assalamualaikum 😄

happy mode has been activated!
tak nak tangguh bercerita tentang movie Ejen Ali The Movie.
aduhai, sgt sgt la best. saya bagi 10/10.

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!
nampak tak betapa happy nyer Izzat.
surprise utk dia yg dah semakin sihat - berkhatan kat on 22.11.2019 lepas.
1st time keluar dari rumah 😄.

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!

Ejen Ali The Movie adalah lebih best dari Boboiboy The Movie 2 ari tu.
pendpt peribadi saya lah ni.
double lebih bestdari Boboiboy. terbaik!
ada lawaknya.
ada sayunya.
ada actions nyer...
Ejen Ali ni merupakan sebuah siri animasi Malaysia yg diterbitkan Primeworks Studios dan WAU Animation. dah lama ditayangkan sejak April 2016.
tentang Ali, menjadi perisik sebuah pertubuhan rahsia menentang musuh.
akibat dari satu insiden, Ali telah mengaktifkan sistem IRIS. Ali sorang je yg boleh menggunakan IRIS. sejak tu la dia dilantik dan dilatih menjadi ejen MATA.

kebetulan, saya memang da khatam episod Ejen Ali yg lepas2.
memang ternanti-nanti la movie ni. kebetulan, anak-anak memang peminat Ejen Ali.

Ejen Ali The Movie : Misi NEO | Wajib tonton sebab sangat best!

Ejen Ali The Movie ni bermula dgn konflik. Ali berasa sgt sedih bila wujudnya IRIS NEO. yes la. sebelum ni Ali sorang je ejen menggunakan IRIS.
bila wujud IRIS NEO, semua ejen akan menggunakannya. Ali terasa pe gunanya dia lagi di MATA.
pada satu hari, Ali tiba-tiba rasa sebak. melihatkan ayahnya yg sibuk, takde masa utk dia.
kerinduan Ali kpd ibunya memuncak...
ketika berkemas, Ali terjumpa brg lama kepunyaan ibunya...
kemudian, Ali bersua dgn Niki, rakan lama ibunya. Niki ada maklumat tentang kehilangan ibu Ali.
kerana itu, Ali mendekati Niki...

wow!
jalan cerita yg baik.
mudah utk difahami anak-anak.
betapa seorang anak ingin menghidupkan impian ibunya.
sayu...
sebak!
seriously, air mata saya bergenang tau moment moment Ali bertemu ibunya.

in short, korang yg belum tonton, sempena cuti sekolah yg berbaki lagi sebulan ni, wajib spend masa gi masuk panggung.
support cerita kita.
org kita... animasi Malaysia yg semakin bagus!
and kita mesti bangga tau - terkini, kutipan Ejen Ali The Movie dah pun cecah RM6.4 juta 😎.
saya bangga sebab saya & famili ada sumbangan dlm jumlah tu 💪.

👍