assalamualaikum 😃.
selamat pagi...
saya memang masuk ofis sebelum 7.30 pagi.
lepas anta anak-anak ke sekolah, terus ke ofis. masuk awal, balik ptg nanti pun awal, kan.
before masuk meeting, update blog jap lah... santai-santai.
ni la dia bila kerja hakiki dah merapat, tak sempat nak bersosial 😄.
mula lah blog tak ber hapdet nanti hu hu hu hu...
ni pun curi masa skit, buat penghilang stress jap. tapi tak dpt la nak spend masa byk...
copy paste je nasihat penting dari Cikgu Mohamad Hakim ni.
saya memang masuk ofis sebelum 7.30 pagi.
lepas anta anak-anak ke sekolah, terus ke ofis. masuk awal, balik ptg nanti pun awal, kan.
before masuk meeting, update blog jap lah... santai-santai.
ni la dia bila kerja hakiki dah merapat, tak sempat nak bersosial 😄.
mula lah blog tak ber hapdet nanti hu hu hu hu...
ni pun curi masa skit, buat penghilang stress jap. tapi tak dpt la nak spend masa byk...
copy paste je nasihat penting dari Cikgu Mohamad Hakim ni.
👇 👇 👇
UPSR minggu
depan sahaja lagi, apa yang kita sebagai ibu bapa perlu lakukan?
1.
Bertenang, bertenang dan bertenang. Makan jangan tak makan pulak.
Haha. (seriously, memang tak lalu makan, cikgu. tidur pun tak lena!)
2.
Beli kelengkapan peperiksaan yang lengkap. Baju sekolah pakai sahaja
yang lama, yang sedia ada. Ada keberkatan sendiri pada pakaian itu. (ni wajib disediakan semua baru. nak bagi anak semangat nak masuk dewan exam. bab pakaian tu, saya setuju. keberkatan dan sentimental value nyer tinggi!)
3. Semak alat tulis. Pastikan pensil kayu,
pemadam, pengasah, pembaris dan protaktor ada. Pensil kayu wajib 2B.
Pemadam, beli yang berkualiti. (ni lebih kurang sama mcm point (2) kan, cikgu? memang saya beli yg baru 😊)
4. Pastikan anak kita tidak stress. Termasuk
juga diri kita sebagai ibu bapa. Lepas kelas atau hari minggu, bawa
lah anak bershopping dan makan makanan yang sedap-sedap. Berbual
santai dengan mereka. Bina bonding sambil berikan mereka motivasi. (mulai hari ni, saya dah nak aman dgn Syuhada. ulangkaji santai-santai kat ruang makan. tak nak dah dok kat meja belajar dlm bilik dia tu... weekend nanti nak bwk dia gi tgk perbarisan hari kemerdekaan...)
5. Kurangkan marah pada mereka. Risau last-last
minit ni mereka buat 'ceroi' pulak. Habis usaha mereka selama ini.
Cuma pastikan mereka berada pada direction yang betul pun dah cukup. (yes. saya akan lead Syuhada ke arah yg benar... last minute round segala nota pendek yg ada 😏)
6. Tak perlu nak pecut sangat dah. Bagi saya
sekarang adalah masa untuk santai-santai sahaja. Kukuhkan juga
hafalan formula, sifir dan tunjuk nota-nota yang cikgu di sekolah dan
saya kongsikan di FB. (baik, cikgu...)
7. Pesan pada anak-anak supaya jaga hati
guru-guru di sekolah. Berbaki beberapa hari sahaja lagi ni, jangan
lakukan perkara yang boleh membuatkan cikgu mengamuk dan mengeluarkan
kata-kata yang negatif. Kata-kata itu satu doa. (yes. saya berniat nak carikan hadiah buat cikgu-cikgu Syuhada, utk diberikan pada 3.9.2019 nanti. saje nak beli hati cikgu agar memaafkan Syuhada 😔)
8. Berhubung dan ucapkan lah terima kasih pada
guru-guru anak kalian. Semua guru termasuklah guru pra sekolah hingga
guru Tahun 6. Lagi bagus jika berterima kasih pada mak cik kantin,
mak cik cleaner, pak guard dan semua warga sekolah. Kan lebih baik
jika lebih ramai yang mendoakan. (baik, cikgu...)
9. Banyakkan berdoa dan berikan motivasi.
Saat-saat akhir begini, memang anak-anak kalian perlukan kalian
sebagai ibu bapa. (yes, saya sedar... saya akan merapat dgn Syuhada, sebagai ibu kembali. sebelum ni berbulan-bulan, watak saya mcm cikgu 😅 😄😄)
10. Jaga kesihatan dan emosi mereka. (penting ni kan...)
11. Simpan gadget anak-anak. (ni sejak bulan April saya da simpan phone Syuhada. tv pun Syuhada dah jarang-jarang tonton...)
12. Jaga solat dan banyakkan bersedekah. (baik, cikgu. nasihat yg perfect buat saya...)
sebagai ibu yg melalui tahun ke-5 anak exam besar, saya masih tak boleh nak avoid perasaan risau tu.
saya sejenis ibu yg exam-oriented.
sgt stress. Allah saje yg Maha Tahu debak debuk dlm hati saya ni.
hmmmm tahun depan kak Nurin PT3 plak 😓.
tahun 2021 saje saya berehat skit. boleh holiday sesuka hati.
weekend boleh berjalan cari makan di mana-mana saje.
tidak dibelenggu dgn kelas tambahan anak-anak di sekolah 😄.
alhamdulillah kerana anak-anak saya, kak Nurin & Syuhada merupakan murid yg ok.
cemerlang di hati saya selamanya... apa yg diorang beri pada saya at the end, pasti buat saya senyum lebar.
sempurna akal.
sihat emosi. pe pun masalah, diorang ada kesah??!
nak exam pun mcm tak exam 😆😄😄 aduhai...
alhamdulillah...
💗💗💗anak-anak dara ku💗💗💗
41 Comments
debaran makin terasa..tk lama dh nk upsr...mmg mak yg neves lebih ..nk2 plak thn ni 1st time ank exam besar..ank pn mmg the only one kan...smoga ank2 kita dpt menjwb soklan dgn tenang nanti dan dipermudahkan..aaminnn
ReplyDeletemesti mak yg debarkan anak nak exam. goodluck yeeee
ReplyDeleteTenkiu bagi tips ...
ReplyDeletebagusnya cikgu. terima kasihlah cikgu bagi tips...ammi pinjam gaklah untuk anak nak UPKK ni ye.
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletelama xsinggah blog aida.. busy jugak, nk update kt ofis jelah. semoga anak2 aida cemerlang dunia akhirat. aminnn
ReplyDeletemoga dipermudahkan semuanya buat anak2 aida..ameen!
ReplyDeletebila anak exam kebiasaannya mak yang akan kalut nak ready semua persiapan ..risau tu toksah kata la kan..sebagai ibu kita doakan yang terbaik untuk anak-anak!
ReplyDeleteMenarik tips ni. Nanti dahlia dah besar boleh yaya pratikkan pulak hehe kadang2 mak yang nervous dari anak tu sendiri haha
ReplyDeleteTips yang bagus.. Walaupun anak Sha belum lagi melalui tapi terasa bahangnya.. Melihat anak-anak rakan..
ReplyDeletegood tips..
ReplyDeletebagus jugak tips yang cikgu bagi sebab kebanyakan parents memang akan push habis anak2 diorang sampai ada yang sakit bila exam.
ReplyDeleteSetuju sgt dgn point yg pertama tu. Sbgai ibu bapa perlu bertenang supaya anak pun ikut tenang nak 'berperang' dlm dewan exam. Nur doakan semoga syuhada diberi kemudahan utk menjawab soalan upsr k. Goodluck syg :)
ReplyDeletegoodluck untuk anak sis :)
ReplyDeleteSebagai parent, kena selalu beri masa dkt anak2. Jangan sibok dgn kerja je. Dapat duduk sambil dia belajar pon ok jgk. Bagi semangat. InsyaAllah moga dimudahkan semuanya yang duduki upsr tahun ni ye
ReplyDeleteTips yg bagi untuk kite as a parents nie..smoga anak2 yang mnduduki upsr mnggu dpn dpt mnjawab dgn tenang dan smoga beroleh kejayaan dengn cmerlg
ReplyDeleteLah kejap nya dah nak UPSR kata nanti exam ni nak dihapuskan hehehe tak adalah ibubapa bimbang lagi. Tapi sekarang ni masa yang paling genting untuk study kena buat terbaik ok adik...
ReplyDeleteGood luck and all the best! Yakin boleh! 💪🏻😎
ReplyDeleteKak Aida, samalah kita. Anak yang nak exam, Mak nya pula yang nervous terlebih. Hehehe.
ReplyDeleteBagus tips ni. Berguna bagi adik² yang tak lama lagi nak menghadapi peperiksaan.
Semoga dipermudahkan Syuhada dan anak² yang lain menjawab soalan² UPSR AAMIIN3X
Wahhhh sekejap je dah nak upsr ya. Sejak tinggalkan sekolah nie, langsung tak cakna hal2 sekolah. Baik exam mahupun cuti sekolah. Macam mana nak jadi parents nie. Hahaha. Anyway goodluck ya nanti upsr. Semoga dipermudahkan utk menjawab dan diterangkan hatinya.
ReplyDeleteBagus guru zaman sekarang kan. Inisiatif berhubung dengan parent tu bagus. Kalau zaman saya, sampai ada ibu bapa lupa atau tak mampu sediakan peralatan tulis. Lepas tu masa musim exam dan ulang kaji ada je la anak-anak kena pi kerja bantu di restoran. bila mereka nak ulangkaji? Alhamdulillah zaman sekarang parent dah lebih alert dengan tarikh penting.
ReplyDeleteSA pun tengah dalam debaran...bulan depan 30hb kakak dania PT3 dah...risau jer..memang mak- mak mcm kita ni akan rasa macam tu kan...
ReplyDeleteLengaknya bagi info..atleast bole buat persiapan awal-awal,untuk anak2..Good Luck ya untuk anak2 tue..selamat menempuh peperiksaan UPSR
ReplyDeletebagus tipsnya.... gud luck untuk semua yang bakal menduduki upsr nanti..
ReplyDeleteThank you for the tips, I tak pastilah macam mana I nak hadap bila turn I nanti. Masa I sekolah dulu, I memang budak nerd, bila periksa je mesti bangun tengah malam study. Lepas tu sedih kalau tak dapat target yang nak. Harap anak I lebih rileks daripada I lah nanti.
ReplyDeleteDah semakin dekat musim peperiksaan..adik sepupu PC pun dah mula risau dia.
ReplyDeleteBila anak-anak nak hadapi peperiksaan besar ni memang mak ayah juga yang risau sama. Huhu.. Semoga berjaya buat anak-anak Aida. =)
ReplyDeleteZaman kak utk anak2 sekolah dah lps mmg pening nk srh anak2 study terutama time tiba peperiksaan penting kena fokus pd dorang ni
ReplyDeleteVery good tips..mama pun kena aware ni
ReplyDeletehahaha memang bila tiba masa anak ada peperiksaan, mak bapa la yang nervous lebih. padahal yang nak hadap tu anak-anak. tapi apa-apa pun mmg parents kena bertenang dan jangan desak anak sangat.. itu akan buat anak-anak lagi takut dan stress.. thanks for the tips ye..
ReplyDeleteIn shaa Allah, syuhadah pasti dapat buat yang terbaik kak aida..
ReplyDeleteSaya ni anak baru tadika pun dah garang ya amat..
alahai..
terpaksa.. sebab anak banyak main..
saya jenis risau dia terlalu banyak leka..
one day, kalau anak sendiri tempuh exam macam mana la nanti..
Good sharing kak. Semoga anak akak diberi kemudahan untuk menjawab exam nnti.
ReplyDeleteDah terdidik dan dibesarkan dengan exam oriented ni memang selalu cuak
ReplyDeleteakk ipar sy... anak sulung nk upsr. dia.punya nebes klh si kak long. start mggu lps, no tv at all. mmg perintah berkurung trs😊😆
ReplyDeleteGood Luck adik-adik semua untuk UPSR nanti
ReplyDeleteBagus juga entri ni, dapat juga TB cedok sikit tips2 cara nak menyediakan anak-anak sebelum exam besar.. walaupun anak belum besar lagi.. huhu.. baru 3 tahun.. ilmu macam ni boleh membantu TB untuk menyediakan diri berhadapan dengan moment anak yang akan lalui fasa yang sama one day kan.. hehe
ReplyDeleteanak2 yg nak exam, mak mak pun sama nervous kan? all the best utk anak Aida jugak...
ReplyDeleteInsyaAllah kejayaan menanti. Aamiin...
ReplyDeleteWalaupun anak yang ambil peperiksaan tapi ibu bapa turut berdebar debar kan. Kena bersedia dari segi mental, fizikal and emosi juga.
ReplyDeletesemoga brjaya dalam peperikasaan upsr yang baru saja habis...dulu masa ank nk amik upsr, mama lah yang paling resah...bila ank balik tanya paper mmcmmana dia jawp ok jee...alhamudillah lulus dgn baik...
ReplyDeleteSemoga mendapat keputusan yang cemerlang nanti ya.berkat doa & dorongan ibu.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.