assalamualaikum 😊
salam sejahtera...
selamat kembali bekerja ye hari ni.
or ada yg extend cuti? maka, selamat berehat la ye.
saya bersiaran dari ofis ni hah. ada kojo ko, takdo kojo ko, setiaku di ofis 😄.
nak la kongsi perihal makan-makan plak pepagi ni.
hari yg sama kembara Menara KL ari tu, ptg nyer plak kami ramai2 dinner di Restoran Xinjiang Mee Tarik, Bangi.
recommended by adik saya. dia kerap makan di sini bersama keluarga.
dekat sgt dgn tempat kerja asben nyer.
dari kiri : Syuhada, Ayuni & saya.
dah nak sama tinggi anak-anak dan ibu nyer. aduhai 😅.
lokasi : Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
yg best, air percuma. air nya plak mcm2 ada. terbaik 👍.
"Spend min RM7.80 to get a FREE drink."
dumplings ayam / daging tu 4 tray tau kami order 😍.
anak-anak berebut-rebut makan cicah kuah tu. fikirlah sendiri sedap ke tak kalau dah kami order hingga 4 tray.
then sate kambing tu not recommended lah 👎. order utk mencuba. nasib baik order 2 batang je.
kami ramai. maka kami cuba semua menu yg best.
makan sama-sama. tukar-tukar pinggan dan mangkuk. meriah!
semua menu ni, kena la try sendiri. then baru la tahu sedap ke tak.
lain lidah, lain tekak, lain penerimaannya.
kami order byk gitu, try satu-persatu ada yg kurang dan ada yg menjadi pilihan.
tapi, semua sedap la. tak rugi rasa-merasa.
yg paling cepat habis ialah - dumplings 👍👍👍.
meriah la anak-anak kami minum air. sekejap air suam. sekejap air sarsi.
yg paling best, kami emak-emak minum teh cina panas (lupa nak tanya pe nama sebenarnya teh cina ni 😅). sedap nyer lah.
air sejuk ni tak hilangkan dahaga!!!
tekak dilalukan dgn air suam-suam panas, nyaman.
lom rasa?
lom singgah?
gi la singgah bagi yg dekat-dekat Bangi tu. best!
👌 😋
35 Comments
sedapnya tengok! Kalau dumpling yang paling cepat habis, maknanya yang paling sedap la tu. Boleh try ni nanti
ReplyDeletenice, fana.
Deleteinti nyer sgt sedap, then sesuai dgn sos pencicah.
mostly dumpling tu anak-anak yg berebut tau.
kami mak-mak rasa seketul dua aje :) ha ha ha ha...
pi rmi2 bole cuba order menu lain2 ..bole sama2 rasa kan
ReplyDeleteyes. tu la cara kami biasanya.
Deletefirst time kan. mesti nak rasa semua menu hot yg ada :)
Samalah kalau pergi sekeluarga kalau belum cuba menu baru akan tukar-tukar rasa.
ReplyDeletePernah makan mee tarik warisan je.
mee tarik warisan aida tak pernah rasa plak, NA.
Deletekat mahkota parade ada kan satu outlet nya?
mcm pernah nampak.
owh..halal yer..blh la try nnt
ReplyDeleteteringinnya nk merasa dumpling tu.. sedap je nmpk.. haha
ReplyDeletetak minat sgt chinese food tapi nampak sedap juga makanan dia :) |♕ Tiara Sapphire ♕
ReplyDeletecuba dulu.
Deletemana la tau pastu minat :)
aida & asben and the whole famili side aida, kami minat chinese food.
menarik nih, nanti kalau ke bangi jenguk paksu boleh la ajak ke kedai nih pulak
ReplyDeletesedappnyaa mee tarik tu..rabia belum pernah rasa lagi mee tarik tu
ReplyDeletewaalaikumussalam. teringin nya nak cuba sebab belum pernah makan mee tarik ni. hehe
ReplyDeletesemua menu pun nampak menarik. yg penting..anak2 pun happy!
ReplyDeletedumplings tu nampak sedap..
ReplyDeleteWaaahh.. teliur pulak tengok makanan dia.. kat kuantan ada mee tarik jugak.. sekali sekala tukar selera best jugak. =D
ReplyDeletesis, tolong share kat saya, kat mana sis tempah buat template blog sis? cantik laa... saya suka! =D
boleh contact --> www.maisarahsidi.com
Deletehari tu balik Bangi nampak da kedai ni.. tp kawasan tu time ptg2 jem sokmo malas hadap hehe..
ReplyDeletenanti nak p try. ct ngan mak suka jugak mee tarik =D
kami gi ni time weekend. and lewat ptg.
Deletedekat sgt dah dgn maghrib masa tu, siti.
tu yg maybe tak ramai umat manusia sekitar situ :)
memang ye pun. situ kereta byk selalunya.
tengok je dah nampak sedap :)
ReplyDeletemama tak penah makan lagi mee tarik. tetiba teringin plak
ReplyDeleteAlaaaa...dah la tengah diet....tengok plak entry ni....lapar...
ReplyDeleteLama dah tak pegi area bangi.kalau ada keje area kl memang suka duk bangi. Bolehla cuba nanti mee tarik ni
ReplyDeleteDumpling is my favourite too. Selalu order kalau pergi kedai dimsum
ReplyDeleteYeah! I dined here before. Not so bad lol. Thank you for sharing. Have a good day.
ReplyDeletedah lama tak makan mee tarik.. sebelum ni selalu jugak makan waktu tinggal area sungai besi tu.
ReplyDeletebanyaknya menu mee tarik yg sedap2 dan membuka selera dgn harga yg berpatutan.. kena cuba nie..
ReplyDeleteBiasa cm gini. Sebab hati nak rasa semua, so suruh membe order lain2. Then boleh ngecek sikit. Dumpling mmg faveret. Lama tk pi bangi. Dulu blaja sana.
ReplyDeleteNi memang favorite spot me and my husband! Murah sangat siap dapat free refillable air lagi!
ReplyDeleteKat bangi banyak restoran makanan yang sedao. Salah satunya restoran xinjiang mee tarik. Kena cuba ni.
ReplyDeleteUittt sedapnya mee tarik. Lama dh tak pekena mee tarik. Kat area umah sis tak ada..teringin selalu le setapak..now sana dh tutup..huhuhu
ReplyDeleteLama tak makan mee tarik. Kenyang kan makan. Hehe. Tak pernah cuba lagi dkt restoren ni
ReplyDeleteiza suka mee tarik. biasa makan yang mee tarik warisan tu je. tak pernah lagi try yang ni. menu-menu lain pun nampak macam sedap je.
ReplyDeleteLaa kat kampung saya je ni. Seksyen 9 Bangi.. boleh la nak try ngan husband. Air panas tu mesti yg teh cina tu kan...
ReplyDeleteMusim quarantine ni bila tengok gambar-gambar macam ni memang tak blh sgt la. Rindu nak makan masakan luar. Hahah
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.