assalamualaikum 😌.
selamat petang...
hari ke-5 Malaysia berehat - Perintah Kawalan Pergerakan 18 - 31 Mac 2020.
hari ke-5 juga la saya setia duduk di rumah, keluar sekadar di laman rumah.
baru 5 minit yg lepas, saya melepaskan mr.asben keluar. ke Mydin MITC.
berat nak melepaskan dia keluar. risau!!!
kita tak tahu sape yg positif, sape yg negatif! ramai yg merahsiakan. ramai yg menafikan.
sehingga menyebabkan beberapa pegawai di KKM beberapa hospital dijangkiti 😓.
pagi tadi, disahkan kematian mangsa covid 19 yg ke-9.
seorang doktor pakar di Perlis. hmmmmmm marah juga baca kisah arwah ni.
namun, apakan daya. semua di tgn Allah. Allah jua yg menentukannya...
moga keluarga arwah tabah...
saya nak kongsi langkah-langkah selepas membeli barang, balik rumah je 👇👇👇 ni la dia yg kita kena lakukan.
- buka topeng muka, masukkan dlm plastik dan buang ke dalam tong sampah.
- jgn sentuh ahli keluarga!!!
- terus ke tandas - buka pakaian, rendam dlm air sabun serta-merta.
- mandi. sabun seluruh anggota badan.
barulah boleh bersosial semula dgn ahli keluarga.
kita mampu mengekang penularan covid 19 ni. in shaa Allah.
yg kelakar bila baca timeline fb hari ni, kisah para suami yg salah beli barang dapur 😆.
suruh beli 5 brg, dibawanya balik 15 brg.
disuruh beli halia, dibawanya balik lengkuas la, kunyit la.
disuruh beli daun kucai, dibawanya balik daun sup.
sehingga kan ada plak 👇👇👇.
![]() |
Panduan Membeli Barangan Asas Dapur bagi Kaum Lelaki 👆 |
sabar jer lah ha ha ha ha ha 😄😄😄.
siap-siap ada gitu. aduhai...
takpe la kan. mostly lelaki zaman sekarang pandai beli barang. jgn la risau para isteri.
cuma sesekali tu tersilap hi hi... dimaafkan.
apa yg penting, diorang sampai je rumah, terus ingatkan diorang utk buat 4 perkara di atas.
demi kita, demi anak-anak dan demi org lain.
😉 bye!

5 Comments
Info begini bagus sebagai langkah berjaga-jaga.
ReplyDeleteKelakanya para suami tu, haha..
ReplyDeleteSemoga kita semua selalu dalam lindungan Allah SWT, aamiin..
kaum lelaki yg tk biasa p beli brg, wifenya kena bg gmbr br btul brg yg hendak dibeli hehe...tu la tgk org share kt fb kaum lelaki ngan hp masing2 hehe...nasibaik husband kita dh biasa bli brg..so tkde masalah
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian nya
ReplyDeletehusband balik memang kena terus mandi semua. brang pun letak tepi dulu.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.