assalamualaikum 😉.
salam sejahtera. selamat pagi.
hari ni saya nak share tentang SEDEKAH SUBUH.
lama dah saya save info ni dlm folder draft. maka, saya tak ingat di mana saya copy & paste.
namun, saya percaya, perkara yg baik bila disebarkan and dimanfaatkan, pahala penulis asal akan bertambah.
bersama la kita menjana pahala, kan 😌😌😌.
👉 SEDEKAH SUBUH adalah sedekah yg diberikan pada waktu subuh. lebih baik ia dilaksanakan sebaik saje seseorang itu selesai solat subuh. pendekatan sedekah ini dilaksanakan secara istiqomah selama 40 hari berturut-turut dengan memasukkan duit ke dalam satu bekas @ tabung.
👉 jumlah duit yg hendak dimasukkan adalah terpulang mengikut kemampuan. rm5. rm1. 20 sen. sedikit atau byk tidak memainkan peranan. keikhlasan hati tu yg lebih penting. time masukkan duit tu, jgn la lupa berdoa kepada Allah apa-apa yg kita nak 😌.
selain dari tu, dari pembacaan saya, tak semestinya masukkan duit dlm tabung.
kalau la suami kita memang setiap pagi ke surau, solat subuh berjemaah, adalah lebih baik suami kita masukkan ke dlm tabung surau.
pun sama juga pergi nya. bersedekah ke jalan Allah.
sehingga certain amount or certain masa, kita sedekahkan kesemua duit dlm tabung kpd yg selayaknya.
praktikal.
👉 hikmah SEDEKAH SUBUH ni amat besar bagi saya. dari pembacaan saya, malaikat keluar bersama matahari pagi dan akan mendoakan org yg bersedekah dengan limpahan rezeki yg melimpah ruah. dan, mendoakan org yg tidak bersedekah dgn ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Allahu Akbar. 😔😔😔 kenapa la saya melewat-lewatkan amalan yg baik ni? aduhai...
sedia maklumlah kan.
pagi hari mana lah kita nak mencari fakir miskin, anak yatim piatu.
maka, praktikal la kita masukkan / asingkan sejumlah duit ke dlm tabung.
sampai time, kita salurkan duit tu kepada yg sepatutnya menerima 😌.
then, cara kita nak menyalurkan tabungan duit sedekah subuh kita tu pun, tak semestinya secara tunai.
apa kata kita bagi kpd makcik kantin, masakkan utk murid-murid.
atau, beli makanan dan bawa ke ofis. 😉 sarapan pagi, minum ptg?
bergantunglah kpd brape amount duit kita pada ketika itu.
bagi org makan pun salah satu cara bersedekah. cara ni is feveret saya. mudah.
apa yg penting, ketatkan dulu amalan wajib yg lain - solat. puasa. zakat.
tu utama, sedekah ni suplemen jer.
jom.
SEDEKAH SUBUH bermula pagi esok.
😌
12 Comments
Terima kasih at as perkongsian.
ReplyDeletesedekah memang sebaik-baik amalam...
ReplyDeletesubhanallah.. seronok mama baca.. insya allah aida
ReplyDeletealhamdulilah, perkongsian yang menarik
ReplyDeletepernah baca ni tapi dah lupa. thanks share sis
ReplyDeleteXpernh cuba lgi.. InsyaAllah akan cuba
ReplyDeletewaalaikumussalam. alhamdulillah tahun ni memang nekad. tahun lepas culas sangat T_T
ReplyDeletealhamdulillah.. boleh amalkan.. insyaAllah.. =)
ReplyDeleteInsya'Allah tq sharing :)
ReplyDeletePerkongsiang yang menarik.. Boleh diamalkan.. InsyaAllah..
ReplyDeleteKdg entry cmni patut sllu up kdg2 lupa d atas..bla dah merasa dkt bwh ahh bru nak beringat...tq perkongsian nya sis aida
ReplyDeleteterima kasih kerana mewar-warkan amalan SEDEKAH SUBUH hasil penulisan saya ...dan saya respek puan kerana menyatakan dengan jujur bahawa puan telah mengambilnhya dari sumber yang puan tidak pasti tetapi mendoakan penulisnya ...ini adab orang yang mengambil ilmu...alhamdulillah. Didoakan agar terus cemerlang dunia akhirat. sila layari page kami Sedekah Subuh dengan logo hijau putih dalam bulatan.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.