assalamualaikum & salam sejahtera...
Ramadhan kedua.
sekarang ni saya sedang dgn aman duduk di sofa, kosongkan fikiran dan berikan tumpuan nak taip content ni.
sebab apa tetiba suka nak buat tajuk "4 tips agar anak bersemangat bangun dan bersahur dengan berselera"?
Disebabkan Izzat. Izzat sgt minat bangun bersahur.
sebelum tidur, dia akan bisik ke telinga saya, "ibu jgn lupa kejut Ijat bangun sahur ye. Ijat suka la...".
4 tips agar anak bersemangat bangun dan bersahur dengan berselera cara saya 👇👇👇
PERTAMA : LAUK KEGEMARAN ANAK-ANAK
kita mesti maklumkan anak-anak bahawa bersahur ni byk hikmahnya. bangun bersahur ni adalah sunnah Rasullullah.
tapi, anak kecik-kecik ni bab tu bukannya dia amik port sgt. yg dia tahu, mengantuk! kenapa dia meti makan pagi-pagi, kan 😄.
mlm sebelum tu, kita maklumkan diorang dah apa yg bakal dihidangkan time bersahur nanti.
pastikan makanan kesukaan mereka. apa yg mereka nak makan, ibu kena la sediakan.
nasib saya baik la sebab Izzat ni suka sambal. ada sambal dan nasi putih, dia dah gembira.
KEDUA : LAUK PANAS & AIR PANAS
pagi-pagi sebelum Subuh tu, nak bersahur tu, makanan kena dipanaskan.
air panas. nasi panas. then lauk-pauk kena berhidang cantik atas meja. jgn sambil lewa wahai ibu.
nak tackle perasaan anak-anak time diorang tak larat nak buka mata penting, tau!
saya akan buat air milo panas atau teh o panas.
mr.asben dan anak-anak duduk je di meja makan, terus dituangkan air.
aroma panas tu buatkan keadaan jadik fresh tau. then, diorang akan terus slurrrpp air panas tu. double fresh.
KETIGA : BANGUN BERSAHUR AWAL
dlm jam 4:30 pagi, saya dah mula siapkan makanan nak bersahur, letak atas meja makan, kocak air panas.
keluarga saya mula bersahur lebih kurang jam 5 pagi. tak terlalu lewat dan tak la awal sgt kan. melewat-lewatkan sahur tu kan dituntut.
kini imsak di Melaka sekitar jam 5:44 pagi. maka, lebih kurang 45 minit utk bersahur tu adalah bersesuaian.
ada kala kami sempat berborak bersama-sama. makan dgn perlahan-lahan. releks.
so, anak-anak tak rasa stress! tak terkejar-kejar nak makan sahur. maka, tak la diorang rasa menyampah nak bangun bersahur.
terutama Izzat. dia makan lambat! dia akan makan nasi tu sebutir sebutir. aduhai! cermat je...
KEEMPAT : SEBELUM TIDUR, JANGAN TERLALU KENYANG!
style kami, sebaik saje azan berkumandang, kami minum air panas. ada kurma, itulah yg kami jamah dahulu.
then, terus kami tunaikan solat maghrib berjemaah.
selepas tu barulah kami sekeluarga makan nasi dan lauk-pauk berbuka bersuka ria 😄.
time tu lah saya secara tak direct suruh anak-anak makan apa yg ada. minum air suam, no more air manis.
isyak. terawikh. sekeluarga solat berjemaah.
begitu begini, before kul 10:00, korang makanlah apapun wahai anak-anak.
lepas tu saya akan tutup dapur. no more eating ye. rehatkan perut sebelum tidur.
biar kelaparan tu hadir menjelang jam 5 pagi nanti.
Ramadhan ni sgt istimewa, kan 😍.
berbeza dgn bulan-bulan yg lain. lain dari yg lain. jadual seharian kita berbeza.
and kali ni kita lalui Ramadhan dalam PKP.
sangat istimewa!!!
moga 4 tips agar anak bersemangat bangun dan bersahur dengan berselera dari saya ni beri manfaat ye 👍 😍.

17 Comments
Tahun ini pertama kali aiyan cuba dan semangat berpuasa kak, macam si aiyan mama kene suap baru laju dia makan... lepastu buat air milo utk bagi semangat pada dia
ReplyDeleteBetul la masa Dania sekolah rendah susah sikit nak bangun sahur tapi sekarang ni dah sekolah menengah dah boleh dah bangun sahur. Alhamdulilah.
ReplyDeleteYa bagus ajar anak2 berpuasa dari kecil agar mrk terbiasa walau pun puasa setengah hari sekali pun.
ReplyDeletebelum ada anak lagi. but good sharing. boleh praktikkan in future
ReplyDeleteAlhamdulillah. Senang hati melihat anak-anak mudab nak bangun sahur. Kadang anak yang dah besar ini pun liat nak bangun.
ReplyDeleteBagus tips ni. Mcm sis dan anak dara je kat rumah ni..so masing2 dah tahu kebaikkan bersahur ni dn tahu tanggungjawab masing2. Tepat kol 5 mmg kena bersahur sama2
ReplyDeleteTips bagus ni.. Anak za baru 4 thn tapi dia nak ikut sama puasa bila sahur mmg bangun tapi puasa stgh hari je la dia. Hihi
ReplyDeleteJangan kata budak kecik je malas bangun, dewasa pun malas. hehe..
ReplyDeleteBetul tu. Sisyat mmg masak ikut order anak bujang yang puasa. Kami mmg makan je la ikut selera dia 😅.
ReplyDeleteSahur pun sama. Dia siap order baru boleh tido..
Anak mommy rajin plak bangun sahur. Masalah kacau org nak sahur. Umur baru setahun 6 bulan. Hahaha. Gerammm je
ReplyDeletehehehe sama dengan adik tu, agak susah nak kejut. kejut dua tiga kali mujur dia bangun
ReplyDeleteTips yang sangat bagus dna boleh dipraktikkan. Lagi satu time waktu tidur kena pastikan diorang tidur awal. Kalau tidur lambat memang liatlah nak bangun
ReplyDeleteAlhamdulillah bagus tips diatas, teringat anak dara Bonde kalau masa kecik dia tak bangun sahur selagi tak cakap tak payah puasa dia akan nages tek berhenti, sebab dia pegang pd kata2 ustazah disekolah "puasa kena sahur, kalau tak sahur tak boleh puasa" jadi pernahlah masa tu terlewat bagun sahur sebab tak sihat.. ckp dekat dia tak payah puasa br dia berhenti nages cerita lama he he he
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahun ni anak2 senang nak bangun. Sama mcm teknik dlm post ni. Kena panas & lauk kegemaran diorghehe
ReplyDeleteAlhamdulilah setakat ni dari anak Sis kecil sampai besar, semuanya senang bangun sahur kecuali kalau uzur..takde laa sampai gegar pintu bagai hahaha...panggil sekali semua bangun, alhamdulilah..
ReplyDeleteGood tips Aida. So far alhamdulillah anak mama tetiap.hari senang bangunnsahur
ReplyDeleteExcellent tips, Aida! I pun malas nk bangun skrg ni. Haha
ReplyDeletehttps://rachelstruth.home.blog
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.