assalamualaikum.
nak berkongsi drama lama yg baru saya tonton di laman youtube.
byk drama yg saya tonton, tapi yg ni ada feel dlm hati.
sedih...
sayu...
kesian lah 😔... terasa sgt sayu...
drama ni ditayangkan sekitar tahun 2012 dulu... |
mengisahkan Saleha (Tasha Shila), gadis yg kurang sempurna akalnya.
dari kecil dah di babysit oleh Pak Long & Mak Long kerana ibu ayahnya bekerja.
namun, di satu hari, ibu ayah Saleha terlibat dlm kemalangan dan meninggal dunia.
Saleha menjadi yatim piatu dan teruslah dijaga oleh Pak Long & Mak Long. bersama sepupu perempuannya, Esah.
bila besar, Saleha masih lagi berkelakuan seperti kanak-kanak.
tetap suka bermain dgn kawan-kawan sekampung.
paling disukai, main pondok-pondok dan kawin-kawin 😄.
Pak Long Salehan dan manaf (suami Esah) |
nak la dijadikan cerita, Manaf ni sgt ambil berat tentang Saleha. nak berkahwin dgn Saleha.
malangnya, ibu Manaf tidak bersetuju kerana pada dia, Saleha bukan perempuan yg sempurna utk menjadi menantunya.
maka, pada hari perkahwinan, Manaf berkahwin dgn Esah, sepupu Saleha.
sedih lah...
ni semua cadangan Mak Long nyer lah... hu hu hu 😓 😞...
Saleha bertanya Esah, "kenapa abg Manap masuk bilik Esah mlm tadi?" Esah menjelaskan ,"sebenarnya, Esah dah kawin dgn Manap". |
meskipun dah berkahwin dgn Esah, Manaf still ambil berat tentang Saleha.
katanya, Saleha pun tanggungjawab dia... alahai, lelaki idaman wanita seMalaya ni.
sehari ke sehari, sehinggalah Esah mengandung, masih lagi Manaf melebihkan Saleha.
sehingga Mak Long dan Esah menjadi tidak selesa.
at first, Esah ok ok jer. maknya lah yg mengapi-apikan dia!
tambahan plak, mak mertua Esah pun turut suruh Esah berjaga-jaga bila tgk Saleha dan Manaf rapat.
hmmmm kampung kan, mesti ada jer la makcik bawang!
sama ler curah petrol kpd api yg sedang marak menjulang...
Manaf sgt caring terhadap Saleha... Saleha ni memang kerjanya buat hantaran kawin & bunga telur. org kampung memang order dgn Saleha. |
Saleha ni dimanjakan oleh Pak Longnya.
Pak longnya ambil berat sgt sgt lah tentang anak sedara sorang ni. yatim piatu, kan...
sehinggalah satu hari, Pak Long meninggal dunia, serangan jantung.
sedihlah Saleha...
namun, Mak Longnya mula lah mendera Saleha selepas ketiadaan Pak Long.
dulu dia geram jugak dgn Saleha, tapi arwah Pak Longnya ada mempertahankan Saleha.
now, Esah pun tak lagi baik hati terhadap Saleha.
Saleha kena sebat dgn Mak Longnya, Esah jengah je dari tingkap, tidak membantu... |
selepas 9 tahun, Mak Longnya pun dah meninggal dunia.
anak Esah & Manaf, bernama Nadia, rapat dgn makciknya, Saleha.
rakan bermain.
rakan ke kedai sama-sama.
dipendekkan cerita, Manaf nak kahwinkan Saleha dan Meor. happy la Saleha.
lama dah berangan menjadi pengantin.
termenung merenung baju pengantinnya di mlm hari sebelum hari pernikahan... |
... terlentok di tepi tingkap 😲. |
rupanya Saleha sudah meninggal dunia... innalillah 😔😔😔. |
Meor 😞. |
Saleha meninggal dunia di hari pernikahannya, sebelum selamat dinikahkan.
bergenang air mata saya waktu ni.
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
moral of the story...
kehidupan seorang gadis yg suci hatinya mempunyai impian.
namun, along the way, dek kerana dia tidak sempurna, impiannya berderai di tgh jalan.
apa yg dia simpan dlm hati, org sekeliling tidak berjaya translate kan dgn betul.
duka dlm hati, dilalui bersendirian.
ada yg faham, tapi terhad.
ada yg ingin membantu, tapi dilarang.
at the end, bila dah tiada, perginya ditangisi...
tambah sedih, bila hasratnya, impiannya, kehendaknya tidak dpt dipenuhi.
terkilan...
ralat...
😣 ðŸ˜ðŸ˜
moga kita semua amik teladanlah ye dari cerita ni.
mungkin ada serba-sedikit terkena di mana-mana kan.
jgn sesekali kita aniaya org lain.
sesungguhnya, dgn anak yatim, jgn dibuat main. besar tanggungjawab kita.
jgn sesekali berlaku zalim.
26 Comments
alamak..lamanya...sama tahun saya kahwin..hehehe..
ReplyDeletetapi saya x tgk pun drama ni...cuma pernah dengar org sebut tajuk je..
aida jarang dpt tgk drama on time di tv, nieyl.
Deletenow la baru dpt qadha' tgk drama lama-lama.
terlanjur ada free kat ofis.
kat rumah, tv tu Ijat layan kartun dia jer most of the time :)
ammi pun tak pernah tgk drama ni. byk sangat channel sampai dah xtau nak tgk apa yek kita ni
ReplyDeleteyes. betul. tak ter tgk ha ha ha ha...
Deletechannel da byk sgt :)
terutama time raya kan.
semua channel drama best best.
Macam best je drama ni
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Sedihnya. Sangat mendalam kisah ni 😥
ReplyDeleteSedihnyaaa drama ni
ReplyDeleteyea pernah tengok cerita ni, mmg sedih. ternyata masyarakat kita tak mudah menerima org kurang upaya, mudah nak menganiaya
ReplyDeletekan...
Deletetu darah daging sendiri tu.
kalau la org lain yg takde kena mengena, sure dah dihalaunya dari rumah :(
sedih...
Sedihhh.... Itulah... Kekadang orang yang paling rapat susah kita nak tahu isi hati nya....
ReplyDeleterasanya pernah tengok cerita ni dulu, sedih... masa ni suka tengok tashi shila berlakon, nampak cantik dan sesuai dengan wataknya... sedih bab yang kene dera, kene pukul dan paling last tuh sedih...
ReplyDeleteDrama yang sangat best.. Menyentuh perasaan.. Masa nie memang suka tengok lakonan Tasha Shila..
ReplyDeletesedihnya...rasa tak sanggup nak tonton walau terasa nk tonton..
ReplyDeleteda agak dah akhirnya pasti sedih, fuzy.
Deletelakonan tasha syila tu sgt kena dan buat kita feel dia.
kesian kat saleha...
Alamak.. Sedihnya ending dia... Kesian dekat saleha tu... Akak tgk kt utube ke kak
ReplyDeleteyes, alia.
Deleteutube je.
byk drama kita boleh pilih.
akak pilih tgk pelakon la :) hi hi...
Tak pernah tengok pulak cerita ni kak.
ReplyDeleteaduh sedih cerita ni...
ReplyDeleteBaca awal2 dah sedih. Ending dia lagi sedih rupanya :(
ReplyDeleteRasanya pernah tengok juga cerita ni. Sedih. Kena dera tu yang kesian sangat. Terfikir juga, kenapalah orang yang sempurna akal boleh fikir yg bukan-bukan dengan Saleha..
ReplyDeletekalau ada di youtube nak tengok la..
ReplyDeleteada je, abamkie.
Deletebyk drama kita boleh pilih dan tgk :)
Macam best la.
ReplyDeleteJalan cerita menarik.
waa Tasha Shila berlakon jadi org x cukup akal.. rare ni
ReplyDeletebest dia berlakon.
Deleteselalu nyer dia jadik yg lawa-lawa jer kan :)
kali ni lawa la juga, tapi kurang sempurna. nice.
Pandai Aida cerita balik hahaha.... Saya ni sejenis yg malas nak bercerita.
ReplyDeleteOhhh cerita ni cerita lama rasanya, sebab dah pernah tengok. Zaman Tasha Shila femes ni kot
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.