assalamualaikum 😌

apa khabar semua?
hampir tamat hari ke-2 kita dlm Perintah Kawalan Pergerakan.
SILA DUDUK DI RUMAH - rayuan PM kita mlm semlm, kan.
sayu mendengar...
umpama nasihat dari seorang abah bagi saya.
betapa degil la kebanyakan anak-anak abah.
yg sibuk beli secara panic!
yg sibuk nak balik kampung.
yg sibuk lah nak minta izin keluar negeri dgn polis.
aduhai Malaysian...

Hari Ke-2 Malaysia Berehat | Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac 2020

Hari Ke-2 Malaysia Berehat | Perintah Kawalan Pergerakan 18-31 Mac 2020

hari ni pula, Menteri Pertahanan dah pun announced utk minta bantuan askar, kalau-kalau sukar sgt nak kawal Malaysian.
saya setuju.
sebab askar ni agak bagus dlm bab ni. mereka garang. mereka mesti dpt perangi org-org yg degil ni.

and ada lagi 4,000 org yg join tabligh masih belum tampil utk buat saringan covid-19 ni.
Allahu Akbar. tolong lah tampil.
tgk la muka isteri dan anak-anak. tgk la muka ibu ayah. tgk la muka anak-anak saudara.
tampil lah.
kalau positif, ada rawatannya dan dah ada pun yg pulih dan balik rumah. in shaa Allah... tampil lah!

bekerja dari rumah 😀.
saya dan mr.asben sama-sama bekerja dari rumah sehingga 31.3.2020 kelak. in shaa Allah.
bekerja kah kami? 😅😅😅
seharusnyalah kan. kami menunggu arahan dari semasa ke semasa dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
dok di rumah. pastikan telefon on sepanjang masa.

anak-anak cuti sekolah 😀.
time saya menaip ni pun, Izzat dan Syuhada ada kat belakang ni hah.
kak Nurin dlm bilik. ntah apa la yg dibuatnya.
diorang ok je. happy.
minggu ni saya takde ganggu sgt hidup diorang. but dah pun informed them clearly, "next week ada jadual belajar..."
😅  ðŸ˜ŠðŸ˜Š

memasak & catuan air 😓.
Melaka masih dlm fasa catuan air. selang sehari la kami dpt menikmati air sepenuhnya.
seksa!
bertambah plak di dlm kawalan pergerakan ni kan. memasak utk seisi keluarga. di larang keluar rumah.
aduhai, seksa!
contohnya, hari ni (19.3.2020), air takde. sebelum jam 10.00 pagi tadi, berposak la saya buat sarapan merangkap makanan tghari.
jam 10.30 pagi gitu, air pun kering di paip sinki. bertabahlah rakyat Melaka. berkorban demi masa depan.

... akhir kata di mlm ni, moga ikhtiar kita semua dok rumah, dpt la mengurangkan penularan covid-19 ni.
moga pihak berwajib dpt menumpukan perhatian kepada kes-kes sedia ada dan mencari 4000 org tabligh yg belum lagi tampil buat saringan.
jgn kita-kita ni ingkar dan menyukarkan lagi kerja-kerja pihak berwajib.

😌  ðŸ‘  ðŸ˜Œ