assalamualaikum & salam sejahtera 😊.
today is Saturday ye. do not forget hi hi hi hi...
yes la, more than 3 weeks kot berhibernasi di rumah sendiri, kalau tak tgk kalendar, hilang arah hari ni hari apa 😂.
sesungguhnya hari ni saya kurang memasak. sarapan yg simple. dinner pun bakal simple 😉.
merehatkan diri sendiri. merehatkan dapur yg bertugas dgn aktif sejak 18.4.2020.
biasanya hari bekerja sekali je dapur tu onzz. now, everyday!
blogging... blogwalking... sambil mata menonton tv - movie time!!!
👇👇👇
suka la nak recommend semua filem omputeh kat bawah ni. 2019. horror 😬😬.
genre yg paling menakutkan Izzat. dia tahu je kami nak bukak movie horror, terus dia bersedia dok rapat dgn saya.
after few minutes, sure dia dah tido 😴😴😴.
😄 cara dia la mengelakkan ketakutan menyelubungi diri dia ha ha ah ah ha...
1. Zombieland : Double Tap
baru tonton filem ni few days ago.
4 sekawan - Columbus, Tallahassee, Wichita dan Little Rock. tinggal di White House gitew.
ada plak aneka jenis zombie! yg homer, yg cerdik, yg ganas dan terbaru T-800 yg susah nak mati.
tak byk cerita tentang zombie, more to perjalanan tragik kehidupan 4 sekawan ni.
the journey started when Wichita dan Little Rock meninggal White House. hunting for new independent life. aduhai. frust menonggeng lah Columbus.
tinggal berdua, after a month, Columbus dan Tallahassee berjumpa Madison. siapa Madison ni?
one night, Wichitta balik ke White House tanpa Little Rock!!! Little Rock melarikan diri dgn Caprica, pemuda yg hanya berjalan sekitar Zombieland dgn gitar!!!
hmmmm paling tragik, bila Wichita terkejut 😳😳😳 dgn kehadiran Madison di White House.
bermula lah misi menjejaki Little Rock yg melarikan diri dengan pemuda tanpa senjata, Caprica 😞.
saya suka filem ni. menyeramkan sgt lah tuuuu 😛.
filem ni santai, takut takde tapi kelakar! recommended.
2. 47 Metres Down : Uncaged
filem ni amat suspen! mengejutkan! aduhai, tak boring dari awal hingga akhir.
mengisahkan 2 org adik-beradik tiri, Mia dan Sasha. ayah mereka merupakan seorang arkeologi.
ayah mereka sedang menjejaki satu kota di dasar laut.
satu hari, Mia dan Sasha bersama dua org rakan baik Sasha ke satu tempat yg sunyi sepi, nak bersantai. mandi laut.
dlm pada diorang bersantai mandi-manda, one of them berikan idea utk menyelam, mencari kota di dasar laut yg dikaji oleh ayah Mia dan Sasha.
at the very first place, Mia tidak bersetuju. tapi yg lain berdegil. pada mereka, relax lah kan...
menyelamlah 4 sekawan ni dan berjumpalah sebahagian kota di dasar laut tu.
amazing! tak senang kan utk saksikan sendiri kota di dasar laut. tapi,... diorang tak tahu yg tempat yg diorang baru terokai tu ada makhluk purba yg buta!!!
Allahu Akbar 😳.
korang byg kan situasi-situasi getir mereka :
- makhluk tu peka dgn bunyi
- makhluk tu sgt besar dan bukan seekor
- makhluk pemangsa yg telah lama terperangkap di satu tempat yg gelap, tiba-tiba keluar dang mengganas mendapatkan mangsa
- tiada jalan keluar yg mudah dan di dasar laut - masalah pernafasan
- paling tragik, tiada siapa yg tahu mereka berada di situ 😱
memang wajib tonton ni. saya agak emotional time menonton filem ni 😅.
menjerit-jerit mcm lah pelakon filem tu dpt dgr...
3. Pet Sematary
seram!!! filem ni diadaptasi dari koleksi buku Stephen King. sape yg tak tahu Stephen King? terbaik!
mengisahkan sebuah keluarga baru berpindah ke pedalaman. sepasang ibu ayah dan 1 org anak lelaki, Gage dan 1 org anak perempuan, Ellie. mereka ada seekor kucing, Church.
nak dijadikan cerita, Church mati.
jiran mereka mencadangkan si ayah agar kebumikan Church di satu tapak perkuburan khas, Pet Sematary. berjalanlah si ayah di mlm hari demi nak kebumikan Church, tanpa mengetahui akibat perbuatannya itu nanti.
dipendekkan cerita, Church hidup semula 😱. tapi dlm keadaan yg amat berbeza, amat menakutkan! akhirnya, si ayah terpaksa melepaskan Church ke dlm hutan. Ellie sgt sedih.
Ellie ternampak Church di majlis hari jadinya yg ke-9. Ellie berlari mendptkan Church yg berada di tgh jalan.
akibat daripada itu, Ellie mati dlm keadaan yg sungguh tragik, dilanggar trak pada hari jadinya 😭.
semua ahli keluarga amat sedih kehilangan Ellie. sehinggakan si ibu dan Gage terpaksa balik ke rumah Atok Nenek utk tenangkan fikiran. tinggallah si ayah di rumah sendirian, meratap kehilangan anak perempuannya.
kerana terlalu sedih, si ayah ambil keputusan utk dptkan mayat Ellie dari kubur dan tanam semula di Pet Sematery. and yes! Ellie hidup semula.
keadaan mula menjadi rumit dan semakin rumit! rumit yg sgt menyeramkan!
wajib tonton ni. ending filem ni sgt mengejutkan!!! unexpected ending...
all in, kekeluargaan, kasih sayang, kesedihan yg teramat, batin ibu ayah yg terseksa... saya recommend utk tonton filem ni.
4. Eli
seorang anak lelaki, Eli, yg mempunyai elergi terhadap persekitaran normal. kulitnya amat sensitif.
kehidupannya sungguh terhad dan mesti sentiasa bersih. kalau keluar dari 'khemah' yg merupakan tempat tinggalnya di dalam rumah, dia mesti pakai pakaian seperti sut hazmat utk bernafas.
sukar!
kasihan...
si ayah berjaya menemukan satu pusat pemulihan yg menjanjikan bahawa Eli dpt hidup seperti biasa.
di pusat pemulihan ini, Eli dirawat oleh seorang doktor perempuan. dan di sini, Eli boleh bernafas tanpa menggunakan pakaian ala sut hazmat tu.
rumah itu dibina agar pengudaraannya sgt bersih.
di pusat pemulihan ni juga, tiba-tiba Eli diganggu oleh hantu / roh kanak-kanak. ibu ayah Eli tidak mempercayainya. doktor mengatakan ia adalah kesan daripada ubat yg diberikan kepada Eli.
Eli dikatakan berhalusinasi...
di situ, Eli bertemu seorang kawan perempuan. mereka saling berhubung hanya dengan berjumpa di bilik yg bercermin lutsinar. Eli di dalam, kawannya di luar.
semakin lama Eli di situ, semakin meningkat prosedur perubatannya, semakin Eli diganggu dgn hantu / roh kanak-kanak.
sehingga membuatkan dia merasakan ada yg tidak kena di pusat pemulihan tu. Eli mula mencari kebenaran sendirian setelah ibu ayahnya tidak mempercayainya.
aduhai. ending filem ni sgt tidak saya jangka! begitu kah?
tragik!
kasih sayang seorang ibu. kehendak naluri seorang ibu yg inginkan anak.
cantik twist filem ni. saya sukakannya sebab buat saya nak tunggu - "apa sebenarnya nih???".
5. Doctor Sleep
satu lagi filem adaptasi dari novel Stephen King. satu lagi filem yg best!
hero, Dan, masih lagi trauma dek kejadian masa zaman kanak-kanaknya. dia cuba utk buang kuasa luarbiasanya, tidak berjaya.
Dan meneruskan kehidupannya. dia telah diajar oleh seseorang utk mengunci makhluk halus / roh ke dalam kota fikirannya.
kenapa tajuk filem ni "Doctor Sleep"? Dan bekerja di satu pusat utk pesakit-pesakit tenat atau sedang nazak. dia menjaga mereka, menghiburkan mereka dan berbual-bual dgn pesakit-pesakit tu.
nak dijadikan cerita, Dan bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan, Abra.
Abra ni pun ada 6th sense jugak.
maka, Abra ni kerap dpt alamat buruk tentang sorang ahli sihir, Rose.
Abra berkomunikasi dgn Dan secara maya. fikiran ke fikiran lah gitu. diorang tak pernah berjumpa pun. best kan cara komunikasi diorang.
korang kena tgk filem ni tau.
tragiknya citer ni bila dipaparkan kerjaan jahat Rose and the group. menculik kanak-kanak utk memperkuatkan kuasa sihir mereka!
sgt ganas! sgt tidak berperikemanusiaan 😳 😦 😞. apa yg dilakukan oleh Dan dan Abra utk mendapatkan Rose?
tu yg dikatakan kuasa minda. kuasa sihir. semua bersatu menjadikan cerita ni amat menarik.
ada time tu, penonton kena berfikir sendiri utk mengungkap apa sebenarnya. saya la tu.
tak faham! mcm faham... "oh, gitu ke?"
recommended lah utk korang tonton filem ni.
6. It : Chapter 2
badut jahat!
anak-anak saya kalau nampak lubang longkang tepi jalan, sure terkenang It.
utk Chapter 2 ni, wajib layan Chapter 1 (2017). then, akan dpt full understanding.
in chapter 1, di mana George, adik kepada Bill diculik oleh Pennywise the Dancing Clown.
since then, Bill dan kawan-kawan memerangi Pennywise. at the end of Chapter 1, mereka berjanji utk kembali ke Derry jika Pennywise bangkit semula.
this time, 27 years later, si badut Pennywise kembali bangkit dari hibernasi.
Bill dan kawan-kawannya, The Losers' Club, kembali ke Derry utk perangi Pennywise.
tak perlu la saya cerita lebih dalam sebab filem It ni memang terkenal.
seram!
mengejutkan tu pasti! saya ni memang mudah terkejut 😀. ni wajib tgk sewajib-wajibnya.
7. The Curse of La Llorona (The Weeping Woman)
sesungguhnya ni citer antu pompuan lah dlm perkataan biasa kita, kan.
seorang ibu, La Llorona, sejarahnya beratus tahun yg dulu, telah melemaskan kedua-dua anaknya.
kiranya, mcm roh yg tak aman lah ni. menghantui hidup org lain selepas tu...
roh seorang ibu yang menculik kanak-kanak utk dijadikan anaknya sendiri.
Anna, sorang pekerja sosial yg menjaga kebajikan anak-anak, one day melawat sebuah rumah.
terperanjat lah dia bila si ibu, Patricia, menyembunyikan 2 org anaknya di dalam almari.
kata Patricia, anak-anak tu perlu disembunyikan agar tak diambil oleh La Llorona.
hmmmmm as usual, Anna tak percaya la tahyul ni semua. apa yg menjadi kepentingan dia is kebajikan anak-anak tu.
Anna ambil anak-anak tu dan bawa ke rumah kebajikan. apa lagi, dipendekkan cerita, yes, anak-anak Patricia tu ditemui mati lemas di sungai selepas tu. aduhai...
di tempat kejadian, Patricia menyumpah Anna - agar anak-anak Anna diambil oleh La Llorona hu hu hu...
bermulalah kehidupan Anna dan anak-anak yg menakutkan, menyeramkan diganggu oleh La Llorona...
filem ni menyeramkan sebab image La Llorona tu sendiri. creepy! and ada byk unsur-unsur yg mengejutkan! memeranjatkan! dgn sound efek La Llorona tu menangis.
oh oh oh... memang saya menonton sambil jari jemari dok tutup mata 😀 ha ha ha...
😳😳😳
ni lah antara filem omputeh yg melekat di minda saya sekarang. sehingga suka nak recommend kat semua.
terlalu byk dah filem yg kami tonton sepanjang PKP ni. kemudian teringat, saya share lagi ye.
penilaian semasa dan selepas menonton adalah subjektif bagi setiap penonton, kan 😏.
tak semua yg saya suka, bakal anda suka.
namun, memandangkan semlm teleh diumumkan perlanjutan PKP di Malaysia, boleh la semua menonton filem-filem ni ye. later, letak rate sendiri.
youtube.
android box.
netflix.
kalau tiada PKP ni, belum tentu kita sempat nak qada' tgk filem-filem tahun lepas, kan. ni la time yg sesuai kita korek balik filem best dan tonton bersama keluarga.
👌👌 😉
30 Comments
Nanti nak tonton la.
ReplyDeleteSelamat menonton
ReplyDeleteInterest! Pet Sematary dan Doctor Sleep. I must tengok ini filem :D
ReplyDeletesaya tak suka filem seram. haha, scary bah.
ReplyDeletetapi no.2 tu saya tengok, dup dap dup dap la juga bab jerung tu makan orang.
Wahh suma filem nie memang menarik.. nak kena tengok nie...
ReplyDeleteSemua dah tgk kecuali no 2..
ReplyDeletesaya nak tengok eli lah mcm ni...
ReplyDeletealamak cite seram...kdg2 ada juga husband ajk tgk tp kita ni mudah terkejut2...nanti nk try la tgk yg aida listkan tu tp tkleh tgk hari2..take turn haha
ReplyDeleteyes, amy.
Delete1-2 hari = 1 movie :)
Boleh bgtau husband ni dia peminat cerita seram. I kadang2 join tonton Kadang2 malas. Hhihihihi
ReplyDeleteaida kat rumah ni, kalau tgk movie, sekeluarga depan tv :)
Deletebest. takut ramai-ramai.
Pet Sematary dah tengok. Tak sangka pulak macam tu akibatnya kalau tanam haiwan atau orang yang dah mati kat satu kawasan ni. Kalau kat Netflix ni satu je...part 18sx tak potong....bahaya kalau tengok dengan anak2.
ReplyDeletetu la kan.
Deletelastly semua jadik antu!
yes. bab 18sx tu memang.
cepat2 kami warn anak2 utk paling kan muka!
Besttt memang minat movie seram. nanti nak cari online sure ada hehe. thanks ya
ReplyDeleteDoctor sleep tu Sis dah tengok, yang lain belum lagi, nanti nak tengok laa, memang suka cite seram Sis ni heheheh tapi sekarang sakan layan Hindi dan Tamil hahahaha
ReplyDeletetamil sekarang sgt best, kan sis.
Deletesemakin maju la idea diorang. pelakon pun dah semakin mantap, cantik dan hensem!
aida layan tamil jugak. lelebih kisah polis-polis. fun!
Thank you for sharing this post. However, saya x nak la tengok cerita horror time MCO nie. Takut lagi stress. Nak tengok citer yg happy2 shj. Hehehe.
ReplyDeletetgk horror secara santai :)
Deletecerita semata-mata kan.
Wah.. byk cite seram blh tonton, kak mmg suka tgk tp klu kat tv xseram sgt, klu tgk kat wayang lg gempak and seram...
ReplyDeleteSemua dah tgk kecuali no 2 sbb za xleh tahan tgk benda terperangkap dalam air atau tmpt sempit. Za jadi fobia. Hahhahahah
ReplyDeleteYang pertama tu pernh tengok, yang lian tak pernh tengok lagi..macam best je..nanti nak suruh husbnd carikan la..hehee
ReplyDeleteAiyo scaryla pula nak tonton cerita seram. Dahla duduk sorang2. Semua cerita tu Bella belum tgk. Nanti nak tgk IT tu dulu. Masa kecik takut gile tgk cite tu.
ReplyDeleteWah ada banyak movie dalam list diatas Bonde tak sempat tonton lagi, lepas baca entri nih, ada satu 2 movie yang menarik buat Bonde nak tengok... Tq sharing
ReplyDeleteKalau anak anak kita pulak sekarang ni tengok zombie ke apa, rilex pulak dia melayan. Hahaha..
ReplyDeleteNanti nak try tengok la. Kasi dorang join sekali.. Kecut perut ke tidak.. 😄😄
zombieland ke?
Deletetak seram langsung :) kelakar!
Thanks for sharing. Saya memang suka sgt la dgn post ni, sebab memang hantu filem seram. Tapi lepas tu sendiri ketakutan...
ReplyDeletehorror omputeh, aida ok.
Deletehorror indon or thailand, aida sedikit takut! :) ha ha ha...
Banyak lagi ni movie yang zul belum tengok ni. walaupun penakut dan kurang minat horror/thriller movie tapi zul suka cabar diri tengok sebab selalu plot ceirta seram ni best!
ReplyDeletesaya penakot!
Deletetapi minat :) ha ha ha...
citer seram nie memang take time kalau nak tengok.. hehehe.. tak ada geng..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.