assalamualaikum...
salam sejahtera 😉
esok Melaka cuti.
besday TYT.
alhamdulillah...
dpt la berehat. lepak dgn anak-anak kat rumah extra 1 hari minggu ni.
letih da kepala ni.
minggu yg sgt ketat dgn keje hakiki.
berputar memikirkan demi negara... chewah! 😄
before melangkah keluar dari ofis ptg Khamis ni, kasik up satu citer lah ye.
FamilyMart ni baru lagi di Melaka. Ayer Keroh tu hah...
😃 first day dibuka, 29 Julai lepas, saya dah perasan. di laluan gi balik keje kan.
dari sehari ke sehari anak-anak ajak gi.
"nanti nanti lah..." tu aje la reply saya.
so, Jumaat lepas, lunch break, berjaya saya menunaikan permintaan kak Nurin & Syuhada.
aim 2 items je - aiskrim & oden.
dua ni kan viral and pernah trending... before this just tgk jer la gambo nyer. Jumaat tu la dpt kami merasa.
minta la maaf ye...
gambar eskrem dah cair juga yg nak di snap 😃😃. sebelum anak-anak menjilat, ibu snap gambo dulu ha ha ah aha ha... 😂😂😂 tu yg bertambah cair.
tak lepak makan situ pun.
segera tapaw, makan di ofis saya je.
meskipun lunch break Jumaat tu sehingga 2:45 ptg, dek kerana ada urgent task nak kena siapkan, kul 2:00 ptg kami da sampai ofis balik.
komited kan 😄😄😄 ha ha ha ah ha ha...
aiskrim belgian dark chocolate - ok. not bad. sedap 👍.
aiskrim matcha - saya kurang suka 👎. tak dpt nak beri komen lanjut hi hi hi hi... terpulang kpd citarasa memasing, kan...
oden - ala-ala yong tau foo tapi berkuahkan tomyam.
hmmmmm ok ok jer lah bagi saya. tak la lepas makan terkenang-kenang nak gi beli lagi 😃.
just nice gitu gitu la.
tak merugikan duit yg dibayar utk semangkuk oden FamilyMart tu.
anak-anak pun suka 😋.
senang hati saya bila takde lagi bising di telinga, "bila kita nak singga FamilyMart, bu?" 😊
lenkali kami nak dtg lagi. nak cuba produk FamilyMart yg lain plak...
harganya tak la brape murah. boleh tahan lah... so, tak boleh selalu lah kan 😂😂.
tapi tu la.
ramai aje org di FamilyMart ni. ada je yg beratur nak membeli oden tu.
aiskrim tu jgn ckp lah kan. setiap family yg keluar, mesti ada je 2-3 aiskrim tu di tgn.
ternyata sedap lah kan 😄😍😍.
mudah je lokasi FamilyMart ni.
Taman Ayer Keroh Heights - bersebelahan je dgn KFC & Pizza Hut berkembar tu.
👌
23 Comments
Haah, saya pun tak berapa suka ice cream matcha..haha..yang belgian dark chocolate tu belum try lagi, insyaaallah next time singgah family mart nak try lah.
ReplyDeleteWah ada dah Family Mart. Tq bgtau.
ReplyDeletesedap juga oden tu, pernahlah try sekali..hehe
ReplyDeleteRabia tak makan lagi oden
ReplyDeleteKalau anak anak saya memang suka pegi FM ni. Beli bobba milk. Saya pulak suka beli pau. Tapi agak mahal. RM2.70 satu.
ReplyDeleteBiasa pergi sini beli aiskrim dgn air coklat je. Oden tak pernah rasa lagi
ReplyDeleteselepas sebulan try la juga kan,, kte yang selalu hari2 lalu depan kedai dia ni tak pernah singgah..teruk yakmat..dah lama viral pun x berkesempatan nk cuba menu2 tu..hehe
ReplyDeleteSaya Family Mart ni ada2 makanan je yang akan buat saya kesana and salah satunya adalah Potato Salad (RM2.50), Honey Roll Cake, Hot Dog dan beberapa Nasi Goreng Bento. Sedap sangat harga pun affordable. Ais krim FM saya kurang gemar sikit tapi ais krim seasalt dia sedap sangat, sekali beli, dua terus. Oden pun saya tak makan sebab tak tahan pedas.
ReplyDeleteKat bawah opis SA ni ada FM..memang selalu la SA turun sini..tapi x dapat order Oden sebab beratur panjang...
ReplyDeleteHari tu cuba bubble milk tea biasa je .... tak de lah wow sgt tapi padan juga ngan harga dia
ReplyDeletewah dh ada familymart kt melaka...dh meluas la cawangan familymart luar kl
ReplyDeletekite tak cuba lagi menu hot ni sebab kat Terengganu takde family mart
ReplyDeleteHa'ah yang Matcha tu menangis nak habiskan. Oden tu pun suka lobster dia je sebab ada letop2 bila makan. Yang lain tu macam makan yong tau foo tapi kuah tomyam haha. Sekarang ni bersepah dekat pasar oden yang lagi murah tapi rasa sama je dengan family mart
ReplyDeletebestnnya dekat melaka ada family mart. dekat taiping diorang tak nak buat ka erk, hihi.
ReplyDeleteBahaya betul family mart dah dibuka merata²..ramai gilerkan oden. harga dia mmg tak berapa nak murah. bila teringin baru beli.
ReplyDeleteBest la da ada kt Melaka... Penang bila la nak ada.. Kalau kita kat family mart tu suka ice cream dgn sandwich dia tu.. Oden dia tu kurengg skit
ReplyDeleteAnak anaklah yg suka mula tu.... maknya pun jadi suka dengan Oden tu hahaha....
ReplyDeleteArea rumah pun ada AIda mmg senang sangatlah nak menapaunya...Sediakan duit je
nyum2 eskem
ReplyDeleteAiskrim dia tu masalahnya cepat sangat cair.. memang kena makan dengan laju.. kalau tak meleleh-leleh..
ReplyDeleteKat Nilai pun ada jugak Family Mart tapi tak berkesempatan nak pegi lagi, walaupun teringin nak pegi..
ReplyDeletekat kawasan kite xde pun Family Mart yang dekat.. balik KL baru dapat pegi..
ReplyDeletejap.. hati macam sayuu pula tengok sekerim tu mencair.. oh noo..
Kat bawah opis kami ada family mart. memang memanjang la kami turun beli aiskrim la, beli snek la, beli sandwich stoberi la, asal petang kalau suami lambat jemput kami, memang kami turun makan oden. hahaha..
ReplyDeleteyes..balik msia ari tu dpt try gak. kat sini pun ada family mart..ada oden, but ada pork, so tgk je la...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.