assalamualaikum 😉
masih belum terlewat kalau saya nak wish :
- Selamat Hari Merdeka!
- Salam Ma'al Hijrah... 😌
- Selamat Hari Malaysia... 😃
perfect weekends, kan.
merdeka!
then sambut tahun baru.
cuti hari malaysia plak...
looooong weekends.
cuti hari malaysia plak...
looooong weekends.
"Sayangi Malaysiaku : Malaysiaku Bersih"
baru dpt sort out gambar-gambar yg saya snap sekitar melihat perbarisan pagi 31 ogos kelmarin.
tahun kedua saya hadir ke sini.
last time was 2015 👉 mr.asben join kayuhan basikal antik.
and this year, kak Nurin pula sertai perbarisan Persatuan Puteri Islam Malaysia (sekolah menengah).
kagum dgn kak Nurin. minat sgt dia dgn perbarisan.
gambar ni agak blurrr sebab saya screenshot dari video yg saya rakam.
kami awal-awal dah ada di Jalan Hang Tuah pagi merdeka tu.
memikirkan parking yg bakal penuh kalau lambat.
memikirkan jalan utama bakal ditutup utk perbarisan... tu yg seawal 7 pagi dah keluar rumah.
ramai dah org masa tu. meriah!
pak polis trafik pun ramai dah nak menjaga lalu lintas.
sempat la selfie sekeping berlatarbelakangkan perbarisan 😎.
kak Nurin 💙
kak Nurin dan kawan-kawan...
seronok bwk Izzat tgk perbarisan hari kemerdekaan ni.
meskipun tak sampai separuh perbarisan dia dah boring... dia dah request nak balik...
still, a great experience utk dia lah kan.
wujud nya hari perbarisan.
apa itu perbarisan?
apa itu kemerdekaan?
kenapa kak Nurin join perbarisan?
hari yg penuh warna-warni.
aneka pakaian seragam yg dipakai oleh kontinjen.
sebab ada hadiah utk perbarisan terbaik 👍👍👍.
moga Malaysia terus aman.
jgn ada lagi isu-isu agama, bangsa, adat.
hormat-menghormati hak org lain.
Malaysia dah ditakdirkan menjadi sebuah negara yg berbilang kaum.
tgk jer lah cuti umum, byk!!! sebab kepelbagaian kaum, agama dan adat resam.
semua menikmati segalanya seadilnya...
tahun depan, kiranya dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur, nak bw anak-anak bertiga ni ke putrajaya.
di sana lebih seronok.
di sana lebih menarik...
p/s: korang gi tak tgk perbarisan kemerdekaan ari tu? 😊 share la pengalaman.
👋👋
14 Comments
wah..meriah. part long weekend tu paling best!
ReplyDeleteTak penah lagi bawak Ian & Iris tgk perbarisan. tgk kat tv je. diaorang pun cepat bosan.
hi hi hi sama la dgn anak2 aida, cepat bosan.
Deletesibuk dok tanya, "bila kakak nak lalu ni bu?" ha ha ha ha ha...
tak selalu boleh bwk tgk perbarisan ni, mummyayu.
sesekali ok lah :)
wah,..best nya join pembarisan macam ni..:)
ReplyDeleteseronok dapat tengook perbarisan, semangat tengok mereka-meraka berbaris dalam panas terik tu.... seronok la kakak nurin dapat berbaris peringkat negeri lagi.
ReplyDeletekebetulan kak nurin minat, dana.
Deletekita support la kan :)
alamak..terkenang zaman sekolah dulu...suka betul masuk perbarisan unit beruniform..hahaha
ReplyDeleteseronok dapat join perbarisan ni. yang menonton pun sama seronok dapat tengok bermacam-macam persembahan
ReplyDeletemeriah tengok..nad suka tengok perbarisan macm ni..pakai baju unit beruniform..dulu uska masuk..ehehe...kalau ade aktiviti ni memng best
ReplyDeleteMeriah dan menarik sungguh bila tengok perbarisan dilakukan dengan pakaian seragam juga pakaian yang beraneka corak... dengan penontonnya yang nampak teruja turut membuatkan saya merasakan bahawa acara ini benar-benar memberikan impak yang positif... semoga negara kita terus dikurniakan keamanan dan kemakmuran...
ReplyDeleteWowww meriah... dulu selalu tengok perbarisan dekat tv.
ReplyDeleteZaman sekolah pula, just support member yang terpilih untuk terlibat dalam perbarisan... Kita dok rumah, tidur je sekarang nie
bestnya kat melaka ! siap ada kereta yang macam tunku naik time isytihar kemerdekaan. kat kelantan takde macam ni.
ReplyDeleteEh.. Sekarang Puteri Islam pakai seluar ye.. First time Sha tengok ke memang ada.. Sha yang tak perasan.. Cantiklah pakaian Kakak Nurin.. semangat dia joint perbarisan ye..
ReplyDeletesemangat patriotic tu kena ada, saya di KL pun pergi putrajaya semata-mata tengok persembahan hari kemerdekaan, walaupun tak join macam you punya, tapi memang best experience macam tu
ReplyDeleteselamat semua... meriah
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.