assalamualaikum 😊
korang layan tak drama ni - Kau Yang Pertama, tv3, 7 mlm ?
hi hi hi kontroversi sgt kat masa drama tv3 ni 😅.
saya terlayan tanpa sengaja lah citer ni.
7 - 8 mlm tu tak dpt nak tgk bersungguh-sungguh. jeling-jeling jer lah...
berkejaran dengan masak nyer, makan mlm nyer, solat nyer...
maka, the next day, bebila free, saya akan tonton semula di youtube.
so far so good lah kualiti di youtube tu. selesa. meskipun diganggu juga dgn sedikit iklan online 😒.
kenapa saya layan drama ni?
- saya boleh hadamkan hero (Fikry Ibrahim) & heroinnya (Farah Nabilah). sesuai di mata saya. teringat-ingat citer Ngok Ngek lakonan diorang berdua few months ago 😅. ada 2 drama yg sekarang ni sedang ditayangkan, hero nyer Em*a M***bong. langsung tak boleh nak tgk lah meskipun hero nyer hero pujaan hati saya 😓. just cannot go further.
- suka sgt dgn elly mazlein!!!! dok tunggu je scene yg ada elly mazlein 😃. terbaiklah lakonan dia di mata saya. menghiburkan hi hi hi hi...
saya sgt suka drama yg santai gini.
more to kelakar, lawak-lawak romantik... org jahat, tak le jahat sgt.
kalau over romantik, kekadang saya geli-geleman nak menontonnya.
kalau drama yg serius, tapi bercirikan kekeluargaan. membawa kita kpd aura positif, orait...
lagipun, sometimes saya menonton drama ni dgn anak-anak, kan.
faham jer lah kan.
tak nak la kita terapkan perkara-perkara tahyul, romance romance ni. tak brape cantik utk perkembangan diorang 😏.
kisahnya...
farhan (owner butik baju) bertunang dgn ameera (model). dah nak nikah, few minutes nak nikah... malang tak berbau. tak jadik! ameera mengandung! 😒
rose ni plak buat internship kat butik farhan. mcm la berlaku kan time diorang bekerja sama-sama tu.
dipendekkan cerita, sepupu rose, si aya, ternampaklah rose ni berjalan berdua dgn farhan di KL. diorang nak gi meeting jer pun. farhan kan bos kpd rose. tapi, aya tu ingat si rose ni buat keje tak elok di KL. abislah dia cerita kat mak dia kat kampung!
mak sedara rose ni amatlah tak baik dgn famili rose. pe lagi, dok la mengata anak sedara sendiri hingga mak rose ni jadi tak senang hati 😔.
begitu begini... mak rose terus minta farhan kawin dgn ros. farhan setuju 😍.
diorang ni kiranya bercinta lepas kawin ler gamak nyer.
elly mazlein tu designer butik farhan. watak dia dlm drama ni is kak Zaza.
time rose buat internship, rose menyewa la di rumah kak zaza ni.
saya sgt suka cara kak zaza ni 😍😍😍.
cara dia bercakap. penuh gaya yg comel. watak dia kakak-kakak sgt tau.
😄😄 dah le baik sgt. sungguh support dan caring terhadap rose tu.
masalahnya... konfliknya...
👉mummy farhan mcm tak berkenan dgn rose. dipandangnya rose dan mak rose mcm sengkek je!
👉ameera masih nakkan farhan.
👉mak sedara rose tu hah, tak puas hati la bila rose & famili dah senang. farhan settle kan hutang arwah abah mertuanya one shot.
... dan tak tau lagi lah pe lagi masalah yg bakal ada dlm drama ni.
ni baru settle 9 episod. ada lagi 19 episod mendatang... sure ada lah kan yg nak gugat rumahtangga diorang.
tak la nak recommend sgt drama ni.
tapi, if nak layan, boleh layan start sekarang.
jalan ceritanya baru nak bermula...
lakonan hero dan heroin drama ni sgt santai.
diorang mcm dah ada chemistry di antara satu sama lain.
tak janggal bila bergurau. nampak sgt serasi. tak menyakitkan mata kita melihatnya 😄.
yes lah. pernah berlakon sama drama Ngok Ngek tu kan.
lebih kurang sama je watak diorang dlm drama ni - pasangan bercinta lepas kawin.
paling cute, panggilan si isteri kpd suaminya, "abang bos..." ha ha ha ha ha 😄...
😉😉
38 Comments
xpernah layan hihi..lepas ni nak start layan lah kt telegram hihi...wktu siaran ditayagkan memang xtengokla time tu hihi..anyway tq ats sinopsis cerita menarik pulak nk tengok hihi
ReplyDeletepukul 7 kene tutup tv. nanti nak try tengok kat iflix.
ReplyDeletenow da ok.
Deletebyk saluran dan masa lain kita boleh sama2 tgk, sheila.
utube pun byk drama boleh layan time kita free bila2.
too bad ray jarang tgk tv. hahahah
ReplyDeleteoic. aduhai...
Deleteaida ni memang on tv, ray.
lepas dah masak, dinner, solat. on tv.
klik klik la memana channel yg ada. njoi x byk channel.
rehat diri yg kepenatan seharian keje.
then, most of the time, tv tgk aida :) ha ha haha.. tertido kat sofa.
tak merasa lagi nak layan cerita ni...ada je keje nak kena settle!
ReplyDeletememang.
Deletetv tu kekadang x sempat nak on bila memikirkan kerja :)
aida layan kat utube jer ni. bebila ada free.
sy jarang layan drama Melayu sis tapi tahula sikit2 sebab banyak org share dekat facebook dan insta :)
ReplyDeletesy tengok anime ja hehe
btw thank u datang BW, baru hari ni berkesempatan singgah blog sis..tbh sy baru ja made a come after berbulan senyap d blog hehe mood keluat sekian lama tapi masih ingat rakan blogger yg selalu singgah blog..sis salah satunya.. tq again for bw
Tak sempat nak tengok lagi drama ni. Sebab tv3 tak dapat siaran la pula. Ape masalah entah . Hihi
ReplyDeleteTak pernah tgk drama ni. Tp tgk drama cik reen ngok ngek je. Diorang ni sesuai je jd pasangan kan.
ReplyDeleteKali romantic comedy mama pun suka fau
ReplyDeleteJuju pun layan cerita ni dalam diam hahahha guna youtube!
ReplyDeleteada la tgk beberapa kali..tk tgk dr mula..suka dgr lagu ost yg alif satar nyanyi utk drama ni
ReplyDeleteKesukaan anak Sha nie Aida.. Hari-hari ditengoknya.. Kadang Sha pun terlayan juga.. Watak elly mazlin tu memang menarik.. Bak kata aida.. kakak kakak sangat..
ReplyDeletedah lama tak tengok citer kul 7malam hah sebab balik lambat hauhauhauaa.. baca sinopsis macam best plak. nantilah weekend tengok kat youtube jelah. senang sket tak de iklan
ReplyDeletesy sempatlah tgk sikit-sikit hari tu..sekadar nk tahu siapa pelakonnya... tu pun sbb terbaca gosip psl si fikri ni
ReplyDeleteSorry saya x follow drama ini and not a fan of malay dramas. Even pelakon2 dia pun saya x berapa kenal. Macam mana pun you write a good review. Take care and have a good day.
ReplyDeleteTak tengok pula cerita ni. Kalau tengok nanti addicted kena tengok dan tengok lagi. Hehehe. Tengok gandingan 2 pelakon ni cerita Cik Bunga Dan Mr Ngok Ngek. Nampak mereka ni serasi.
ReplyDeleteSekarang utube sudah ada. Seronoklah para wanita nak layan lepas penat bekerja. hehe. Jangan lupa solat sudah kalau layan di pukul 7 . haha
ReplyDeletetinggi jugak rating cerita ni ye kak aida. hahah. mek tak sempat nak layan drama. youtube pun tak marathon. tapi dengar lah yang depa berdua berlakon sweet.
ReplyDeleteWah. Mcm best je dari review di atas. Dh bertahun tak buka tv . Layan dekat youtube jela puas hati boleh fokus kan. Fikry ibrahim kalau muncul je, mesti kelakar kan. Dicampur dgn elly mazlein. Nak tak nak, kena layan jgk la. Nak hiburkan hati lara ni 😬
ReplyDeleteAlamak macam menarik cerita ni. Tapi x sempat nak tgk yang bersiri sebab biasanya lama, hahaha. Tapi watak utama dia memang pelakon yg best
ReplyDeletedok tengok juga kengkadang ngan asben.. not bad.. boleh la.. jln cerita dia pun agak okay.. boleh diterima cuma tahap suka betul tu belum.. hehe
ReplyDeleteKekadang je layan drama tv. Tapi hari tu tengok sekali not bad lah.. suka sgt olau Fitri berlakon sbb dia jarang serius. Mesti ada lawak2 karakter macam kamal adli. Jalan cerita ok dan watak2 pun ok.
ReplyDeleteSaya sekarang ni mmg tak tengok drama melayu mahupun drama lain. Sbb jarang sangat bukak tv, dekat rumah tv tu just jadi mcm hiasan, mmg tak bukak pun. Haha, apa2pun nice review ya.
ReplyDeleteAla.. syira dah lama tak layan drama pkul 7. Hehe sebab kurang tahu ni. Tapi macam best ja. Boleh cari nanti dkt youtube
ReplyDeleteHaritu tgk masa satrt2 je.. Masa rose mula kerja.. Ni tak layan lagi.. Sebb banyak sangt kerja.. Hahahha.. Nanti layanla kat youtibe. Kata elly mazlein best betul.. Hwhw
ReplyDeleteSorry i pun x tengok sangat malay drama. Actually no time to watch anything pun coz come home only have to see to my one year old boy thats super active, so you know la so much to do. But this was a good read, thanks for sharing.
ReplyDeleteAiyoook lama tak tengok drama melayu kecuali sweet dreams ahaha, jalan cerita dia agak biasa la heee
ReplyDeleteBBL jarang tengok drama pukul 7 sebab waktu ni atas jalan.. jem la katakan. selalu tengok je housemate tengok ulangan kat Tonton. mana sempat BBL menyelit tengok kejap hehe
ReplyDeleteKak pun jrg layan dram ni sbb jrg tvk tv haaaa busy ngadap laptop tp sekali sekala lyn jgk
ReplyDeleteAlaa kita dh jarang layan drama la.. Sbb takde feel nk tgk drama melayu skrg. Haha.. Tp klo farah nabilah & fitri ibrahim gabung mmg best.. Ada chemistri diorg ni
ReplyDeletesesuai sgt gandingan ni
ReplyDeleteada tengok jugak, tapi tak follow setiap episod la...tengok bila rasa nak bukak tv aje...hahaha..tapi best cite ni, kelakar sebab elly mazlein dengan fikry tu kelakar..hahahaha
ReplyDeleteMemang kena layan juga drama ni sebab mak saya layan. Tapi itulah tak adalah nak mengadap sangat pun. Setuju part Kak Zaza tu, suka juga dengan lakonan elly mazlin. Tak adalah drama ni bosan sangat. Lagi satu, suka tengok yang muka dia macam ariel zafriel tu. Teringat pula drama sweet dreams sebab dia pun ada dalam drama tu. Hahaha.
ReplyDeleteSejujurnya lama giler dah tak layan drama .sejak sinuk dengan anak anak. Biasalah anak ramai kan. Hehe baru 3 dah macam ramai sekampung haha. Btw, part ely mazlein tu setuju. Lakonan dia walaupun antagonis memang menjadi dan betul2 buat kita geram skali
ReplyDeleteBest romantic comedy mcm ni
ReplyDeleteAlamak. Tak tengok pun cerita ni. Erm Bella sgt jarang tengok TV sekarang ni. Kalau ada masa nak curi2 pun tengok Netflix je kat phone. Well, jalan cerita Kau Yang Pertama ni nice, rasanya sesuai untuk mereka2 yang dah penat kerja seharian dan just nak relax2 tengok drama sambil merehatkan diri. Yang bagusnya ada repeat tu kan..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.