assalamualaikum 😉
khamis - 5 Disember 2019.
termasuk hari ni, 28 hari lagi anak-anak kita akan menikmati cuti sekolah.
lama lagi tu, 4 minggu lah kan.
Izzat yg berkhatan ari tu pun dah sihat.
weekend ni plan nyer nak gi beli baju sekolah kakak-kakak. tempat biasa - Kampung Jawa.
Nurin - Form 3.
Syuhada - Form 1. semua akan baru la.
mlm td dah pun check baju-baju sekolah Nurin. ada yg perlu beli baru.
lagipun dah 2 thn dia pakai 😊.
Izzat plak, tahun ni hanya belikan baju uniform sekolah 2 helai. dah pun order dan byr kat sekolah.
seluar hitam, baju & seluar sukan masih boleh dipakai, 😄 maybe setahun lagi.
then, nak terus belikan diorang kasut sekolah - sorang 2 pasang, in shaa Allah.
settle bajet ni, mudah nak berbelanja ke arah lain, kan 👌.
👉 terkenangkan salah satu hari cuti yg lepas-lepas - 28.10.2019 (Deepavali).
mr.asben takde time tu. ada program.
tinggal la kami berempat je. releks di hari cuti.
tapi tu la, da 1-2 hari dok rumah, tghari nyer tu, anak-anak bertanya, "kita ni tak pegi mana-mana ke cuti lama ni, bu?".
😃 😃 aduhai anak...
lepas Asar, teruslah saya bwk diorang bertiga ke kedai makan depan rumah.
teruna ibu nan sorang ni - teringat ayah ke tu?
brape kali round main, bingit rumah. seronok sakan kami-kami.
hmmm pastinya, Izzat ler, nak menang aje 😄😄.
kalau tak menang, hmmm merajuk la pulak ha ha ha ha ha...
weekend ni saya nak gi cari Saidina / Monopoly.
yg lama tu dah byk hilangnya. dah tak sempurna set nya.
syok dulu main dgn anak-anak.
berbaki 28 hari ni, dpt la meriahkan rumah main Saidina.
mencari-cari juga la peluang dan ruang ajak mr.asben berjalan.
just lom dpt idea nak ke mana. wajib la berjalan kan.
tak mungkin dok rumah aje...
idea... menjelma la kau wahai idea...
ke mana nak ku bawa anak-anakku...
😎
20 Comments
terliur pulak nengok megi goreng izzat tu kak, dia memang suka makan dengan tangan ye mee gitu...
ReplyDeleteyelah kan permainan yang boleh dimainkan dengan anak-anak, dana pun ingat nak cari jugak lah permainan yang boleh main sama-sama dengan aiyan kat rumah , cuti ni pun tak dapat bawak dia ke mana-mana lagi, papa nya susah nk cuti, mungkin hujung-hujung bulan baru dapat bercuti
seronok bebudak
ReplyDeleteSy pula bila dah masuk bulan December ni terus rasa alamak, kejap lagi sekolah dah nak buka. Padahal +-sebulan lagi kan. Seronok pula tak payah kalut pagi2 hihi...
ReplyDeleteTerima kasih aida jengah belog JM..JM datang buat kunjungan balas hihih
ReplyDeleteSetuju dgn AIDa..apa2 pun settle dulu barang2 sekolah anak awal-awal..dah nak bukak sekolah x perlu risau dah
ReplyDeleteahahah..main UNO..best tau main UNO tu..sbb JM pun main...mmg riuh rendah..cakap kat IZZAT..kalau asyik nak menang jek boleh main dgn auntie JM hihih..saidina pun BEST
ReplyDeleteyelahh...bila cuti sekolah ni..kalau 2,3 hari boleh jek dok umah tapi kalau berminggu mmg bosan jgk la budak2 at least dpt kuar g jalan2 dekat2 pun x pe..pergi theme park ke..zoo ke kalau dorang minat lah..mcm biasalah kalau abwk anak2 cuti cuti mmg perlu alloccate kos tp takpe..setahun sekali hihih
ReplyDeleteSedapnya Maggi goreng izzat makan tu
ReplyDeleteDah lama sebenarnya nak belikan anak-anak nie saidana atau sahibba.. asyiklah terlupa.. Lepas tengok entry Aida nie terus Sha bubuh dalam shopping cart shopee.. hehehe.. senang.. nanti ada duit bayar je..
ReplyDeleteLuangkan bersama anak2 pun perkara yang baik. Ajarlah mereka menulis di blog. Alih2 boleh buat duit sampingan kan
ReplyDeletemakmertua ammi pun selalu je suruh gi beli kat Kg. Jawa tu..tapi ammi tak pernah pun gi situ. Dulu gi ke Tampin tapi kain dia jenis licin ammi tak gemo sangat.
ReplyDeletealhamdulillah spend masa berkualiti dengan anak2. semoga mereka gembira selalu ^_^
ReplyDeleteLama betul tak main Uno ni. Lagi satu permainan Snaps pun seronok gak. Tulah duduk rumah pun boleh jadi seronok kalau ada aktiviti.
ReplyDeleteJalan jalan mandi manda kat laut kee..kolam ker..
ReplyDeleteAktiviti kat rumah pun dah best kalau sentiasa buat bersama sama...
Zaman sekolah cuti sekolah je, mmg anak2 tanya nak kemana. kalau zmn dulu kn , cuti sekolah duk rumah je, ataupun blk rumah nenek kalau masih ada nenek
ReplyDeletesama la kita aida.. cuma ingat nak pegi bayou lagoon je nanti masa balik kampung
ReplyDeleteseronok layan anak2 main game macam tu dekat rumah, tapi ye lah kadang2 anak2 rasa boring juga bila dalam rumah je kan.
ReplyDeletesaya ni esok last kerja lepas tu amik cuti memang lepak rumah je la ni sebab en.suami tak bercuti
Kita pon lepak kat rumah... Keje hari biasa... Weekends baru keluar sarang... Merayap
ReplyDeletesaya bawa balik kampung je, lepas tu bertebaran la mereka disana hehe
ReplyDeleteCuti sekolah ni saya bawak anak buah pergi taman permainan. Itu ajelah yang diulang-ulang. Hehe.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.