assalamualaikum 😃
11.11.2019.
hi hi hi ada apa ye dgn hari ni? 😄
online shopping!!!
good luck to semua.
saya ni shopping tak ikut tarikh, shopping ikut baki dlm akaun jer 😅.
lama nyer tak blogging.
apatah lagi blogwalking. rinduuuuu...
tak berkesempatan menaipkan meluahkan rasa hati dlm blog ni.
hal keje.
hal rumah.
hal keluarga.
sgt la packed timetable baik secara zahiriah or batiniah 😄...
hasil berkemas semlm 💪
setelah lebih kurang 1 bulan rumah luar & dalam bersepah - renovate dapur...
setelah lebih kurang 1 bulan rumah luad & dalam carca-marba, now, dah ok.
ada byk benda disayangi perlu disisihkan.
tu yg sukar!!! 😕
bila mr.asben dah start berkemas, dikeluarkan byk harta benda saya yg tersimpan, and bagi option - guna or sisihkan?
alamak aiiii... 😅 sukarnya utk buat keputusan!!!
saya memang ada sedikit masalah simpan barang. sayang barang.
tapi tak le kronik sgt hingga jadik Hoarding Disorder. skit skit lah...
time pindah rumah 3-4 bulan lepas, byk jugak la brg yg dah disisihkan.
mostly saya sisihkan secara sedekah, beri org yg saya kenal, beri hadiah.
jual preloved?
konsep ni tak brape kena dgn saya la plak.
meskipun most of barang saya tu adalah baru, tak pernah guna, still tak sampai hati nak menjual.
lebih afdhal, saya berikan sebagai hadiah.
barang yg kita sayang, kita bagi, ia lebih bermakna 😍.
😅 tu la saya, berdiri di satu sudut rumah dan merenung ke arah kotak-kotak bertimbun hu hu hu hu...
now, no more lah...
skit jer lagi i need to settle - 3 boxes of tupperware 😃 and a big bag of baju.
dlm 1-2 minggu ni...
ok. done menaip ringkas pagi ni.
yahoooo... blog updated!
💪😏
bye...
24 Comments
mmg masalah bila ngemas...sbb syg nk buang tp bila simpan jd semak plak kan hehe
ReplyDeleteRasanya ramai perepmpuan ada masalah ni hahaha...
ReplyDeleteDahulu Mrs. A pun sama tapi dalam 2 ke 3 tahun kebelangkangan ni, mana tak boleh guna tu buang je..
Samalah konsep membeli kita Aida.. Kalau ada baki dalam bank, adalah pembeliannya.. bukan kira sale ke tak sale ke.. hehehe..
ReplyDeleteWah.. banyak tu baju, satu beg besar..
setiap satu barang itu ada nilainya yang tersendiri..tu yang nak buang sayang..walaupun ianya akan memakan ruang sebenarnya.
ReplyDeletePatut lama tak menulis rupanya renovate dapur. Apapun selamat menyisih barang. He he saya pun Ada masalah barang bertimbun.
ReplyDeletesama la kita busy dengan kerja. Tu laaa babb menyimpan tu sampai dah tak muat dah rumah nak simpan. Nak prelove sayang, nak bagi orang pun sayang hahahhaa
ReplyDeleteAda juga perangai camni, tapi dah makin elok haha... Now, cepat serabut bila tengok barang banyak2 sangat. Faktor usia kot :D
ReplyDeleteSy tukar barang menjadi tunai di mudah.my je. Dpt la duit poket sikit.
ReplyDeletetu lah masalah kita ni kan aida, semua benda sayang nak buang selagi elok lagi kan :)
ReplyDeletedalm bilik cik nor ni..banyak barang tak guna tp sayang nak buang.haha
ReplyDeletedulu ammi pun ada masalah ni especially di dapur. tu yang kalau almari dapur memang ammi suruh husband je yg susun, sisih, buang segala. tp dah kabo le siap2 "tupperware" yg original jgn dibuang.
ReplyDeleteKalau ammi duduk sebelah dia masa dia mengemas mmg semua masuk dlm almari semula. baik ammi duduk jauh2
samalah kita, teringat masa lepas pindah rumah banyak barang yang sedekah kat kawan2 dan adik beradik... nak buang sayang tapi kat rumah dah ada barang yang sama heheheh... tapi tupperware mmg sayang takmo bagi orang, tapi tupperware yang brand biasa kita sedekah jugak
ReplyDeletesy bulan ni last dekat rumah sewa sekarang bulan depan pindah rumah sewa baru n sekarang tgh berfikir sbb banyak barang sy kena pack n nak bawa semua ka tidak
ReplyDeleteTupperware tu bagi lah saya kalu tak nak ye. He he he. Sy pun sama. Sayang nk buang brg. Paper beg pun sayang nak buang tau. Barang dlm kotak ada la jugak 2 ke 3 yang masih belum guna. X de space la nak letak. Dapur sempit. Tunjuk la gambar dapur yg dh renovate tu. mesti besar kan
ReplyDeletePart tu yang serba salah sebenarnya kan....mana nak buang tapi hati cakap nak simpan...
ReplyDeletewaalaikumussalam. kak pun jenis suka simpan barang dan sayang nak buang. tapi tu la, belum sampai tahap disorder lagi la ni. rasanya. hahaha
ReplyDeleteSaya la tu hoarder!! 😅Lepas baca ni teringat kena kemas balik, buang barang-barang tak perlu..
ReplyDeleteselalu mcm tu la...dok sayang sayang. sekali kemas..belambak buang, pas tu ingat balik..apsal la simpan brg tu kan.
ReplyDeletetupperware oh tuuperware hihi
ReplyDeletesamalab dgn saya ni..
tp sy collect bekas plastik yg dpt dan kdng beli tu. hahaha.
dh ada 3plastik dkt area laundry.. sblm blk kg, br longgok dkt tong sampah. hihi
dkt sini susah nk cr tempat yg asingkan
plastik, kertas tu..
hahaha sama lah kak.. sy pun ada brg yg sy sayang nak buang..
ReplyDeletebab2 mengemas brg2 lama ni tak pernah nak setel kan
ReplyDeleteada je brg2 nya..huhu
dtang dr mane pun xtaw..
kalau disimpan memang banyak tapi tu lah nak buang sayang..huhu
ReplyDeletesamalah kita kak. Baju beli pakai sekali pastu tak tau nak buat apa pun banyak simpan kat rumah ni. ADeh
ReplyDeletesaya yang banyak baju2 lah, kalau tupperware tu tak banyak sebab saya tak membeli tupperware sangat cukup sekadar apa yang ada. baju anak2 pun banyak lagi mana yang elok dah bagi pada orang tapi yang tak elok tu pun masih sayang nak buang,,huhuhu
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.