assalamualaikum 😊
ada masa di tgh mlm menaip di laman blog ni.
5-6 hari tak dpt nak mengarang cerita. apatah lagi nak upload gambar.
alhamdulillah, ada sedikit ruang nak berkongsi ilmu. moga beri manfaat.
ingat tak kes pembunuhan King Jong-nam di KLIA pada 13.2.2017?
disahkan bhw dia dibunuh menggunakan ejen saraf VX.
VX : ejen saraf yang tidak mempunyai rasa, bau dan sukar dikesan! pernah digunakan dlm peperangan. PBB mengkelaskan VX ni sebagai senjata pemusnah besar-besaran. hanya 10mg je diperlukan utk menyebabkan kematian melalui sentuhan kulit.
24 - 26.9.2019 hari tu, saya attend kursus 3 hari berkenaan dgn senjata kimia.
3 hari yg sgt bermanfaat.
3 hari yg sgt membuka mata.
dari tak tahu, menjadi lebih tahu dan sedar apakah tu senjata kimia.
yes la. sebelum ni hanya mendengar. 3 hari tu, kita belajar lebih mendalam.
Konvensyen Senjata Kimia (in English = Chemical Weapons Convention (CWC)) adalah satu perjanjian tentang kawalan senjata yg mengharamkan penghasilan, penyimpanan stok dan penggunaan senjata kimia.
Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (in English = Organisation for the Prohibitionof Chemical Weapons (OPCW)) mentadbir CWC. ini adalah sebuah organisasi bebas berpengkalan di the Hague, Belanda.
antara matlamat OPCW adalah nak musnahkan segala jenis senjata kimia utk keselamatan dan keamanan dunia. OPCW komited utk membantu negara-negara yg mewarisi senjata kimia bagi proses penghapusannya.
"we want to live in a world free of chemical weapons."
gambar hiasan😲 😓😓😓
diketahui umum bahawa senjata kimia ni digunakan sewaktu Perang Dunia Pertama dulu.
gas klorin.
gas mustard.
gas phosgene.
samada mangsa mati serta-merta, mati dlm keadaan yg seksa utk satu jangka masa atau pun hidup dlm keadaan yg tidak sempurna.
sehingga kini ia didakwa masih digunakan dlm peperangan! di Syria! benarkah?
Berita Harian
ada byk jenis senjata kimia ni. briefly :
- chocking agents : senjata kimia yg menyukarkan pernafasan.
- blister agents : senjata kimia yg akan nampak efek pada kulit. melepuh, terbakar! contohnya ialah gas mustard.
- blood agents : senjata kimia menyerap melalui saluran darah yg boleh menghalang penyerapan oksigen ke dalam sel seluruh badan.
- nerve agents : ni kalau setitik pun kat kulit kita ataupun terhidu skit, terus boleh buat otak kita berhenti berfungsi. gitu la lebih kurang... contohnya, VX la.
- riot-control agents : ni seperti gas pemedih mata la. kalau tiba-tiba ada rusuhan, ia digunakan utk meleraikan keadaan. ia tidak membunuh kalau dlm dos yg kecil. kalau byk byk tu, overdose, boleh jugak kot sesak nafas!
dan, dlm CWC, bahan kimia ni terbahagi kpd 3 jadual :
- Jadual 1 : 😲 bahan kimia yg sgt berbahaya, boleh jadik senjata kimia 😖
- Jadual 2 : 😳 precursors kpd Jadual 1
- Jadual 3 : yg ni adalah bahan kimia yg digunakan secara common dlm industri. tak kot dipanggil 'senjata', kan. hanya la bahan kimia.
di Malaysia ni, bahan kimia bawah Jadual 1 dan Jadual 2 tiada. 😀 alhamdulillah...
tapi, Jadual 3 ada - Petronas.
gini la. saya tak nak menaip lanjut secara teknikal sgt.
itu lah.
ini lah.
tak nak menaip terlalu ilmiah. semua di atas boleh dicari maklumatnya di internet.
saya bernasib baik sebab berkursus selama 3 hari mendgr penceramah dari STRIDE yg berkaliber.
then bila mencari maklumat lanjut di internet, lebih la kefahamannya.
apa yg saya nak share dlm entri ni adalah 👉👉👉 marilah sama-sama kita ada kesedaran tentang bahan kimia dan senjata kimia.
satu contoh ialah 2 kes yg sgt teruk baru-baru ni di Pasir Gudang.
😓😓😓 bukan sekali tau, 2 kali terjadi di Pasir Gudang. aduhai...
pembuangan sisa bahan kimia berbahaya oleh org-org yang tidak bertanggungjawab!
aduhai 😡😡😡.
brape ramai anak-anak di sekolah yg terbabit terjejas? sesak nafas. muntah-muntah.
ada yg dimasukkan ke ICU, kan.
ada sorang anak lelaki yg dpt penyakit selepas tu, kaki dia menggigil. tak boleh berjalan 😟.
apa kena-mengena saya & senjata kimia ni?
sesungguhnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia merupakan salah satu pihak berkuasa yg dilantik oleh Kementerian Luar Negeri bagi melaksanakan CWC.
pihak berkuasa yg lain ialah :
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
- Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
- Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
- Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Kementerian Sumber Manusia)
- Jabatan Perkhidmatan Farmasi (Kementerian Kesihatan)
- Jabatan Kimia
- Jabatan Alam Sekitar
- Polis Diraja Malaysia
- Lembaga Racun Makhluk Perosak
- Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)
ada kena mengena ataupun tiada, kita mesti ambil tahu.
apakah itu bahan kimia berbahaya?
kenapa bahaya? ada ke yg tak bahaya?
siapa yg kawalselia?
bila keadaannya bahan kimia bertukar menjadi sentaja kimia?
jenis-jenis senjata kimia?
orait... done share 😊.
moga memberi manfaat ye.
tak dpt byk, sikit-sikit pun jadik lah...
👌
26 Comments
Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat.
dah namanya bahan kimia mananya yang tak merbahaya.
ReplyDeleteubat spray nyamuk tu pun kalau main sembur suka2 hati boleh mendatangkan bahaya kan aida
yes. sgt betul.
Deletepenggunaan kena betul.
penggunaan pun kena ikut dosage yg dibenarkan.
lelebih, memang boleh pengsan kita!!!
Tq aida ats perkongsian ni..
ReplyDeletewahhh suka lah baca bab bab ilmu pengetahuan macam ni. thanks sharee kak. baru tahu.
ReplyDeletescary juga baca jenis jenis bahan/senjata kimia ni. moga kita semua dilindungi dari bahan kimia durjana ni aamiinn~!
seronok dik bila kita tahu lebih details.
Deletethen, start la jari jemari ni menggoogle tentang bahan kimia, senjata kimia, etc.
tambah ilmu.
tambah awareness diri sendiri.
so that, bila org bercerita or tgk movie ke, kita dpt la idea jelas, kan.
tak le confuse :) hi hi hi...
Bagusnya artikel ni sebab bagi info berguna pada pembaca tentang bahan kimia
ReplyDeleteSemalam dah komen rini kita singgah komen lagi hehehe . Bab bab senjata ni kita gerun gak dengar hahaha . Untuk pembelajaran kena la tahu jugak kan .. tq sharing.
ReplyDeleteIlmu yang bermanfaat.. Kalau disebar luaskan sangat bagus.. Pemahaman penting untuk semua.. Kes yang jadi kat pasir gudang tu memang menyedihkan.. Kerana sikap manusia tak bertanggungjawab, manusia yang tak bersalah menjadi mangsa..
ReplyDeleteHmm.menakutkan. zaman sekarang.mcm2 cara peperangan sebenarnya. Moga kita terus dilindungi
ReplyDeleteBesar impaknya kalau digunakan dengan cara yg salah. Sepatutnya ilmu & kepakaran kimia digunakan utk manfaat manusia. Ni dah jahat, buat jadi senjata. Kesian orang yang tak bersalah. Thank u atas perkongsiannya.
ReplyDeleteBahan kimia ni memang bahaya kalau kita tak tahu cara penggunaanya. Biasa sesetangah orang kat rumah simpan ikut done je. Bahaya tu, apa lagi kalau ada anak kecil
ReplyDeleteRisau betul bab bahan kimia berbahaya ni. Yela, rakyat marhaen macam kita ni bukan tahu sangat bezakan. Takde ilmu dalam bidang tu.
ReplyDeleteterkedu jap baca hahaha baru tahu pasal benda ni anyway thank you for sharing!
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ini, macam-macam info kita dapat tahu pasal senjata kimia. Kalau tengok TV je kita taktau apa-apa sangat pasal info senjata ni
ReplyDeleteMacam-macam ada. Baru tau. Info bagus sebab tak pernah tau senjata kimia ni.
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi ilmu Aida... kesiannya negara yg dlm zon peperangan kan. Tak boleh nak lari. Sedihlah
ReplyDeleteMakin maju makin mudah nak ambik nyawa orang.. guna senjata kimia je kan. Dapat ilmu baru tentang bahan-bahan kimia ni. Sekurangnya kita ada pengetahuan serba sedikit tentangnya
ReplyDeleteTakut ooo bahan2 kimia ni..lbh2 lagi bila dibuat senjata. Moga negara kita terhindar dr pekara2 yg x diinginkan
ReplyDeleteBagusnya info ni. Menarik. Suka baca info-info macam ni. Thank you share.
ReplyDeletePerang dalam pelbagai segi . Faktor keselamatan juga harus diperketatkan dalam pelbagai aspek. Zaman makin moden dan kecanggihan teknologi membuatkan manusia semakin berani mencuba
ReplyDeleteTerima kasih atas ilmu baru ni. Banyak juga dengar cerita dan kisah tentang penggunaan senjata kimia ni. Memang bahaya!
ReplyDeleteEntry kali ni a bit complicated nak faham. Banyak sangat term science dia. Tp ilmu yg bagus dikongsi. Tq!
ReplyDeleteBagus prkongsian mcm ni. Sekurgnya org luar tau juga pekerjaan ada kene mengena dengan kimia.. Yang sisa toksik tu mmgla kejam..
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletemasa kes Kim Jong Nam diserang bahan kimia dekat airport tu, sy kerja dekat airport kot masa tu. memang kecoh betul satu KLIA2 masa tu. tak sangka, org tu merupakan salah satu org penting North Korea
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.