assalamualaikum.

selamat pagi.
pagi ni mr.asben anta ke ofis.
dia nak gi bengkel, cek kesihatan kereta kecik saya, cik viva.
dari semlm pagi, ada bunyi dari bahagian enjin πŸ˜”.
moga tak la pe pe yg kronik. tanpa cik viva, patah kaki saya nak memecut sekitar bandar Melaka ni.
πŸ˜’ kereta mr.asben tak brape syok pakai. formal sgt hi hi hi...

Kerja Hakiki & Masa | Tanggungjawab
gambar sekadar hiasan.
nescafe panas yg dikocak di pantri ofis pagi-pagi πŸ˜„.

dah nak abis 2019, tak byk dah kerja hakiki yg ketinggalan.
skit skit jer la nak top up.
ready ready perancangan utk thn depan. what to do? how to do? when to do?
boleh la melepak blogging jap. baca surat khabar online. 
amik tahu tentang hal dunia jap pagi-pagi ni.
sementara kerja hakiki menyinggah di meja ntah bila waktunya 😊😊😊.
bila menyentuh tentang kerja hakiki ni, perasaan seram tu dtg.
terutama bila pegawai atasan dok ungkit dan ungkit dan ungkit.
yes. kekadang bingit telinga ni mendgr. tapi, byk benarnya...
dtg keje pagi. sarapan / minum pagi... makan tghari. minum ptg. solat.
kita dah kena audit diri sendiri.

akan ada yg berkata, "keje dah siap. apa lagi nak ngomel?".
bila saya sendiri terfikir, ada betulnya bila pegawai atasan reply, "pe pun, gaji dah dibayar utk berada dlm ofis. ada keje. takde keje. mesti ada dlm kawasan pejabat".
aduhai 😌.

perkara ni standard lah org akan kecam pd penjawat awam.
"penjawat awam tak buat keje, ngular aje keje nya, menghabiskan duit kerajaan!!!".
betul.
dan tak betul.
kerana mereka yg tidak baik, abis semua 80% penjawat awam yg sebetulnya bekerja, difitnah!
if 80% tu tak bekerja sebagaimana yg difitnah, adakah pentadbiran sektor kerajaan akan berjalan lancar?
lelebih lagi, task kami-kami kumpulan profesional ni adalah utk buat keputusan.
kekadang tu, balik rumah pun kepala ni masih lagi berfikir, mencari keputusan tu.
bukan sekadar buat keje di komputer... di kaunter... di lapangan di mana-mana.

viral gambar jururawat sedang main phone.
viral gambar pegawai kastam sedang sarapan pagi.
viral gambar pegawai jpj guna kereta kerajaan utk urusan peribadi.
itu pada masa itu.
yg snap gambar  / amik video tu ada gi tanya / tegur?
tidak.... kenapa? takut?

ada org yg boleh ditegur.
ada yg kebal, tegur lah camne pun, dia tak salah... alasan dan alasan diberikan, bodoh plak tu alasannya πŸ˜•.

yg paling tersirat zaman sekarang, antara nampak dgn tak nampak - penjawat awam @ seller online.
yg ni, parah!
kerja hakiki ke laut. tapi update menjual di media sosial, on time! πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

orait.
done ngomel pagi Rabu πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.
fikir-fikirlah sendiri kan...
saya sendiri pun setiap hari mencuba utk jadik lebih baik dari hari sebelum.
moga rezeki kita semua mendpt keberkatan.

😊