assalamualaikum 😊

korang layan tak drama ni - Kau Yang Pertama, tv3, 7 mlm ?
hi hi hi kontroversi sgt kat masa drama tv3 ni 😅.
saya terlayan tanpa sengaja lah citer ni.
7 - 8 mlm tu tak dpt nak tgk bersungguh-sungguh. jeling-jeling jer lah...
berkejaran dengan masak nyer, makan mlm nyer, solat nyer...

maka, the next day, bebila free, saya akan tonton semula di youtube.
so far so good lah kualiti di youtube tu. selesa. meskipun diganggu juga dgn sedikit iklan online 😒.
kenapa saya layan drama ni?
  1. saya boleh hadamkan hero (Fikry Ibrahim) & heroinnya (Farah Nabilah). sesuai di mata saya. teringat-ingat citer Ngok Ngek lakonan diorang berdua few months ago 😅. ada 2 drama yg sekarang ni sedang ditayangkan, hero nyer Em*a M***bong. langsung tak boleh nak tgk lah meskipun hero nyer hero pujaan hati saya 😓. just cannot go further.
  2. suka sgt dgn elly mazlein!!!! dok tunggu je scene yg ada elly mazlein 😃. terbaiklah lakonan dia di mata saya. menghiburkan hi hi hi hi...


Slot Akasia TV3 | Kau Yang Pertama

saya sgt suka drama yg santai gini.
more to kelakar, lawak-lawak romantik... org jahat, tak le jahat sgt.
kalau over romantik, kekadang saya geli-geleman nak menontonnya.
kalau drama yg serius, tapi bercirikan kekeluargaan. membawa kita kpd aura positif, orait...

lagipun, sometimes saya menonton drama ni dgn anak-anak, kan.
faham jer lah kan. 
tak nak la kita terapkan perkara-perkara tahyul, romance romance ni. tak brape cantik utk perkembangan diorang 😏.

kisahnya...
farhan (owner butik baju) bertunang dgn ameera (model). dah nak nikah, few minutes nak nikah... malang tak berbau. tak jadik! ameera mengandung! 😒
rose ni plak buat internship kat butik farhan. mcm la berlaku kan time diorang bekerja sama-sama tu. 
dipendekkan cerita, sepupu rose, si aya, ternampaklah rose ni berjalan berdua dgn farhan di KL. diorang nak gi meeting jer pun. farhan kan bos kpd rose. tapi, aya tu ingat si rose ni buat keje tak elok di KL. abislah dia cerita kat mak dia kat kampung!
mak sedara rose ni amatlah tak baik dgn famili rose. pe lagi, dok la mengata anak sedara sendiri hingga mak rose ni jadi tak senang hati 😔.
begitu begini... mak rose terus minta farhan kawin dgn ros. farhan setuju 😍.
diorang ni kiranya bercinta lepas kawin ler gamak nyer.

elly mazlein tu designer butik farhan. watak dia dlm drama ni is kak Zaza.
time rose buat internship, rose menyewa la di rumah kak zaza ni.
saya sgt suka cara kak zaza ni 😍😍😍.
cara dia bercakap. penuh gaya yg comel. watak dia kakak-kakak sgt tau.
😄😄 dah le baik sgt. sungguh support dan caring terhadap rose tu.

masalahnya... konfliknya...
👉mummy farhan mcm tak berkenan dgn rose. dipandangnya rose dan mak rose mcm sengkek je!
👉ameera masih nakkan farhan.
👉mak sedara rose tu hah, tak puas hati la bila rose & famili dah senang. farhan settle kan hutang arwah abah mertuanya one shot.
... dan tak tau lagi lah pe lagi masalah yg bakal ada dlm drama ni.
ni baru settle 9 episod. ada lagi 19 episod mendatang... sure ada lah kan yg nak gugat rumahtangga diorang.

tak la nak recommend sgt drama ni.
tapi, if nak layan, boleh layan start sekarang.
jalan ceritanya baru nak bermula... 

lakonan hero dan heroin drama ni sgt santai.
diorang mcm dah ada chemistry di antara satu sama lain.
tak janggal bila bergurau. nampak sgt serasi. tak menyakitkan mata kita melihatnya 😄.
yes lah. pernah berlakon sama drama Ngok Ngek tu kan.
lebih kurang sama je watak diorang dlm drama ni - pasangan bercinta lepas kawin.
paling cute, panggilan si isteri kpd suaminya, "abang bos..." ha ha ha ha ha 😄...
😉😉