assalamualaikum 😊
17 Rejab hari ni. bulan penuh mlm tadi kat rumah saya.
Syaaban is coming... in shaa Allah.
dan peristiwa penting dalam negara kita adalah - tertubuhnya Kabinet Malaysia bwh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
siapa pernah sangka bhw TSMY yg akan lead kabinet Malaysia sehingga PRU akan datang?
politik...
semuanya mungkin, kan. di luar jangkaan.
saya berminat nak tulis tentang ni pagi ni adalah sebab saya nampak 'sinar'.
sinar bagi memartabatkan semula syiar Islam di bumi Malaysia. memperkuatkan benteng bangsa Melayu. memperketatkan perpaduan kaum di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak.
ini pendapat peribadi saya la ye 😊.
bila kita bekerjasama, saling hormat-menghormati dan bersemangan kenegaraan, negara akan aman.
suara majoriti mesti dihormati.
raja berdaulat. jgn diketepikan. tu la simboliknya negara kita ada institusi beraja.
menteri lain saya tak brape la nak komen panjang.
tu dia - Menteri Kewangan. menerajui jabatan saya mencari rezeki.
background kewangan yg bagus. pengalaman di dalam bidangnya yg tak boleh nak disangkal lagi.
moga boleh membawa negara ke satu tempat yg selamat. memacu ekonomi negara ke satu tahap yg terbaik, kan...
di saat ekonomi dunia sedang merudum teruk ni, tetap kita mesti ada semangat.
usaha mesti kena ada meskipun dijangkakan ada recession yg teruk 1-2 tahun akan dtg.
sesungguhnya Malaysia ada rekod yg bagus menangani recession, kan.
maka dgn Menteri Kewangan yg baru ni, pasti ada sinar.
ok. sekian.
hal politik ni tak boleh nak taip perkataan lelebih 😄😄😄.
7 Comments
Semoga negara Malaysia aman makmur dan damai..
ReplyDeleteSaya cuma memerhati dari jauh perubahan yang berlaku. Harap yang baik-baik sahaja.
ReplyDeleteBanyak cabaran menanti barisan kabinet baru kita. Moga semuanya dipermudahkan dan diberi hidayah memikul amanah yg diberi.
ReplyDeletemoga kabinet kali ini betul-betul beersinar... jangan kejap je sinar lepastu malap
ReplyDeleteHalaman baru politik atau pentadbiran negara.Moga Allah permudahkan.Aamiin.
ReplyDeletemoga barisan kabinet baru ni lebih baik dari sblm ni..:)
ReplyDeletesemog hasilnya ialah hasil yg terbaik untuk negara kita. aamiin
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.