assalamualaikum 😀
salam dihulur di pagi Jumaat. alhamdulillah, cuaca pagi ni molek aje.
ni sedang marathon siapkan keje hakiki. dah nak 2020 ni. nak perabih keje 2019.
hari ni kan balik kul 12 tghari. yahoooo... lunch break yg lama.
plan nyer tghari ni nak balik masak utk dinner.
so, ptg karang tak la kelam-kabut nak balik rumah.
boleh dinner awal.
rehat awal.
tido awal 😄...
terkenang kisah Jumaat lepas.
korek-korek phone, ada plak gambar sebagai bukti.
tghari tu, balik rumah... sempat singgah SpeedMart, beli aiskrim utk anak-anak kat rumah.
Walls Cornetto Chocolate menjadi pilihan.
coklat is all time favourite anak-anak saya la.
saya ni jenis ibu yg menyekat pemakanan anak-anak when it comes to makanan segera, makanan / minuman manis, yg terlebih msg dan sebagainya 😆.
kesian lah anak-anak saya ni.
nak beli aiskrim pun kekadang saya sekat. tak boleh selalu.
2-3 bulan sekali kalau gi beli brg dapur, saya beli la sebekas aiskrim Walls Triple Chocolate tu.
hadap la sebekas tu beberapa hari.
tu la kan.
Jumaat lepas tu, saya sampai je kat pintu rumah, terus pass plastik kat tgn kak Nurin.
"nah, bu belikan korang cornetto...".
ketiga-tiga diorang punyer lah happy 😍😍 😋😋.
"wah, ibu belikan aiskrim lah...".
alahai anak-anak, aiskrim 2 hinggit jer pun dah boleh buat diorang senyum sampai ke telinga.
😍😍😍
15 Comments
sama. Ayu pun jajan yg manis2 ni..memang dikurangkan. sesekali dpt tu, memang suka la.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Mereka gembira dapat aiskrim.
ReplyDeleteSedapnya ice cream
ReplyDeletewaalaikumussalam. lazat dinikmati sehingga ke gigitan terakhir ^_^
ReplyDeleteini bukan anak² je ceria, mak² pun ceria juga ni:)
ReplyDeletebetul tu sis, anak-anak saya pun suka aiskrim tapi takleh bagi selalu. Selalunya kitaorang layan aiskrim McD yang seringgit tu, puas makan pun ye. Tapi kalau tengok kerap sangat diaorang nak, kita kasi tazkirah kesihatan pulak hehe
ReplyDeleteAnak2 dapat benda kecik2 pun dah happy kan.. tu belum yg harga mahal lagi.. hihi
ReplyDeletesemalam un pun hadiahkan conetto ni kat anak2 ..sbb dah lama x bgi mkn ais cream ...rewards them dgn conetto
ReplyDeleteBila anak-anak dah belajar menghargai, kita pun sama naik seronok tengok diorang seronok 😊. Small things that capture our heart ❤️
ReplyDeleteSedap aiskrim cornetto! Lama betul rasanya tak makan aiskrim cornetto ni sebab biasa beli dalam bekas besar tu je
ReplyDeletesedapnya cornetto.. Lama pula tak makan..
ReplyDeletememang ceria kalau dpt ni.. lebih2 lagi kalau percuma.. hehe
ReplyDeleteAiskrim. Cornetto memnag anak anak suka. Mak pun join sekaki hehehe
ReplyDeletebagus jugak kawal pemakanan. Biar gigi tak rosak
ReplyDeleteNi favourite mama Ni. Selalu beli hihi
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.