assalamualaikum & salam sejahtera 😊
di hari raya, ketupat adalah salah satu juadah yg mesti ada di atas meja, baik di hari raya Aidilfitri mahupun Aidil'adha, kan.
di makan bersama kuah kacang, rendang ayam, kari itik, masak merah ayam...
pendek kata, semua la boleh digandingkan bersama ketupat.
ketupat mini yg da siap dijual di kedai ataupun buat nasi impit buat sendiri.
sama je.
tapi tu la, nasi impit buat sendiri tu is very the legend 😀. nasi tu dihimpit dengan batu giling! dulu kala la, pernah tgk org tua saya buat.
saya?
ketupat mini jenama faiza menjadi pilihan 💜.
sebenarnya, lontong goreng bayam brazil ni saya buat hari ke-2 PKP ari tu - 19.3.2020.
stok ketupat mini faiza memang ada je. apa lagi, rebus sebungkus (15 ketul ketupat mini).
separuh makan dgn kari ayam. separuh lagi 👇 lontong goreng bayam brazil.
kebetulan menuai hasil bayam brazil di pasu. kita aneka ragamkanlah bayam brazil tu kan.
cara tanam semula bayam brazil da pernah saya share 👉 LINK ni ye. moga bermanfaat.
Lontong Goreng Bayam Brazil |
bahan-bahan :
- 7 ketul ketupat mini - da siap rebus dan potong empat
- segenggam udang kering*
- bawang merah*
- bawang putih*
- 2 senduk ciliboh - saya memang da mesin cili kering awal-awal buat stok
- 2 biji telur gred A
- taugeh
- bayam brazil - rendamkan dahulu di dalam air garam selama 10-20 minit
cara-cara :
- bahan bertanda * dikisar halus-halus - tumiskan bersama minyak masak hingga naik bau yg harum.
- masukkan ciliboh. goreng hingga garing dan terbit minyak.
- pecahkan telur. kacau agar telur menjadi seakan-akan telur hancur.
- masukkan ketupat mini dan taugeh. gaul rata.
- tutup api dapur. akhir sekali, masukkan bayam brazil ke dalam lontong goreng dan gaul rata.
- SIAP!
tak perlu masak bayam brazil tersebut. kita nak maintain kerangupannya bila kita makan nanti.
bila makan, sedap bila ada sedikit sebanyak elemen rangup dari taugeh dan bayam brazil.
ni sgt sesuai la kalau tiba-tiba tetamu call nak singgah beraya.
ketupat ada. rendang? kari? lodeh? semua takde!!! 😨 gelabah.
lontong goreng ni boleh jadi penyelamat. resepi mudah dan sedap tau. cepat pulak tu.
bahan pun semua simple.
moga tahun ni kita dpt la beraya seperti biasa kan. covid19 ni dpt dikekang penularannya.
sedih jugak la bila Menteri beri peringatan - "kalau nak berhari raya, sila la ikut arahan PKP ni...".
😓 aduhai...
stay positif ye korang.
kita, Malaysian, pasti boleh buat - ikut arahan. duduk rumah. jaga kebersihan diri.
👍
23 Comments
Tak pernah cuba lagi lontong goreng. In syaa Allah nanti nak cuba.
ReplyDeletekebetulan, di Melaka ni memang ada kedai yg jual lontong goreng ni waktu sarapan.
Deletedan, pernah sarapan di Johor juga menu ni. tu yg tahu.
so, ada lebihan ketupan, sure buat ni.
ala-ala nasi goreng, tapi guna ketupat.
saya penah makan sekali je masa kat uni dlu.. kawan orang johor tolong masakkan. sedap !! tapi lepas tu xde jumpa dimana2 da. kena buat sendiri la gamaknya..
ReplyDeletetkpernh mkn lontong goreng
ReplyDeletedi Melaka & Johor, menu ni agak biasa, amy :)
DeleteBella penggemar lontong especially lontong goreng. Sampai sekarang masih belum cuba bayam brazil. Will be in my next list for cooking!
ReplyDeleteTak tahu lak selama ini ada bayam bernama Brazil haha... selalu beli je bayam hijau atau merah... nak cari apa beza bayam Brazil.
ReplyDeletecuba la.
Deleteada bezanya dgn bayam yg lain.
semua sedap.
Dah macam bulan puasa pulak. Semua share tentang resipi. Bahang bulan puasa pun dah terasa. Apa pun belum pernah makan lontong goreng.
ReplyDeletelontong goreng? tak pernah cuba, dan tak pernah dengar ;)
ReplyDeleteboleh cuba kot lepas ni. terima kasih berkongsi resepi :D
di Melaka & Johor, menu ni agak biasa, yatie :)
DeleteSedapnya lahai, lamanya tak makan lontong kering. Idea menarik gitu siap letak bayam brazil..kalau tanam sendiri memang muai dan senang nak petik dan makan kan..
ReplyDeleteTak pernah makan lontong goreng kecuali masakan lontong biasa tu je. Boleh la cuba resipi ni pulak nanti.
ReplyDeletemenarik untuk dicuba, biasanya sayur bayam buat masak air atau goreng je tapi boleh dipelbagaikan cara masak tu kan, saya pun tanam bayam ni, senang hidup dan cepat membiak
ReplyDeleteVariety betul la kegunaan daun Brazil ni. Masak dengan lontong goreng pulak tu. Sodapnya
ReplyDeletedi kala PKP ni, payah nak keluar beli sayur, kan.
Deleteso, petik je bayam brazil kat depan rumah :)
sedap!!!
Wah thanks yea share resepi ni, first time dengar lontong goreng bayam brazil ni actually hehe. So far kitorg sefamily ni not a fan of lontong sebenarnya haha tapi ni nampak menarik juga yea.
ReplyDeleteNampak lain dari tang lain menu ni. Nanti bolehlah cuba buat. Nampak sedap pulak menu ni.
ReplyDeleteoo boleh ya buat bayam brazil cara ni. banyak ni pokok ada, boleh cubalah resepi camni
ReplyDeleteOrang johor mmg rajin buat ni haha.. Kalau nasi impit tak habis memang terpikir buat lontong goreng je
ReplyDeleteDalam rumah ni takda yg makan lontong. Saya sorang ja sebab pernah belajar kat uthm parit raja 😂
ReplyDeletekita penggemar bayam brazil tu. tp buat ulam je. tak pernah masak lagi.
ReplyDeleteSha tak pernah cuba makan atau buat lontong goreng nie.. Macam best je.. hehehe..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.