assalamualaikum.

sebelum keluar ofis, masa balik pun dah sampai, update blog jap 😅.
takde la nak rushing balik sgt.
anak-anak dgn emak abah kat rumah, so tak brape risau...

mlm ni dah plan dah nak masak pe. ringkas.
musim hujan ni, sesejuk gini, kekadang selera takde sgt.
ikan cencaru panggang dgn kicap cili padi.
sambal ikan bilis. ulam timun. telur dadar.
nasi panas-panas 😋.

HOBI KAK NURIN | Membaca, Anime dan phone
di sebalik buku tu - kak Nurin, anakanda sulung saya.
bulan Februari 2020 nanti, in shaa Allah genap 15 thn. PT3.

gambar lama tu. saya ni sejenis suka amik gambar anak-anak sepanjang masa.
simpanan sendiri.
tadi klik klik gambar dlm gallery, gambar ni beri idea utk update blog.

kak Nurin memang minat membaca novel.
dia boleh duduk diam berjam-jam melayan novel.
di asrama, bertukar-tukar novel dgn kawan-kawan.
hadiah kecemerlangan kak Nurin utk UPKK 2016 & UPSR 2017 adalah dia boleh beli novel pada bila-bila masa, selamanya, selagi mana dia berminat nak beli.
maka, kalau dia minta nak beli novel, pasti akan saya makbulkan.
tertakluk la juga kpd jenis-jenis novel yg dia nak beli. apa kisahnya. jenis karya apa.
saya menjaga juga la bahan bacaan dia. tak semua saya izinkan.

now, da tambah satu lagi yg dia suka baca - anime.
dia baca di phone. ralitlah dia dgn phone membaca anime 😄.
anak-anak saya memang dilarang sign in facebook, instagram, etc.
saya tak rasa diorang sesuai dgn semua medium sosial sebegitu.
maka, if dgn phone, diorang hanyalah main games, ber whatsapp. kak Nurin, tambah satu lagi, baca anime online.

ntah bila dia start minat baca anime ni, ntah la.
ni menurun dah mr.asben jugak lah. naruto. dragon ball. memang mr.asben peminat tegar la.
dulu kala ada channel Animax Astro, kerap la mr.asben tonton.

HOBI KAK NURIN | Membaca, Anime dan phone

saya sgt selesa bila lihat kak Nurin berkepit dgn phone.
selesa kerana saya tak risau apa yg dia sedang 'nikmati' bersama phone dia.
saya percaya dgn dia. senang hati.
setakat hari ni lah, dia masih tak betray kepercayaan saya.

tu la kan. gajet ni ada baik, ada buruknya.
ia bergantung kpd kebijaksanaan pengguna.
kita, bak kata Aliff Satar dlm pesanan di Sinar.FM, sebagai parents kena pantau masa anak.
jgn leka dgn gajet.
tahu apa yg diorang layari dgn gajet diorang. amik pedulu. amik tahu.

👌👌👌

so, ada lagi separuh bulan utk kak Nurin releks kat rumah.
membaca... anime... novel... phone.
2.1.2020 jer terus dah kena tumpukan kat buku = PT3.
nowadays, exam anak-anak ni tak tentu in terms of dasar kerajaan.
diorang kena bersedia jer dgn apa kehendak kementerian.
so, bila ilmu penuh di dada, sebarang perubahan or kehendak baru, tak la buat diorang terkejut.

Hobi Kak Nurin | Membaca, Anime dan phone
😊😊😊

orait. time to check out ofis.
pen off sini ye.
bye.