assalamualaikum 😀 salam sejahtera.
last 2 weekends saya sefamili ni ke kelantan, stay 1 mlm di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Putih.
last minute plan. kebetulan kak Nurin takde kelas tambahan on Sabtu. alhamdulillah.
mr.asben ada keje di Kelantan.
kami semua temanlah. maka. mr.asben kena belanja kami dok hotel yg ohsem la kan 😍.
resort ni di tepi pantai Bisikan Bayu.
pantai yang panjang, luas dan indah...
buat kami yg dtg dari sebelah barat Malaysia, memang sgt menghargai kecantikan pantai di pantai timur ni.
tak sama...
tak serupa...
sape tau kenapa, tau jer la kan 😎.
dah lama berhajat nak stay sini. akhirnya mendpt 😎. best!
hotel bersih. luas. indah.
kebetulan kami dtg menginap di musim bukan cuti sekolah or cuti umum, memang lengang la kawasan persekitaran.
boleh la snap gambar sesuka hati 😃.
sampai kat luar je dah terasa bahagia. lom lagi masuk ke bilik kami nak bermalam.
ok ke?
kurang ok ke? 😒
bertolak dari Melaka sebelum subuh, tiba di resort dlm jam 2 ptg, hmmmm memang semua nak melurus jer la kan.
Izzat dah excited nak swimming!
Izzat excited bila tgk bilik mandi boleh dilihat dari ruang tidur 😀.
"Syuhada mandi, Ijat boleh tgk ha ha ha ha ha ha". bukan main besar gelak dia time tu, menyakat kakak-kakak.
bila saya tutup je bidai, 😂 menjerit diorang 3 beradik.
kesemua bilik-bilik di resort ni mempunyai view yg indah dan menyamankan.
yes. kedudukan resort ni kat di lagoon 👇.
kedudukan Tok Aman Bali Beach Resort (satellite view) 👆 dapat mana-mana bilik, pasti dapat view yang sangat ohsem.
nice kan view dari bilik. aman. tenang. memang sgt sesuai utk kami yg ke mari nak bertenang.
tidak bising dgn bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya.
sepi yang membahagiakan semua yg dok sini.
last minute reservation, saya direct di website resort - RM245 with 3 breakfasts.
👌 great offer.
the next morning, kami sarapan di cafe resort.
bayaran tambahan utk Syuhada RM28 dan Izzat RM14.
makanan yg sedap. ada nasi hujan panas dgn kari ayam yg sgt sedap! 😋
juga cicah dgn cekodok.
wow! sarapan pagi yg mengenyangkan dan menyenangkan.
nak ke cafe pun sempat bergambar di sana sini ruang cantik resort 😄.
my 💚💚💚
kesayangan kakak 💙💙💙
ha ha ha ha bagi la peluang sesekali ibu posing kat buaian gantung ni 😄.
berlatarbelakangkan swimming pool yg luas 👍.
ehem ehem 😍
kali ni kami ke kelantan memang stay di hotel saje.
takde ke mana-mana pun. just enjoy jalan-jalan sekitar hotel.
sebelum-sebelum ni, saya akan hanya stay di holiday villa hotel, kota bharu. sebab dlm kepala sibuk lah nak shopping kat wakaf che yeh 😄.
musim-musim Covid-19 ni, tak nak la shopping shopping. ikat diri dari shopping!!!
so, tok aman bali beach resort ni memang sgt tepat dgn apa yang saya plan.
lepak dlm area resort pun sgt puas hati!
😃😃 👌👌
... to be continued - Part 2.
29 Comments
wahhhh bestnya kak, dana tak pernah sampai lagi kelantan tau... bila lah nak ke sana agaknya
ReplyDeletecepat jugak akak sampai yek, tapi yelah tak jem apa semua kan...
cantik betul resortnya tu, seronok la siap ada bath tub bagai... sempat lagi si Izat nak ngusik kakak-kakaknya ye...
dana kalau balik kampung Edy memang akan lepak pantai je kerjanya... almaklum tempat dana ada laut yang berselut takde yang pasir cantik gini
sama la kita, dana.
Deletekampung akak tepi laut.
tapi pantai dan air lautnya haruuu!!!
nak berenang pun seram :) ha ha ha ha...
Besar bilik tidur.
ReplyDeleteSarapan pagi pun macam mewah dengan nasi hujan panas macam untuk makan tengahari.
yes. bilik tidur nya is sgt selesa.
Deleteconsidering aida ni anak ramai, sesuai la kan.
Nanti pergi ke sutra beach resort pulak ya kak
ReplyDeletewaalaikumussalam. sangat menarik tempat nya ^_^
ReplyDeleteSeronok nye dapat bercuti dengan keluarga. Lagi-lagi tepi pantai cantik macam ni. Nurul pernah stay dekat Tok Aman Bali ni. Memang puas hati.
ReplyDeleteCantiknya view T_T
ReplyDeletePaling suka hotel yang ada tab mandi. Sebab selalu suka berendam dan pasang lilin sambil membaca waktu anak sudah tidur.
ReplyDeleteaduh. best nya if berpeluang, elly.
Deleteaida ni satu hal, tido dulu dari anak-anak :) ha ha ha ha...
tak sempat nak berendam dlm bath tub releks releks.
Assalamualaikum sis Adianiez, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.
ReplyDeleteSangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI
Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.
wau.. bestnya . kite pun dah lama usha resort tu... cuma tak berkesempatan lagi... tq share....
ReplyDeletegi tau. luas. cantik. suasana damai. ada laut kat depan.
Deletebilik bersih.
terbaik lah...
Tak pernah lagi ke sini. Cantik tempatnya kak.
ReplyDeleteI wish to travel now haha! btw Tok Aman Bali Beach Resort looks like a good place to relax with loved ones in future
ReplyDeletebelum pernah sampai. saya kalau bercuti pun suka stay area hotel je. or duduk dalam bilik je. kata cuti nak berehat kan haha
ReplyDeleteingt ke pergi time pkp ni hehe. tak pernah lagi saya ke kelantan. lepas covid ni dh pulih bolehlah cuti2 malaysia
ReplyDeleteCantiknya tempat ni. Teringin nak kesana. Nanti nak plan la lepas #MCO.
ReplyDeleteHotel dia not bad. Bilik nampak besar, kemas dan bersih. Dekat dengan pantai pulak tu.
ReplyDeleteTengok gambar pun dah cantik. Apa lagi kalau dan sampai ke sana. Pasti lagi teruja dan tak sabar nak terokai banyak tempat-tempat yang menarik.
ReplyDeleteCantik juga tempatnya. Bilik hotel pun luas sesuai utk kami 4 org sekeluarga.. Boleh la cuba nnt bila ke kelantan
ReplyDeleteLama rasanya tak berjalan ke Kelantan, suka juga kelantan ni macam syurga makan ada pelbagai makanan kena cuba! lepas PKP boleh plan jalan-jalan... hotel yang Aida stay ni pun menarik nampak selesa
ReplyDeleteBestnya dapat cuti-cuti kan. Time2 macam ni rindu pulak nak bercuti dengan family dan duduk di hotel2 yang best2. Harap semua ini berakhir dengan cepat supaya kita dapat jalani kehidupan seperti sedia kala
ReplyDeleteCantik tempatnya..Nad tak pernah bercuti sana lagi. Bolehla masuk dlama list. Habis PKP kita jalan2 dalam Malaysia je
ReplyDeleteWOW! The last time I went to Kelantan, it was 20 years ago! I also so going to travel with my daughter after MCO!
ReplyDeletepernah pergi kelantan sekali dua je. So InsyaAllah kalau ada masa lapang, kita boleh singgah sini (next time), sebab tengok suasana sekitar resort pun not bad. Bersantai dengan family best ni. thanks akak for suggest this places.
ReplyDeleteWahh cantiknya Tok Aman Bali Beach Resort ni.. Besar bilik dia.. Cantik, kemas, teratur dan bersih. 😁
ReplyDeleteCantiknya tempat ni.. kalau ke kelantan bolehlah singgah di sini.. hehe
ReplyDeleteCantiknya tempat ni dah lama tak travel dan jalan-jalan. Rindu nak drive jauh-jauh dan breakfast kat hotel hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.