assalamualaikum & salam sejahtera 😊.

5 Cara Memanfaatkan Duit Moratorium
pagi ni, lalu pula mesej berguna ni di timeline fb saya 👆. terasa penting plak nak share.
korang boleh copy link fb beliau utk rujukan ye.

hari ni hari ke-15 PKP.
hari pertama di fasa kedua PKP di Malaysia.
semua dah sedia maklumkan bahawa wujudnya fasa kedua PKP ni kerana persediaan utk gelombang ketiga covid19 di Malaysia.

5 Cara Memanfaatkan Duit Moratorium
image sharing dari fb. shared by most of us today.

korang tgk bebetul image 👆 dan share la dgn semua Malaysian the importance of #DudukRumah.
hanya kita mampu mengubahnya. hanya kita mampu mengekang penularan covid19.

bantuan prihatin kerajaaan.
saya golongan yg tidak byk dapat bantuan, dulu kini dan ntah-ntah selamanya dari kerajaan.
saya redha. saya bersyukurlah kerana saya sebenarnya dlm golongan org yg berduit sebenarnya 😆😆😆.
hakikatnya? berduit ke idok??!! biarlah rahsia ha ha ha ha ha...
satu yg saya bakal nikmati - moratorium, iaitu penangguhan rasmi pinjaman bank.
perbincangan awal dgn mr.asben, proceed je la byr sebab kalau tak bayar interest jalan!
then, selepas dpt confirmation dari kawan-kawan keje bank, interest 100% stop, we decided to follow je la moratorium ni.

masa pun ada ni hah. aktifkan minda la dgn menaip pendapat sendiri di blog sendiri.
pendapat saya dan itu la yg saya bakal lakukan - jgn guna dulu duit moratorium ni utk 6 bulan ini.
👇 5 cara memanfaatkan duit moratorium.
cadangan dari en Azizul Azli di fb beliau amat saya setuju. terbaik 👍.


PERTAMA | DANA KECEMASAN
contoh, RM700 (loan kereta) + RM1000 (loan rumah) = RM1700 sebulan ditangguhkan pembayarannya. berjumlah RM10,200.
jgn guna duit ni walaupun sesen. asingkan utk dana kecemasan. anggap saje duit terlebih selama 6 bulan ni tak wujud. tutup mata dari tgk dia!
kita tak tahu apa kesan PKP, covid19 ni kepada kita di masa akan dtg. prepare!


KEDUA | PENYELESAIAN KAD KREDIT
ketahuilah bahawa hutang kad kredit tidak termasuk utk moratorium.
ini kena settle ye.
maka, dari jumlah RM10,200 tu, kita amik la skit utk selesaikan hutang kad kredit kita yg beribu tu.
kasik clear itu kad kredit. hati pun senang. tidak menanggung hutang lagi.
selepas dari itu, beringatlah bila menggunakan kad kredit. ikut kemampuan!!!
bukan ikut selera nafsu serakah nak membeli barang.
faedah kad kredit ni antara yg tinggi tau berbanding dgn pinjaman yg lain. memang mencekik leher.
beringat lah ye.


KETIGA | TEBUS EMAS DI ARRAHNU
kalau ada emas di arrahnu, tebuslah.  dpt juga nanti guna time Aidilfitri.


KEEMPAT | SELESAIKAN HUTANG KECIL
apa-apa la jenis hutang.
kutu tupperware ke. kutu correlle ke. ansuran beli perabot di kedai ke. selesaikan. ansuran beli motor kat singer ke.
clear kan semua hutang kecil-kecil ni.
kita concentrate hanya loan yg besar saje. duit yg lebih tu dpt la kita savings, kan.


KELIMA | PELABURAN
semua di atas dah ada peruntukannya? 😳 ada berlebih lagi RM10,200 tu?
alhamdulillah.
bak kata org ada-ada, melaburlah. masukkan baki dana tu ke mana2 akaun pelaburan yg diminati.
contoh, masukkan ke dlm ASB atau akaun SSPN-i anak-anak.
in shaa Allah, nilai duit tu bakal beranak-pinak, kan 😄.


tapi... tapi... tapi... ni 5 cara memanfaatkan duit moratorium tidaklah boleh digunakan sepenuhnya sekiranya pendapatan kita sekarang ni terjejas!!!
kalau dulu berniaga barang make-up, sebulan dpt la kita bersih RM4,000. 2-3 bulan akan dtg, nampaknya tak kencang sgt kan, pembeli dah start tapis perbelanjaan.
kalau dulu berniaga di pasar mlm 3 kali seminggu, sehari untung RM200. gitu gini, sebulan dpt la bersih RM2,400. ni contoh je ye 😅. ni hah, dah 3 minggu tak berniaga.

ni kategori yg terkesan sgt dgn PKP dan covid19, kan.
maka, duit moratorium tu lah yg boleh digunakan utk beli keperluan harian dan makanan.
memang wajib berjimat-cermat la kan.
tak dpt la nak savings ke lain 😞.

apa boleh saya kata - tabahlah ye.
kita sama-sama terkesan dgn keadaan sekarang, cuma level terkesan kita berbeza-beza.
saya tidak dpt bantuan, tapi saya bersyukur sebab bantuan prihatin kerajaan tu bakal diterima oleh ramai org yg memerlukannya.
agar ada nasi & lauk setiap hari atas meja. agar ada kudapan di ptg hari utk anak-anak.
agar diaper dan susu anak ada je di atas meja, tak putus susu.
golongan ni yg lah yg kita nak bela.
masa inilah org yg berpendapatan lebih tu, mengeluarkan zakat terhadap org yg memerlukan.
kita jgn tgk kiraan zakat utk pelepasan income tax je ye.
kita kena timbang & kira zakat kita tu utk saham akhirat. pembersihan harta.
dlm duit kita tu sebenarnya terselit duit org lain. in shaa Allah...

moga semua berbahagia ye.
and moga bebelan saya tentang 5 Cara Memanfaatkan Duit Moratorium ni dpt beri manfaat kpd semua. 

👌😊