assalamualaikum...
salam sejahtera.
terasa lega bila pagi ni dpt settle kan 3 perkara penting.
alhamdulillah...
- hal keje.
- hal peribadi.
- hal keluarga.
diri saya ni - perempuan yg bekerja.
cuba sedaya upaya utk jadi sempurna.
tu selesai.
ni selesai.
but, tak semudah tu. ada je yg terbengkalai...
standard lah tu kan.
kita ni bukan sempurna.
tapi, bila satu masa tu semua kerja mcm tak menjadik - bengang jugak!
😔😔😔
mcm nak marah!
mcm nak jerit!
mcm nak letak jawatan pun ada 😄😄😄 ha ha ha...
mug tupperware pun boleh beri kesan positif ekk...
so, sendirian... menyendiri... muhasabah diri.
fikir dgn positif.
fikir dgn rasional.
😌😌😌 creating my own sunshine 👌.
jadik la muka gini.
jumpa org , kita senyum lebar and peace uolls 😃.
mula la fikir pasal kebun sekangkang kera kat rumah tu.
nak beli pokok apa? nak beli brape kampit tanah? nak beli pasu pattern apa....
ha ha ha ha ha... start la amik rough paper and pen, dok senaraikan pe nak beli.
kira-kira duit dlm purse. "yes cukup cukup ni 😅..."
hasil nyer adalah seperti di bawah 👇👇👇
penuh bonet belakang cik viva saya 😅
lagi 3 pasu sederhana terpaksa duduk dlm kereta...
yes!!!
selesai release stress 😍😍😍 ha ha ha ha ha...
tu la. lepas tu Syuhada & Izzat plak stress, kereta penuh!
diorang berdua terpaksa share tali pinggang keledar dok depan ha ha ha ha ah ha...
ni la akibat bila memilih dan membayar barang tak ukur luas kereta sendiri dulu! 😂😂😂
terlupa!!!
bahana melepaskan stress, terlupa plak kereta kecik molek...
sib baik muat.
ni bukanlah kejadian baru ye.
beli pasu ni dah lebih 2-3 minggu lepas 😊.
petang semlm beli 4 kampit tanah jer...
😃😃😃😃 tapi releks releks aje. semua benda boleh adjust kan.
small matter lah...
yg penting, hati senang. senyum lebar bila sampai rumah. pasu cantik!
😃 😉😉
18 Comments
terapi diri sungguh ni Aida..
ReplyDeletesuka2 yg penting hati senang
ReplyDeleteWah seronoknya! Memang boleh release stress dapat beli benda untuk projek2 begini :)
ReplyDeletetak sabar nk tengok hasilnya... mesti lawo tuh...
ReplyDeleteMembeli-belah memang boleh hilangkan tekanan. Harap-harap berjaya tanam tanaman dalam pasu.
ReplyDeletebetul sangat..kadang tak mampu nak selesaikan semua senarai kerja..hujungnya cari dulu perkara selingan yang boleh jadi terapi...
ReplyDeleteSalam bertani
ReplyDeletebestnya kak! terapi betul kalau pergi nursery lepas tu beli apa yg patut untuk dekorasi rumah.
ReplyDeleteSelamat bercucuk tanam ye
ReplyDeletemurah tak pasu ni kak?? saya beli pokok tapi pasu tak ada kosong pastu kesian terbiar je pokok tu. tak tau bila nak beli pasu baru ni..
ReplyDeletewah pasu baru..selamat menanam bunga
ReplyDeletebuat mini kebun sis, boleh jadi terapi jugak tu kan. selamat berkebun.
ReplyDeleteTetapi sgt2 kalau beekebun ni.. Untuk saya lahh.. Best kalau dpt beekebun ni.. Walaupun ada balkoni ja.. Tapi tetap kena ada pokok2 utk terapi
ReplyDeleteTerapi paling best.. hehehe.. Tak sabar nak tengok hasilnya..
ReplyDeleteeehh tupperware memang boleh mendatangkan kebahagiaan =)
ReplyDeletekami plan nak ke nurseri beli pasu, asyik tertangguh je. plannya nak beli pasu untuk alihkan anak pokok pandan.
ReplyDeletejgn lupa share..hasinya yer.
ReplyDeletelawanyaa pasu..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.