assalamualaikum 😃.
selamat pagi...
saya memang masuk ofis sebelum 7.30 pagi.
lepas anta anak-anak ke sekolah, terus ke ofis. masuk awal, balik ptg nanti pun awal, kan.
before masuk meeting, update blog jap lah... santai-santai.
ni la dia bila kerja hakiki dah merapat, tak sempat nak bersosial 😄.
mula lah blog tak ber hapdet nanti hu hu hu hu...

ni pun curi masa skit, buat penghilang stress jap. tapi tak dpt la nak spend masa byk...
copy paste je nasihat penting dari Cikgu Mohamad Hakim ni.

👇     👇     👇

UPSR minggu depan sahaja lagi, apa yang kita sebagai ibu bapa perlu lakukan?

1. Bertenang, bertenang dan bertenang. Makan jangan tak makan pulak. Haha. (seriously, memang tak lalu makan, cikgu. tidur pun tak lena!)

2. Beli kelengkapan peperiksaan yang lengkap. Baju sekolah pakai sahaja yang lama, yang sedia ada. Ada keberkatan sendiri pada pakaian itu. (ni wajib disediakan semua baru. nak bagi anak semangat nak masuk dewan exam. bab pakaian tu, saya setuju. keberkatan dan sentimental value nyer tinggi!)

3. Semak alat tulis. Pastikan pensil kayu, pemadam, pengasah, pembaris dan protaktor ada. Pensil kayu wajib 2B. Pemadam, beli yang berkualiti. (ni lebih kurang sama mcm point (2) kan, cikgu? memang saya beli yg baru 😊)

Pesan Cikgu Kepada Ibu | Seminggu lagi nak UPSR


4. Pastikan anak kita tidak stress. Termasuk juga diri kita sebagai ibu bapa. Lepas kelas atau hari minggu, bawa lah anak bershopping dan makan makanan yang sedap-sedap. Berbual santai dengan mereka. Bina bonding sambil berikan mereka motivasi. (mulai hari ni, saya dah nak aman dgn Syuhada. ulangkaji santai-santai kat ruang makan. tak nak dah dok kat meja belajar dlm bilik dia tu... weekend nanti nak bwk dia gi tgk perbarisan hari kemerdekaan...)

5. Kurangkan marah pada mereka. Risau last-last minit ni mereka buat 'ceroi' pulak. Habis usaha mereka selama ini. Cuma pastikan mereka berada pada direction yang betul pun dah cukup. (yes. saya akan lead Syuhada ke arah yg benar... last minute round segala nota pendek yg ada 😏)

6. Tak perlu nak pecut sangat dah. Bagi saya sekarang adalah masa untuk santai-santai sahaja. Kukuhkan juga hafalan formula, sifir dan tunjuk nota-nota yang cikgu di sekolah dan saya kongsikan di FB. (baik, cikgu...)

7. Pesan pada anak-anak supaya jaga hati guru-guru di sekolah. Berbaki beberapa hari sahaja lagi ni, jangan lakukan perkara yang boleh membuatkan cikgu mengamuk dan mengeluarkan kata-kata yang negatif. Kata-kata itu satu doa. (yes. saya berniat nak carikan hadiah buat cikgu-cikgu Syuhada, utk diberikan pada 3.9.2019 nanti. saje nak beli hati cikgu agar memaafkan Syuhada 😔)

8. Berhubung dan ucapkan lah terima kasih pada guru-guru anak kalian. Semua guru termasuklah guru pra sekolah hingga guru Tahun 6. Lagi bagus jika berterima kasih pada mak cik kantin, mak cik cleaner, pak guard dan semua warga sekolah. Kan lebih baik jika lebih ramai yang mendoakan. (baik, cikgu...)

Pesan Cikgu Kepada Ibu | Seminggu lagi nak UPSR

9. Banyakkan berdoa dan berikan motivasi. Saat-saat akhir begini, memang anak-anak kalian perlukan kalian sebagai ibu bapa. (yes, saya sedar... saya akan merapat dgn Syuhada, sebagai ibu kembali. sebelum ni berbulan-bulan, watak saya mcm cikgu 😅  😄😄)

10. Jaga kesihatan dan emosi mereka. (penting ni kan...)

11. Simpan gadget anak-anak. (ni sejak bulan April saya da simpan phone Syuhada. tv pun Syuhada dah jarang-jarang tonton...)

12. Jaga solat dan banyakkan bersedekah. (baik, cikgu. nasihat yg perfect buat saya...)


sebagai ibu yg melalui tahun ke-5 anak exam besar, saya masih tak boleh nak avoid perasaan risau tu.
saya sejenis ibu yg exam-oriented.
sgt stress. Allah saje yg Maha Tahu debak debuk dlm hati saya ni.

hmmmm tahun depan kak Nurin PT3 plak 😓.
tahun 2021 saje saya berehat skit. boleh holiday sesuka hati.
weekend boleh berjalan cari makan di mana-mana saje.
tidak dibelenggu dgn kelas tambahan anak-anak di sekolah 😄.

alhamdulillah kerana anak-anak saya, kak Nurin & Syuhada merupakan murid yg ok.
cemerlang di hati saya selamanya... apa yg diorang beri pada saya at the end, pasti buat saya senyum lebar.
sempurna akal. 
sihat emosi. pe pun masalah, diorang ada kesah??!
nak exam pun mcm tak exam 😆😄😄 aduhai...
alhamdulillah...

💗💗💗anak-anak dara ku💗💗💗