dah ada, program pun berjalan dgn lancar, kan.
kuah sambalnya tu, one of us yg da siap-siap buat dari KL - the beautiful Nadia.
anak dara yg pandai masak. kalah lah kami mak-mak dara. so, normally, pe pe pun, dia yg akan masak.
kami-kami tukang prepare bahan.
seafood semua tu dibeli oleh the comel lote Liza. segar-segar seafood nyer uolls!
manis.
besar-besar plak tu udang dan kupang. tak payah makan nasi, ratah seafood jer saya mlm tu, dah kenyang teramat. alhamdulillah...
sambal dah ada. cukup rasa.
seafood tu kami ramai-ramai bersihkan di dapur kecil saya.
seronok bila ramai-ramai bekerja, kecoh!
saya biarkan aje diorang handle dapur seselesa diorang 😃.
saya mencukupkan peralatan dari semasa ke semasa bila diorang memerlukan.
bab membersihkan seafood, memang saya kurang arif.
lagipun, karang siang udang 2-3 ekor, siang ketam sekor, jari-jemari saya dah gatal tumbuh biji-biji merah!!! hu hu hu h hu...
serah la kat Liza utk uruskan.
meja tepi...
buah-buahan, ayam goreng, keropok, biskut...
air wajib MakcikKepoh - soda herbs.
complete set of MakcikKepoh bertujuh.
dari kiri : saya, Nadia, Suriana, Tini (aduhai, muka terlindung dek siku Hariz!), Mahira (tudung hitam, belakang tu anak Mahira), Laila dan Liza.
selesai...... 😅
then, sempat lah celebrate birthday Izzat.
sempat ke? 😄😄😄
Izzat bad mood. langsung tak nak dok tepi kek.
lilin bunga api tu menyala sendiri jer, tanpa tuan kpd kek tu hu hu hu...
dah waktu tidur masa tu, so, dia memang tak nak layan ibu & the geng nak celebrate birthday dia.
esoknya, tghari Ahad, seorang sahabat lain menjemput kami makan lunch ke rumahnya, di Jasin.
saya gi dgn Izzat je. kak Nurin nak dok rumah, tak nak ikut 😄.
Syuhada tuisyen.
sib baik ada Izzat jadi co-pilot ibu.
sebelum geng MakcikKepoh bersurai, sempatlah bergambar di depan pintu pagar rumah saya.
dok berborak, dah nak balik baru teringat nak bergambar ha ha ha ha...
lagi 3 org dah bersurai lebih awal hu hu hu...
dari kiri : Nadia, saya dan Laila.
dari kiri : Tini, Laila dan saya.
di bukan di rumah saya... rumah sahabat di Jasin tu lah 😄.
sahabat saya ni, Huda, bertudung biru, suami nyer rajin berkebun.
kami-kami buat tour lah sekitar rumah dia.
dpt la saya benih pokok daun selasih. yg Laila pegang tu, bayam brazil.
sakan la kami bff berjumpa.
mcm2 kisah yg kami borakkan. mostly citer yg positif la.
kami tak brape suka nak citer hal org lain ha ha ha ha 😄.
yg best, topik kami yg hot ialah perihal diet. wow!!!
perempuan dan diet, mana kan boleh dipisahkan. meskipun, diet nyer ke laut jer 😂😂😂.
next... ntah la bila. tak mudah nak berjumpa.
ketujuh-tujuh kami tidak lagi di bawah bumbung ofis yg sama, meskipun satu jabatan.
jabatan kami ada di kesemua negeri. naik pangkat, pindah. naik pangkat, pindah...
resmi org keje kerajaan kan...
😉😉😉
weekend ni, time to spend with anak-anak plak.
in shaa Allah...
13 Comments
wow makan besar ni. bestnya shell out kat rumah lepastu sambut birthday lagiii
ReplyDeleteAlhamduillah. hubungan ukhwwah akan kekal erat jika saling berhubung. Insha Allah. Semoga happy bersama keluarga tercinta
ReplyDeleteSeronoknya dapat berkumpul dengan kawan-kawan sesekali macam nie kan. Semoga ukhuwah korang perpanjangan hingga ke Jannah.. aamiin..
ReplyDeletemesti riuh gempita memasing bila berjumpa kan. seronok sambil berborak sambil makan shellout. terliur sebab nampak sedap sangat
ReplyDeleteSeronoknya ukhwah persahabatan macam ni. Memang seronok bila dapat berkumpul ramai ramai, masak sama sama. Sambil gosip pon boleh hehehe.
ReplyDeleteamboi sedapnya shell out seafood tu. kemain seronok makan sambil borak..boleh la membawang sekali tak gituh. teringin nak shell out gathering kat rumah
ReplyDeleteTerbaiklah hidangan tu kan..tapi kena detoxkan badan la selepas makan nanti :) hehe..
ReplyDeleteMoga ikatan persahabatan ini dapat berkekalan sehingga selamanya.
ReplyDeleteTapi memang suka nak berkumpul bila semakin bertambah usia sebab memasing mempunyai tanggungjawab kan.
Tapi memang best kalau dah berkumpul teman sekepala.
SHELLOUT anak beranak... haaaa ni jimat betul... ye lah beli bnyk2 masak sendiri makan puas2... yg penting dpt gathering tu... bukan mudah skrg nk kumpul ramai2. sis sndiri pun sama sbb adik beradik masing2 dok lain negeri.. huhu
ReplyDeleteAduyai... Seronok nya makan makan sembang sembang. Kalau gini memang kepoh! Hahaa...
ReplyDeleteSeafood lambak tu mengiurkan sungguh tau!
Fuhhh syiok ooo dapat makan shell out sambil sembang2.Terlioq pulak sis tgok shell out tu, last makan rasanya beberapa tahun yg lps..huhuhu
ReplyDeleteTudiaaaaa....makan best tu ha...SA kena puasa seafood dulu...tak leh makan sampai rabu...hahaha...rabu ada check up kat KPJ pasal attack hypertension tahun lepas...so rabu nanti kena amik darah bagai..so start hari ni kena la minum air kosong banyak2 dan makan makanan lain selain seafood..
ReplyDeleteYa allah sedapnya hidangan seafood mcm nie. Meriah kalau makan ramai2. Kalau sy perlukan dua kali ganda baru kenyang nie. Hahahaa
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.