assalamualaikum 😉
salam sejahtera...

baru sempat pilih and edit gambar cuti-cuti keluarga ke Menara KL  - 21.12.2019 lepas.
cuti sekolah wajiblah sepupu-sepupu bersama bergembira.
considering mak-mak dan pak-pak semua busy kerja, busy balik kampung mertua, weekend akhir-akhir di tahun 2019 baru sempat nak gathering and jjcm KL.

ayah-ayah semua tak follow.
ni rombongan cik kiah ke KL - kami 4 org adik-beradik pompuan jer dan anak-anak 7 org semuanya.
lebih selesa la kami-kami je yg bawa anak-anak. mudah bergerak. 
mudah jugak berborak 😄😄😄.

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam
sebelum bertolak ke Stesen MRT BTHO, rombongan cik kiah ke KL bergambar dulu.

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam
kul 7.30 pagi : another gambar rombongan di Stesen MRT BTHO 😄

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam
hamboi... bukan main merah lipstik 😄😄😄 

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam
 ni kanak-kanak berdua ni memang di luar kawalan.
😳 kami yg lain perhatikan jer 2 kanak-kanak ribena ni...

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam

pagi tu kami ramai-ramai naik mrt ke Pasar Seni from BTHO.
every year memang amik peluang bwk anak-anak naik pengangkutan awam.
kecoh-kecoh. bising-bising. kelam-kabut.
tu semua our style lah...
naik keretapi (mrt lah tu!) dan naik bas. maklumlah, anak-anak kami sgt jarang naik pengangkutan awam.
tak mcm kami-kami zaman remaja dulu, 😀 gi sekolah pun naik bas awam.

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam

sesampainya kami di Stesen MRT Pasar Seni, kami terus ke Hab Pasar Seni - to grab bas percuma Go KL Purple Line ke Menara KL.
sgt beruntung org KL sekarang. Go KL ni sgt bagus. org tak brape ramai.
sgt la selesa. bersih! 👍👍 percuma plak tu. wow 😎  😍!!!

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam

first time saya tahu tentang Go KL ni. tq lah to my kak Ngah.
if not, jadi la rakyat Malaysia yg tak tahu wujudnya kemudahan ohsem ni 😎   😄.
sempat la buat kajian secara rambang dlm beberapa minit kat situ - kami naik Purple Line. 
ada yg lain ke destinasi yg lain-lain sekitar KL - Green Line, Blue Line dan Red Line. tu je kot rasanya...
kekerapannya pun amat memberansangkan!
sepanjang perjalanan saya, berselisih dgn byk bas Purple Line yg lain. beza 10 - 15 minit jer kot.

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam

tak jauh pun dari Hab Pasar Seni - few minutes only.
antara tu ada 3 stops.
tak lama kami dlm bas. kebetulan trafik pada 9 pagi (lebih kurang la) Sabtu tu amat lah ok.
tapi, time kami balik tghari nyer, 12.30 tghari (lebih kurang) trafik sederhana berat - di Pavilion dan near Pudu Sentral & Kotaraya.

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam
rambut naik sekolah 2020 😍😍😍

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam
rombongan cik kiah sedang berjalan ke Menara KL melalui Bukit Nanas.
at first kami agak blurrrr selepas turun dari bas - mana pintu masuk Menara KL ni??!
sib baik la ada abg pekebun yg sedang menyapu di tepi jalan. dia la yg guide kami. tq 😍.

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam
saya snap gambar anak-anak ni sewaktu kakak-kakak saya sedang bertanya dgn abg pekebun tu.
very the clear Menara KL dari situ. anak-anak semua dah excited!

seriously, sgt la mudah nak berjalan di KL. saya sgt banggadgn perkembangan dari segi kemudahan pengangkutan awam di KL.
knowing the fact that KL sgt jem! kereta, ya Allah, sgt byk! 
parking lot? sukar. if ada, bayaran sgt mahal.
bila da gini, ada mrt, lrt, monorel... ada plak Go KL, bas percuma ni - wow!
golongan yg kurang berada pun mampu dan selesa bekerja di KL. jimat byk masa dan duit.
terbaik!

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam
selesai kami di Menara KL, kami lepak lunch di Central Market.
wow! sgt berubah la CM dari dulu kala. kagum 😲    😍.

Kembara ke Menara Kuala Lumpur menaiki pengangkutan awam
di Pudu Sentral, menghala ke Hub Pasar Seni. Kota Raya, KL.
tghari tu, anak-anak diam aje semua dlm bas. Izzat di pangku saya, senyap.

walaupun tghari tu trafik jem, terutama di Pavilion dan near Pudu Sentral & Kotaraya, saya rasa tenang je.
dpt melepaskan penat berjalan kaki gi balik dari Menara KL... dan dapat tgk KL yg lama ditinggalkan.
rinduuuuu...
6 thn kot dulu kala dok KL, belajar. bercinta 😄. KL la tempat dating ha ha ha ha...
dating. shopping. lepak...
Pudu Raya - naik bas balik kampung.
Bangkok Bank - tempat tunggu bas nak balik campus kat Gombak.
Kota Raya - beli kasut. beli baju. beli beg.

💗💗💗

orait. part 2 nanti menyusul - hutan simpan Bukit Nanas @ Taman Eko Rimba KL.
tq for reading 😊.