assalamualaikum...
😊 salam sejahtera.
nak share resepi.
hah hah hah... sebelum membawang, mari saya jelas kan ye.
yes, saya kalau masak, minyak memang byk. byk tu tak la byk over the limit.
semua gambar masakan saya confirm minyak tu meladung dlm pinggan.
sekadarnya, sesuka hati saya, sepuasnya. tapi bila mencedok lauk tu, kami toskan minyaknya.
minyak baru ye bila saya masak. never never pakai minyak berulang.
terutama bila buat sambal / goreng berlada - rasa best bila menumis tu, minyak terbit 😍😍😍.
resepi ni adalah resepi kawan.
gi rumah dia, makan and saya jadik 😳😳😳. sodap bona ni!
terus ler tanya resepi. and buat.
anak-anak sgt suka. makan bertambah 2-3 pinggan nasi. best!!!
alhamdulillah...
RESEPI : Ayam Goreng Kunyit Berlada
1 . ayam 👉 garam kunyitkan dan goreng.
2 . bawang merah + bawang putih + cili merah + cili hijau 👉 kisar halus.
3 . kacang panjang 👉 potong panjang-panjang sesedap mata memandang.
4 . halia 2cm 👉 ketuk skit
5 . asam keping
Firstly, bahan kisar tu dan halia ditumis. terbit minyak, lada garing cantik.
Secondly, masukkan terus ayam goreng tadi dan kacang panjang. gaul rata. tak perlu lama tau. karang terlebih masak plak kacang panjang!
Lastly, campakkan asam keping dan perisakan dgn garam dan gula 😋.
SIAP!
byk mana bawang ke, cili ke... tu saya rasa bergantunglah kepada byk mana ayam kita ada.
byk mana sambal yg kita nak.
bebas. tak terikat sgt la dgn jumlah bahan. sesedap rasa, sesuka hati kita tukang masak 😃.
simple, kan 👍.
cepat.
NOTA KAKI : last weekend tak dpt nak baking mcm yg di plan 😔. terbantut dek 2 faktor - Melaka takde air. bila ada air, telur plak tinggal sebiji!!! 😠 sendiri stress...
😉

9 Comments
certain menu sedap minyak byk hehe
ReplyDeleteLately ni mmg cari resepi yang simple, mudah dan campak2 je dah siap..selalunya SA cipta sendiri la ikut tekak..hahaha
ReplyDeleteMemang kena guna banyak minyak untuk masak sambal.
ReplyDeleteTake boleh buat hari lain kek tu.
sedapnya kak, sesuai sangat dengan tauge tuh... dana suka masak simple gini
ReplyDeletealahai..sedapnya.. thanks sharing resepi..:)
ReplyDeleteSedapnya! Tercari2 resepi nak masak Rabu malam sebab hari Khamis turn juju kena bawa bekal ke pejabat utk geng lunch punya lauk giliran. TQ
ReplyDeletenice sharing, aritu ada juga cari resepi ni,,hehe :)
ReplyDeletemasak macam ni yang penting masa tumis cili bawang semua tu. kalau kejadian elok, elok la masakan. kalau terhangit memang rasa nak buang kuali luar tingkap. huhu
ReplyDeleteMakan dengan nasi panas2. Fuhhh hilang diet. Hihi
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.