assalamualaikum 😀 
salam dihulur di pagi Jumaat. alhamdulillah, cuaca pagi ni molek aje.

ni sedang marathon siapkan keje hakiki. dah nak 2020 ni. nak perabih keje 2019.
hari ni kan balik kul 12 tghari. yahoooo... lunch break yg lama.
plan nyer tghari ni nak balik masak utk dinner.
so, ptg karang tak la kelam-kabut nak balik rumah.
boleh dinner awal.
rehat awal.
tido awal 😄...

terkenang kisah Jumaat lepas.
korek-korek phone, ada plak gambar sebagai bukti.
tghari tu, balik rumah... sempat singgah SpeedMart, beli aiskrim utk anak-anak kat rumah.
Walls Cornetto Chocolate menjadi pilihan.
coklat is all time favourite anak-anak saya la.

Walls Cornetto Chocolate | Menceriakan anak-anak...

Walls Cornetto Chocolate | Menceriakan anak-anak...

saya ni jenis ibu yg menyekat pemakanan anak-anak when it comes to makanan segera, makanan / minuman manis, yg terlebih msg dan sebagainya 😆.
kesian lah anak-anak saya ni.
nak beli aiskrim pun kekadang saya sekat. tak boleh selalu.
2-3 bulan sekali kalau gi beli brg dapur, saya beli la sebekas aiskrim Walls Triple Chocolate tu.
hadap la sebekas tu beberapa hari.

tu la kan.
Jumaat lepas tu, saya sampai je kat pintu rumah, terus pass plastik kat tgn kak Nurin.
"nah, bu belikan korang cornetto...".
ketiga-tiga diorang punyer lah happy 😍😍   ðŸ˜‹ðŸ˜‹.
"wah, ibu belikan aiskrim lah..."

alahai anak-anak, aiskrim 2 hinggit jer pun dah boleh buat diorang senyum sampai ke telinga.
😍😍😍