assalamualaikum 😊
kembali bersiaran.
beberapa hari tak blogging - 😄 holiday ke Bangkok.
siang tadi baru selamat jejak kaki di rumah ni.
alas kaki yg gojes beli di Romantika.
alas kaki luar rumah pun mesti gojes, kan 😍 😄.
sgt la bersyukur sebab balik rumah dgn selamat. setelah 4.5 hari berjauhan dgn keluarga.
kembali ke pangkuan mr.asben dan anak-anak. rindu!!!
dpt peluk Ijat. cium Ijat... rindu!!!
dpt tgk muka kakak-kakak Ijat. peluk diorang. rindu!!!
then, wajiblah jengah taman mini di tepi sliding door.
💙💚💜 taman mini ros jepun ku yg menyamankan fikiran.
4.5 hari ku tinggalkan korang. sihatkah ros jepun ku?
3 pasu ni adalah ros jepun paling awal saya miliki. kira nyer ros jepun otai ler ni.
beli dari kawan - RM30 tunai 😊. kawan jaga sampai subur anak-anak pokoknya, baru la diberikan kepada saya 👌.
2 pasu - ros jepun carnation.
1 pasu - ros jepun duna / selapis.
pelbagai kaler tau 😍 indah bila time diorang kembang.
sgt la cantik ciptaan Allah ni, kan?
sekarang ni saya sedang survey rak kayu yg cantik dan affordable utk letak ros jepun saya.
nampaknya semakin byk dah ni. sedang giat saya biakkannya.
ada plan utk hiasi laman saya dgn hanya pokok ros jepun ni. kecil. warna-warni. akan nampak manis jer la laman saya.
2 gambar ni 👆 saya snap pagi-pagi sekitar jam 8 - 9 pagi beberapa weekend yg lepas, tak ingat bila...
pagi-pagi saya siram. belek. dah start nak kembang. tu yg amik peluang snap gambar 💜. hari kerja memang tak dpt la snap gambar kan.
3 pasu otai ni dah pun saya kerat-kerat utk replant.
dah masuk kali ketiga saya kerat utk replant. dah byk pasu kecik-kecik saya biakkan ros jepun ni.
batang yg dah dikerat tu, saya rendamkan dulu dlm secawan air.
bagi berakar dulu. then only saya tanam dlm tanah. tanah hitam biasa je.
nanti la saya tunjukkan prosesnya ye 😉.
batang yg dikerat - da segar semuanya membesar mengeluarkan bunga 😊😍.
ok. time to 😴😴😴.
jam dah pun tunjuk kul 10.25 mlm. dah terlebih 25 minit waktu tidur saya.
pen off di sini ye.
bye!
16 Comments
Comel ros jepun tu. Selamat malam.
ReplyDeleteSenang tanam
ReplyDeleterajin berbunga
colourfull
cantik dan menawan
yes betul.
Deleteindah.
wah holiday bangkok...cantik la tmn mini dia
ReplyDeleteBunga-bunga segar menjadi terapi rindu tuannya.
ReplyDeletecantiknya...ila minat la jugak...senang jaga tak
ReplyDeletesgt senang jaga, ila.
Deletesiram air jgn byk sgt. sekali pagi. sekali ptg. skit skit jer.
tahan panas plak tu. tak la perlu shades sgt.
tak siram 2-3 hari pun still ok :)
cantiknya kak... dana pun ada tanam bunga rose jepun ni, mudah nak bela mudah nak biakkan.... nak jaga pun mudah kan...
ReplyDeletecantik betul bila ada banyak color gitu kak
kan.
Deleteyg senang tu la yg best :)
cantik-cantik plak tu.
pokok yang paling senang nak jaga tapi tak larat nak kerat untuk replant sebab banyak sangat hahaha
ReplyDeleteyes. cepat membiak. and tak boleh lambat kerat.
Deletenanti tua. tak cantik berbunga :)
aida beli byk2 pasu kecik2 kat family store.
Cantik je. Suka bab bab deko ni.
ReplyDeleteCantik-cantik bunganya.. Terapi minda..
ReplyDeleteseronok ada taman comel macam ni. boleh rileks tenangkan fikiran
ReplyDeletewaalaikumussalam. cantiknya taman mini. tumbuh segar bugar ^_^
ReplyDeletecantiknya.. kalau mama abis laa mesti kurus kering pokok ni
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.