assalamualaikum 😉
salam sejahtera. selamat petang.
nak share jejak langkah makan-makan kami beberapa weekend yg lepas.
throwback jejauh skit ekk uolls 😄...
ke kedai yg pernah viral few years back. time tu nak gi, mcm tak kuasa.
ramai org!
beratur!
berdiri menunggu meja kosong!
oh tidak lah...
lagipun, kekadang kuasa viral ni bukan betul sgt pun! mostly indah khabar dari rupa je 😕.
sepinggan kuey teow goreng sotong jumbo - kami share bertiga. mengenyangkan 😍.
Jumaat (12 okt), cuti umum bagi negeri Melaka Bersejarah ni. birthday TYT.
kami sememangnya tak ke mana-mana pun. dah janji dgn kontraktor utk extend dapur.
cuti 3 hari, dpt lah kontraktor abiskan keje mengecat, cuci tiles dan lain-lain.
maka, ptg Jumaat tu, settle je kontraktor buat keje utk ari tu, dlm jam 5 ptg diorang dah gerak balik, kami berlima pun gerak le ke Warung Hijau Rojak Sotong ni.
minum ptg la gamaknya...
jengah-jengah fb, buka kata nyer kedai ni hari tu.
tak jauh pun dari rumah kami. dlm 20 minit perjalanan.
sampai jer. wah! penuh dah kereta! hmmmmm time tu mcm frust la, ada ke meja kosong.
alhamdulillah, ada je meja kosong, bebetul sebelah kipas.
yes!!!
warung kampung yg simple dan santai...
sampai je, terus ler panjang leher kami ni menjeling juadah kat meja sebelah-menyebelah.
again, wah!!! besarnya sotong diorang 😍.
sgt menarik.
sgt excited.
pelbagai angle saya mik gambo kan...
nak bagi semua berimaginasi dgn solid lah.
sesungguhnya, sepinggan ni boleh di makan 2-3 org ye.
alhamdulillah...
kuew teow goreng nyer yg cukup rasa. no complaint lah...
udang besar. sotong jumbo yg cukup masak dan perisanya memang ohsem! 😋
😄 jgn terkejut!
mee goreng nyer pun, sgt sedap.
cukuplah rasa, hinggakan Izzat kedekut nak share dgn org lain 😂.
Syuhada pilih nak rasa nasi lemak 😋😋😋.
saya share kan sekali senarai harga.
apo yg ado kat kodai ohsem ni.
wajib singgah sapo yg datang Melako ni hah. recommended!
area situ, Masjid Tanah or Alor Gajah, meskipun dlm negeri Melaka, loghat Negeri Sembilan digunakan.
Negeri Sembilan dgn Melaka ni adik-beradik.
org Melaka kat Negeri Sembilan. org Negeri Sembilan kat Melaka.
jgn terkojut lah kalau-kalau dtg Melako tapi org eh cakap Nismilan yo 😄.
kalau sodap, koba kek kengkawan.
kalau kurang sodap, koba kek dapo...
gitu lah yo 😉.
tu yg saya nak koba kan kek semuo ni hah.
aduhai, sodap naw naw lah makan kek sini. wajib singgah ekk kampung den ni hah.
ado sotong jumbo thorbaek!
kuih-muih free, while stock last la konsepnya. da abis, dah laaaa...
nota penting sebelum abiskan tapi entri ni, harga yg saya byr utk semua tu, mesti semua nak tahu kan?
termasuklah air 4 gelas = RM68 jer.
ingat ye. ao sotong jumbo tau.
murah la tu kira nyer... thorbaek!
👍
27 Comments
SEDAPNYA
ReplyDeletesedapnye nengok sotong jumbo besar gabak tuh, pakkal jauh nun kat melaka, kalau area kl ke belah-belah ampang sanggup cari jugak hehehe
ReplyDeletemengancam betul gambar sotong tu, tertiba rasa lapar pula..hehe
ReplyDeleteSedapppnya
ReplyDeleteMengancam betul tengok sotong nya itu.. Kalau puas hati, harga memang tolak tepilah kan Aida.. Bukan selalu..
ReplyDeletemeriah tgk sotong tu..ada tgk kwn pi mkn sini gk
ReplyDeletePuas hati sangat ni kalau macam ni.Ya Allah.Terliur la pulaknya.Tapi ok sebab dah bagi tahu awal tentang harga tu..jadi yang datang boleh la kira-kira..
ReplyDeletemenarik tagline jangan terkejut tu. Hehe. Elok tanya harga awal-awal sebelum makan. Hehe
ReplyDeletesotong itu sangat menggoda..hihi
ReplyDeleteSelera tengok menu2 nya
ReplyDeletesedapnya lah dapat makan char kuew teow sotong besar camtu ha..puas makan..kalau sodap kato sodap kan.
ReplyDeleteAkak but saya terliur. Memang besar sotong tu. Insya Allah ada kesempatan nanti cuba.
ReplyDeleteAlahai terliurnya.. Mengancam betul..
ReplyDeletetengok sotong tu pun dah kecur ailio ni haa
ReplyDeleteOMG! The sotong so gergasi and mengiurkan. Mi Goreng tu pun nampak sedap giler. Nanti jalan jalan cari makan sini boleh singgah.
ReplyDeletePernah pergi hari tue masa bercuti dekat Melaka.. Cuma tak sempat nak update dekat blog.. Memang berbaloi.. kami mai sebelah malam, agak ramai orang juga ketika tue
ReplyDeleteDugaan sangat ni sis... sotong tu sangat-sangat menggoda !
ReplyDeletemasyaAllah. jam 10.47 malam tengok entry kak aida. cam mana lah agaknya esok ye. huhu. gamaknya kena cari jugaklah yang seakan macam ni di Kelantan.
ReplyDeleteSedapnya la sotong tu. Nampak mee goreng tu pun setimbun banyaknya. Nie yang membuatkan Rawlins lagi teringin nak melawat semula ke Melaka nie. Macam-macam ada
ReplyDeleteSedapnye rojak sotong dia. Dah lama tak makan rojak sotong. Kalau ke melaka bolehla singgah nanti
ReplyDeletesedapnya sotong! favourite BBL sangat ni. besar pulak size sotong tu. confirm kenyang kalu makan hehe
ReplyDeleteRojak sotong!? Tak peenah dengar rojak sotong. Nampak sedap plak rojak sotong tu. Nanti nak terjah jugak warung hijau ni nak makan rojak sotong
ReplyDeletePerghh.... Sotong tu memang jahat tau! Awak dah racun fikiran kita. Rasa sekarang gak nak pi terjah pekena rojak sotong tuuu
ReplyDeleteUish. Tgk sotong besar mcm tu, mmg menguji iman betul la
ReplyDeleteWow! Besornya nampak sungguh menyelerakan. Dah lama tak ke Melaka nanti bila ke sana nak waze la cari warung ni.
ReplyDeleteMak aih rojak sotong dia. Tempting betul rupanya. Mee dia pun nampak macam sedap jugak je tu. Lapar pulak bila tngk.
ReplyDeleteRojak sotong alak tak pernah cuba. Sebab selalu tengok mereka pakai sotong basah. Tapi kat warung adik ni. Nampak menyelerakan la plak. Nanti boleh cuba kalau ke kawasan ni. Terima kasih.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.